Rasanya belum terlambat kot nak ucap selamat berpuasa tuk semua umat islam..
Semoga kita diberi kesihatan yg baik tuk menjalani ibadah rukun islam yg ke-3 ni, InsyaAllah..
Tahun ni pertama kali berpuasa di 'tempat' orang, iaitu bandung. Walaupun tak jauh beza, tapi tetap lain suasananya. Di Bandung, ada yg mula berpuasa hari jumaat iaitu bagi yg mengikuti jamaah muhammadiyyah. Mereka ikut anak bulan, khamis lepas kan waktu tengok anak bulan. Mungkin mereka nampak jelas anak bulan ramadhan, tu yang decide nak puasa jumaat. Macam kita kt Malaysia, ikut kalendar takwim. Memang dah tetap dlm kalendar, puasa pada 21hb july 2012, bersamaan hari Sabtu.
So, kita follow mana yg kita percaya eh.. Oleh kerana ada yg dah start puasa jumaat, makanya banyak kedai makan tutup. Berpusing-pusing supir cari kedai makan tuk kami 4beranak. Hehe.
Tahun ni juga, tahun pertama mama train Zahra tuk berpuasa. Ye lah, this year anak dara mama dah 4tahun 10bln. Memang dah patut sangat belajar puasa. Mama dulu, umur 4tahun dah mula belajar puasa penuh.
1st day puasa, kami bersahur dalam bilik hotel je. Malam tu kami tapau nasi liwet dengan udang penyet dan roti bread talk. Imsak di bandung sejam awal dari kt Malaysia. Gigih bangun kul 3.30am tuk sahur. Jenuh pujuk Zahra bangun sahur, mujur dia nak jugak bangun. Tapi, puaslah pujuk dia makan sahur. Tapi yang ditelan 3-4suap je, yang makan beriye si Zharif tu. Hehe. Dan 1st day tu, Zahra hanya bertahan sampai kul 10pagi. Teruk kan? Takpe lah, mama belum putus asa..
Iftar pertama kami dia Soekarno hatta Airport, Jakarta. Flight kami kul 7malam waktu indonesia bersamaan kul 8mlm waktu malaysia. Mujur pihak airport menyediakan air mineral,kurma dan roti tuk setiap penumpang. Kalo tak, ada yg tercekik lah makan kek kartika sari tanpa air. Mana taknya, air kan tidak dibenarkan naik pesawat.
2nd day puasa, kami bersahur dan berbuka di Malaysia. Home sweet home! Rasa lebih seronok berpuasa ditanah air sendiri. Betul kata orang, "hujan emas dinegara orang, hujan batu dinegara sendiri, lagi hebat negara seniri :) ". Walopon bandung cuaca dia agak sejuk banding malaysia, tapi tetaplah lebih meriah di negara sendiri kan. Kami sampai di LCCT kul 10.30mlm. Sampai rumah kul 12malam sebab solat siap2 kt lcct. Sampai rumah, terus membongkang. Gigih pagi tu masak sahur ala kadar je sbb belum beli barang dapur. Mujur kakak mama kejutkan sahur, kalau tak memang terlajaklah sebab badan letih sangat memikul 7kg backpack dan menjinjing 5kg hand luggage. Lepas subuh pun memasing terus terjun balik atas katil sbb masih penat, sudahnya kul 10pg baru bangun. Hehe.
Bangun tidur, terus unpack luggage dan agihkan ole-ole dari bandung tuk semua. Kul 12tgh hari baru keluar gi carrefour shopping groceries.
Balik dari stock up barang dapur, terus Zahra menangis minta berbuka. Sian sangat. Sudahnya kul 2.30ptg puasa ke-2, zahra selamat berbuka. Haha. Jenuh mama pujuk, tetap berkeras nak buka puasa.
Iftar day 2, kami berbuka beramai-ramai kat umah Andak. Tak ramai mana pun, kami anak-beranak, Endek & anak sedara mama, Aien dan husbandnya. 3 family je, tapi juadah bersusun cam buffet ramadhan. Hehe. Mana taknya, mama buat puding roti & sos kastad dan homemade beef sandwich. Andak masak nasi,lauk-pauk, kuih ketayap &popia goreng. Endek pulak buat kuih vadeh& ayam berlada. Aien bawak buah tembikai. Itu belum masuk kuih-muih yang andak beli kat bazaar ramadhan. Penuh sesak perut mama, kekenyangan. Lebihan makanan kami tapau bawak balik tuk sahur day 4, kan tak membazir. Hehe
3rd day puasa. Alhamdulillah Zahra dah mampu puasa penuh sehari. Terkejut gak mama bile Andak bagitahu yg Zahra still puasa sampai kul 3ptg, mama bagitahu kalo dia merengek bagi je buka puasa tapi Alhamdulillah Zahra nak bertahan sampai maghrib. Good girl, kakak! We love u so much!
Iftar day 3, masak simple je. Tak buat dessert/appertizer pun sbb kek kartika sari ada lagi. Mama masak sambal ikan bilis, sayur sawi tumis dan goreng ayam. Mama masak lebih tuk sahur sekali, itu memang pesanan khas dari penaja iaitu papa. Hehe
Apa menu iftar day 4? Tak pikir lagi, sat gi baru cari idea.
Korang dah juz berapa tadarrus? Mama lom start lagi... Tunggu habis uzur syarie ni. Since day 2 dah terkantoi. Hehe
Ok, selamat menjalani ibadah puasa u ols!!!
Sent from mama's SweetBerry®
No comments:
Post a Comment