Monday, 9 July 2012

Personal time for Husband or wife, yes or not?

Salam Isnin semua :)
monday blues ke? hehe
mama pagi-pagi lagi dah jadi monster. budak berdua tu pagi-pagi dah mengamuk, sorang tu asyik lah nak berkepit (a.k.a nenen) dan yang sorang lagi susah sangat nak bangun. sudahnya, dua-dua nangis bila mama suruh mandi. nasib baik lah papa diorang tak buat hal sama, kalau tak.... siaplah! haha

korang bekfes apa pagi tadi? mama makan red velvet kek yg mama baking last saturday. terOVER rajin lak sabtu tu. Papa gi study kt UiTM, sebab dah takde aktiviti yg best nak buat tu yang angin mem-baking datang. hehe. kebetulan 07.07 tu birthday abang ipar mama a.k.a ayah budak-budak tu. oleh kerana nak mintak along dan angah jagakan budak berdua tu, maka mama buat sebiji mini cake tuk besday ayah. mama buat green velvet tuk ayah dan red velvet tuk mama. nyum-nyum. mama buat resepi yg paling sempoi, next entry mama share eh...

okeh, berbalik pada tajuk entry. personal time tuk husband or wife, korang setuju atau tak?
perlu ke husband atau wife ada their own personal time tuk buat hal memasing. samada keluar dengan kawan-kawan atau lepak mamak atau shopping atau whatever yang derang nak buat...  manalah tahu kan, diantara korang-korang yang baca blog mama ni, ada mengamalkan benda tu...

for me, personally, mama memang say NO! sangat tak bersetuju. sebabnya....

masa yg ada 24jam tu terlalu terhad. kerja 8jam, tidur 8jam dan 8jam lagi tu memang tuk housechores dan layan suami n anak-anak. so, 24/7 tu terlalu terhad. especially kalau mama buat kerja luar, so travelling time lagi, masa tuk family sangat tak cukup. kadang tu kan, dapat luangkan masa tuk sembang, main-main dan layan anak-anak dengan kerja sekolah segala tu ngam-ngam je. pastu, anak-anak dah penat dan nak masuk tidur. kesian kat anak-anak tau... kalo mama nak keluar gi shopping, saloon atau spa pun mama lagi suka kalo gi sekali dengan papa dan anak-anak. lain lah kalo gi outstation, masa yg terluang memang mama abiskan keluar dengan kawan-kawan sebab papa & anak-anak takde kan. kalo diorang ada, confirmkan abiskan masa dgn diorang. itu pendapat mama lah...

mama tengok kan, kalau papa lagi lah, abes keje sibuk dengan futsal, badminton dan segala aktiviti kelab sukan tempat kerja dia lepas tu malam pulak busy dengan assignment, pastu weekend pulak kelas atau study group atau kerja lebih masa atau buat kerja part time. bila masa untuk anak dan isteri kan.. fuhhh! packed gila kan jadual papa. kadang tu, mama & anak-anak TERPAKSA ikut papa gi futsal atau badminton semata-mata nak habiskan masa dengan papa. sedih kan? lantaklah kalau kawan-kawan papa cakap mama ni queen control atau apa, yang penting, masa yg sepatutnya papa luangkan buat kami dah diorang rampas, so terpaksalah kami ikut papa. kadang tu bukan apa, kesian kat anak-anak bila diorang sibuk tanya mana papa diorang. lagi-lagi si zahra. ini antara dialog dia,  Zahra: mama, papa mana? mama: futsal/badminton. Zahra: futsal? badminton? ala.. papa ni, kakak nak tunjuk buku kakak ni... (nada merajuk). kesian kan?? mama memang tak sampai hati. tak sanggup nak guna masa tuk diri sendiri, sedangkan anak-anak sangat perlukan....

so, bila masanya nak ada personal time kan. pada mama, leisure time yg ada tu memang tuk anak-anak dan suami je, kiranya family lah. termasuk family mertua dan adik-beradik. tu belum kena penuhi jemputan kenduri lagi kan. so, kalo nak jumpa kawan-kawan memang kena plan awal-awal. bukan tak jumpa kawan-kawan langsung tau...

tapi kan, mama tak faham kalo orang yg dah kahwin tapi nak ada personal time tuk diri sendiri. serius tak faham. tapi, mama tahu memang tak ada salahnya. cuma mama nak tahu sangat, apa yg korang fikir eh sampai boleh buat keputusan tuk ada personal time?? sila share dengan mama....

mama sibuk cerita pasal ni, sebab mama tengok lately ramai betul kawan-kawan yang update cerita pasal keluar "girls day out" lah, atau ntah apa-apa istilah lagi diorang guna untuk lepak samada sesama perempuan atau campur. bagi mama, kalau diorang nak gathering lagi baik bawak family memasing, at least suami-suami dan anak-anak boleh berkawan. tapi, yang mama pelik. ada kawan yg dah kahwin, tapi dia keluar sendiri (samada suami jaga anak kt rumah atau suami ke tempat lain) tuk keluar dengan kawan-kawan (lelaki & perempuan) tuk jalan-jalan,makan-makan atau tengok wayang. apa yg diorang fikir eh? tak rasa rindu ke pada suami & anak-anak? kalau mama kan, tak senang duduk kalau suami & anak-anak takde depan mata. tapi, itulah.. hak masing-masing kan...

mama tak cakap, ada personal time samada suami atau isteri tu salah. memang takde salahnya, tapi mama sangat tak setuju. kalau mama nak ada personal time tu, mama lagi suka amik cuti & spend time dengan papa tuk tengok movie & jalan-jalan. tapi tu pun rasa hilang selera nak makan sebab anak-anak tak ikut sama. ntah pape kan? hehe

korang pulak cemana?? cer share :)



--
Sent from my desktop yawww!
Norly Saliana a.k.a pinkmamaDZ
http://mama-zahra.blogspot.com

No comments:

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!