Tuesday, 1 March 2011

Family Planning vs Breastfeeding

Salam Selasa :)
mama tengah tengok "5 Perencah 5 rasa" sambil update blog.
sejak bercuti panjang neh, semua cerita kat TV mama bedal tengok.
sukalah tengok Shers ni masak, dah lah encem terror lak masak.hehe

hari ni mama nak cerita topik neh, "Family Planning vs Breastfeeding".
ye lah, mama tak nak lah anak bersusun paku, berderet-deret. mama bukan nak tolak rezeki, mama tahu setiap anak ada rezeki memasing. mak bapak kita dulu pun, anak berdedai-dedai kan. paling kurang pun 10 orang.

mama mula family planning ni selepas lahirkan Zahra. mama ambil pil perancang as family planning. sebulan lepas lahirkan Zahra, mama ambil pil Noriday.

pil ni memang sesuai tuk ibu yg fully breastfeeding.
dan, mama memang takde masalah nak breastfeed Zahra secara direct. cuma, mama ada masalah nak buat stok EBM. kat opis lama, mama takde peluang nak pump susu. mama pump sekali jek time lunch break, tu pun dapat 4oz.
lagipun, mama guna manual pump yg biasa-biasa jek, jenama Pureen.

mama tak tahu, samada kerana pump ni tak bagus atau milk supply mama memang sikit.
lagipun, mama tak cari info tuk fully breastfeed.
mama berjaya breastfeed Zahra sampai Zahra umur 6bulan secara exclusive. tapi, mama dapat breastfeed Zahra sampai 8 bulan jek.lepas tu, milk supply dah stop terus.

dan, sejak tu mama tukar pil perancang dari Noriday ke Meliane.

mama makan pil meliane ni sampai lah April 2010.
dan, lepas stop ambil pil ni, mama terus mengandungkan Zharif.

so, mama plan nak ambil pil perancang jugak selepas lahirkan Zharif. cuma, kali ni mama ambil jenama lain.
bukan tak percaya, breastfeed boleh jarakkan kehamilan. tapi, mama ni extra subur.kalo tak ambil apa-apa cara pencegahan, konfem anak berdedai-dedai.huhuhu
memula mama takut gak, kot-kot susu akan berkurang bila ambil pil perancang. so, hancurkan harapan mama nak exclusively breastfeed Zharif. sia-sia lah mama buat stok EBM tuk Zharif kan.huhuhu

so, setelah berbincang dengan Doctor dan carik info kat internet, maka mama decide tuk ambil pil perancang sebagai langkah menjarakkan kehamilan.mama jugak tahu, ramai yang takut nak ambil pil perancang ni, mungkin takut kesan sampingan pil ni atau takut sebab dengar mitos yg mengatakan pil perancang boleh mengakibatkan kegemukan. so, better korang jumpa gynae korang.tanya lebih lanjut pasal pil perancang ni. tapi, kalo korang takut pil boleh mengurangkan susu supply, korang boleh dapatkan info dari internet. malas? OK, mama nak kasi korang senang, KLIK SINI.susuibu.com ada banyak info pasal breastfeeding.so, jangan risau!!!
kita boleh jarakkan kehamilan dan dalam masa yang sama, boleh fully breastfeed simanja kita.yeayyyy!!!

so, kali ni mama ambil pil Yasmin.

apa kebaikan pil yasmin?nape mama tak ambil Noriday?
Pil Yasmin ni, tidak menggemukkan, hormon tidak terganggu dan mencantikkan kulit. ada ramai gak blogger yg guna pil yasmin. tak percaya??? KLIK NI.

setakat ni, mama dah makan pil ni seminggu lebih. dan takde kesan sampingan pun. Alhamdulillah :)

ok, itu jek nak kongsi.




love: mamazahra ^__^

No comments:

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!