Tuesday, 3 July 2012

Petua Hari Ini: Kurangkn/Hilangkan Darah Tinggi

Salam Selasa semua :)
Hope korang sihat, mama masih lagi kurang sihat but dah beransur pulih.
semalam, mama cuba seharian tak guna inhaler. Alhamdulillah ok, masuk kul 6ptg je agak tercungap tp mama tahan. malam sebelum tidur, mama amik 2sedut. Alhamdulillah, ok sampai pagi.
Hope bulan Ramadhan nanti, asthma mama dapat berkurang. korang doakan sekali eh...

okeh, tetiba terpanggil lak nak share tentang petua darah tinggi ni. bukan apa, sekarang ni mama banyak dengar golongan ibu-ibu muda ramai yg kena penyakit darah tinggi ni. risau gak mama. Ramai jugak ibu mengandung yg mama kenal,  kena  darah tinggi ni. orang kata, pembawakan budak. kalo lepas bersalin hilang penyakit tu, Alhamdulillah. kalo terus kekal? mari lah kita sama-sama guna petua ni. tak elok kot kalo amalkan pil darah tinggi kan, lagi bagus guna bahan natural, ye tak?

mama ada sikit petua yg bagus tuk diamalkan bagi yg ada penyakit darah tinggi ni. mama ada dengar, kalo ibu mengandung kena darah tinggi ni masa pregnant berkemungkinan tuk dia ada penyakit darah tinggi ni masa tua nanti agak tinggi. wallahualam. mama kurang pasti, tapi kalau ye, eloklah amalkan petua ni kan sebagai salah satu ikhtiar.

Petua pertama: Serai
Serai. senang kan nak dapat. lagi bagus kalau serai yg kita tanam sendiri, dah confirm takde bahan kimia. betul tak? ok, ambil beberapa batang serai, ketuk dan rebus bersama 4 mangkuk air, renihkan sampai air rebusan jadi semangkuk. korang agak-agak je lah, kalo rajin sukat lah. Amalkan minum air rebusan tersebut dua kali sehari...Insyaallah...penyakit darah tinggi akan turun. tapi kalo nak senang kan, kat Delicious atau Serai, kalau tak silap mama ada air lemongrass kan, ha! tiap kali amkan luar, order jek la. senang kan... ekceli, mama dapat petua ni dari Majalah Mingguan Wanita.

Petua kedua: Ulam Tenggek Burung & Saderi
Selain dari itu amalkan memakan ulam-ulaman seperti Daun Tenggek Burung & Saderi. mama pun suka makan ulam tenggek burung ni, abang long mama ada tanam ulam ni. tapi, korang jangan risau, kat pasar borong atau pasar basah pun ada jual. korang gi je kt gerai jual ulam-ulam dan sayur kampung, insyaAllah diorang jual ulam tenggek burung ni. sedap tau! jangan risau pahit eh, memang sedap ulam ni. mama dapat petua ni, dari Along mama. Saderi ni pulak, korang bleh masukkn dalam sup yg korang masak. bukan daun saderi tau, batang saderi. rangup batang saderi ni, kalau masuk dalam sup daging/tulang memang meletops! anak sedara mama, suka masukkan dalam sup bakso yg dia masak. disitulah mama mula suka saderi ni. hehe. tapi, kalau korang nak cepat dan mudah, gi kat secret recipe dan order air apple celery juice. agak pelik rasa dia, tapi boleh lah nak diminum kan. taklah dasyat sangat rasa dia. hehe

Petua ketiga: Batang Bakawali
Tapi, bagi korang yang tahan kepada rasa pahit yang amat sangat boleh lah amalkan meminum air batang bakawali. Ambil beberapa batang akar bakawali tersebut dihiris halus, keringkan dan simpan. Seminggu sekali ambil dalam segenggam akar bakawali yang dikeringkan itu dan rebus bersama sedikit air. Petua ni, mak mama yg amalkan walaupun dia takde darah tinggi tapi dia memang minum bakawali ni, katanya takut ada darah tinggi. hehe. dulu mak mama tanam depan rumah, now dah mati pokok tu.Minum dan amalkan selalu...insyaallah tekanan darah tinggi akan berkurangan.

Sharing is caring kan.... mama kongsi disini bukan nak tunjuk pandai atau apa, cuma nak ingatkan diri sendiri. mana tau salah seorang dari kita, atau mak-bapak kita kena, at least kita bleh cuba petua ni kan :)

ok, babai

--
Sent from my desktop yawww!
Norly Saliana a.k.a pinkmamaDZ
http://mama-zahra.blogspot.com

2 comments:

AzWan ROsLan said...

Akak....kat mane nak dapat akar bakawali 2??? ni email sy...hayata_hiroshi@yahoo.com.my

norly a.k.a mamaDZ said...

azwan: akak pun xsure dik. pokok bakawali yg mak akak tanam, dah lama mati. tp nnt akak try tanyakn mak akak eh... if ada, akak will let u know k :-)

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!