Bulan Ramadhan kan dah dekat.
mama memang sangat-sangat nantikan bulan Ramadhan ni. Selain bulan tuk tambah amal ibadat, boleh juga dijadikan bulan tuk permulaan diet kan. tak salah kan?
Dah lama sangat tak dapat nak berterawih, sejak ada anak-anak kecik ni. Selalunya, amma buat terawih kat rumah je, sendiri. itu pun selepas anak-anak tidur. Itu pun dah cukup memadai, dari tak dapat buat langsung kan. Harap, tahun ni mama dapat menambah amal yg ada (ada ke?) . mama tahu, mungkin khilaf lagi banyak dari amal. tapi mama sedaya tuk cuba baiki diri.
Okeh, mama percaya ramai yg jadikan bulan Ramadhan ini sebagai titik permulaan tuk menguruskan badan kan. macam tahun-tahun yg lepas jugak, mama cuba tuk emngawal ambilan makanan waktu puasa. kalau tak, mama ni jenis mengunyah tak berhenti especially kalau kat office.
mama ada baca artikel pasal diet mengikut jenis darah. mama tahu kebenaran artikel ni, mungkin ada betulnya. tak salah mencuba kan. so, teruja sangat nak cuba. oleh kerana mama ni berdarah O, makanya mama nak share diet tuk golongan berdarah O. jom share!
Diet Untuk Golongan Darah O
---------------------------------------
Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan.omakaii! memang cabaran sungguh lah, sebabnya mama ni memang suka produk susu & gandum, buah-buahan lagi lah suka kan. tp, bukan buah bagus tuk kesihatan ke? entahlah, kompius jap.hehe. tapi, mama akan cuba kurangkan ambilan ayam dan lebihkan ikan time puasa nanti. caiyokk!
Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.omakaii, gila ke apa Doktor ni. kalau nasi, bijirin,pasta tak boleh makan apa mama kena makan? adoi, boleh ke tak nak follow diet ni. tapi, mama nak cuba seminggu dulu manatau berjaya kan. serius dasyat saranan Doktor ni, apa yg dia suruh hindar tu lah makanan febret mama, Doktor ni biar betul kan? mama nak elak makan brokoli, cendawan dan kentang? gila? itu kesukaan mama, kalo setakat taugeh & terung takde hal sangat kot.
Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini. ini takde hal! say NO to jeruk sepanjang zaman pun takpe kot. timun jeruk pun takleh eh? haha. apa lah rasa bigmac tanpa timun jeruk? ahaks.
Ciri khas golongan darah O:
• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain ** biar betul ni? awat lah mama selalu kena selsema & batuk eh? semput tak berhenti.huhu
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan ** ini, sgt setuju! bagilah makanan apa pun, pasti boleh ku telan. chinese, indian, korean, japanese foods semua boleh.hehe
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik ** wah! dah lama tinggalkan alam aerobik ni, kena start cari VCD ni. heee :P
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran ** berehhhh!
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian ** opsss! takutnya!!
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba
OK kot menu diet ni nak follow. tak lah dasyat sangat. mama nak cuba menu diet ni sepanjang puasa. manatau boleh dapat balik berat badan masa anak dara dulu. wahh! harapan tinggi menggunung. haha
siapa lagi nak join???? angkat tangan!!!!
--
Sent from my desktop yawww!
Norly Saliana a.k.a pinkmamaDZ
http://mama-zahra.blogspot.com
No comments:
Post a Comment