Showing posts with label Selsema. Show all posts
Showing posts with label Selsema. Show all posts

Monday, 29 November 2010

Bila Isnin je, mulalah demam..huhuhu

hari ni mama selesema.
ekceli, dari semalam lagi.
agaknya sebab cuaca sejuk tak menentu kot.
asek lah hujan, berhenti, pastu hujan balik.
hidung ni takleh nak tune agaknya.hehe
bile isnin je, demam.asal isnin je demam.
tapi, mama kerja cambiasa aineh sbb 1hb hingga 3hb Dec, mama kena cuti sbb ibu zahra nak cuti.
bile ibuzahra cuti, mama kena cuti lah sekali sbb takkan nak biar cik Zahra jaga diri sendiri pulak kan.
apa nak buat eyh?3 hari tu...
rabu, mama ada BSP test, so terisi lah sikit.cuma boleh ke mama nak handle cik Zahra masa kat klinik??
khamis, mama ada appointment kt klinik kerajaan.kena bawak cik Zahra, boleh ke zahra behave.haih, risau tul mama.
jumaat nak lepak-lepak ngan cik Zahra la.kalo duit banyak, boleh gak gi Sunway Pyramid shopping barang lil DZ.tapi, kalo duit banyak lah...kalo takde duit, lepak kat rumah jek la.huhuhu

Sabtu lepas, SEPATUTNYA mama ada Maternity Photoshoot dgn geng cyberphotog.
punyalah semangat, pepagi bangun. mekap cantik-cantik.cantik kerr masalahnya??hikhik
pastu, gigih bangunkan zahra dan mandikan dia.sbb photoshoot start kul 9pagi.
elok jek, on the way nak gi shah alam.mama check henpon.dapat sms dari kak moon, bagitau PS cancelled. sbb kak moon sakit mata. meraung mama dalam hati.sedih sgt2, sbb dah excited gila babas.
tapi, nak buat camne kan???redha jek la, mungkin ada hikmah disebaliknya...
so, terus gi bekfes kat Restoran Khulafa Sek.7.pekena roti naan cheese & milo ice.
lepas tu, terus menghala ke Hospital Umra tuk check up 31weeks.
sekejapan masa berlalu kan??dah 31weeks usia kandungan mama. ada lagi 9minggu sebelum melahirkan lil DZ.berdebarnya...hehe
Lil DZ dah seberat 1528gm.semangat tul anak mama.hehe.but Dr Ummul cakap, berat normal.
kedudukan plasenta OK, air ketuban mencukupi.hasil scan tu menunjukkan baby 100% boy.tapi, mama masih kurang yakin. Kuasa Allah, tak siapa tahu kan. Lelaki atau perempuan mama tak kesah, yang penting baby sehat sempurna sifat dan akalnya. hasil check tu, pendek kata, semuanya OK.Alhamdulillah.
cuma Dr tak dapat nak print sebab ada problem sikit.huhu

mama masih hutang hasil 3D/4D scan lil DZ kan???
sok-sok, bile PC mama dah OK mama update.janji!!!!
skang ni, entry tanpa gambar sbb mama masih tak bleh nk upload gambar guna lappy papa.tatau nape.jangan tanya mama, sbb mama ni lembab sket bab komputer neh.hehe



love: mamazahra ^__^

Friday, 29 January 2010

Semalam srot-sret, hari ni Kung-kang

sorry la ye, mama dah tak tahu nak bubuh tajuk apa.
otak dah sewel.hahaha
buntu nak letak tajuk apa.hilang segala idea bersama bersin ni.heee :D
sebenarnya, mama nak cerita pasal keadaan mama ni, makin worst pulak.
semalam asyik srot-sret tanpa henti. [bunyi buang hingus lah!!!]
sampai hampir penuh bakul sampah dengan tisu berisi hingus.hahaha
hari ni, pulak batuk non-stop.dok kung-kang, kung-kang dari pagi. [ bunyi batuk la!!!]
hingus dah bertukar menjadi kahak pekat.uuwekkk!!!
di tambah pula dengan bunyi suara anak kucing tertelan biji asam boi.nging-nging bunyi dia. [bunyi asthma la, bunyi yang keluar bile tarik nafas.HANYA orang yang ada semput je mahir dengan bunyi itu.haha]
dah macam lagu runut bunyi filem pulak, segala bunyi-bunyi tu.ngeh3
bunyi-bunyi tu takkan berhenti selagi En.Batuk, Cik Selsema dan Cik Puan Asthma tak blah dari hidup mama.huhu
dugaan..dugaan
dan dah tentu lah bebudak opis mama neh, tension dengan bunyi-bunyi itu.hahaha
mintak mahap la ye!!! bukan sengaja. mama kalau boleh pun nyampah nak hasilkan bunyi-bunyi tu.hakhakhak
mama harap sangat, batuk, selsema & asthma ni cepat-cepat pergi.
supaya misi mama tuk bulan depan jadi kenyataan.
apa misi tu???
korang kenalah doakan mama cepat sembuh & sihat walafiat supaya misi tu menjadi.
nanti baru mama cerita.
kalau tak, simpan je la misi tu sampai basi.hahaha
lagipun, Sabtu ada jemputan majlis berkhatan.kalau masih terbatuk-batuk camni, malas mama nak pergi.
oh ye, terlupa nak kasi tahu. papa pun dah mula selsema & batuk.
nampaknya, kami ber3 kurang vitamin lorr...
sebab tu demam berjangkit-jangkit.heee :X
p/s: doakan kami sekeluarga sihat sejahtera ye!!!!

love: mamazahra

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!