Salam Ramadhan semua :)
puasa? mama masih uzur syarie, tapi tetap macam puasa sebab bersahur dan berbuka macam orang lain. demi suami & anak-anak. kata nak train Zahra puasa, so mama pun kenalah lagak cam puasa gak. hehe
puasa-puasa ni, sebenarnya mama taknak lah merempan atau meroyan. tapi sakit betul hati ni.
mama ada gak merempan pasal makhluk ni dalam ENTRY ni. tapi dia buat lagi. mujurlah mama memang uzur syarie kan, dapatlah merempan, kalau tak, kurang pahala puasa mama kerana makhluk perosak ni. gerammm!
memula dulu, kes tudung. mama tak tahu kenapa dia ni perasan sangat. mama tak pernah rapat dengan dia, tak pernah bersembang, paling korok pun, hanya bertukar komen. itu pun, selalu dia yg komen status or gambar mama. tapi, komen dia tu kadang menyakitkan hati gak. tapi, mama malas nak layan. mama anggap, itu hanya komen orang yg tak matang. status mama biasanya memang untuk sedara-mara dan kawan-kawan. rasanya, dia masih belum layak bergelar kawan. tapi, dia ni perasan sungguh, kononnya status mama tuju kat dia, padahal amma tuju kat anak sedara mama. buat apa mama tuju kat dia, dia buakan siapa-siapa. tapi, mama geram bila dia kutuk fizikal mama. mama ni bukanlah jenis tak reti nak berjenaka. tapi, kalau bab keburukan fizikal orang mama cuma berani bergurau dengan family dan sahabat terdekat je. tapi, amma dah maafkan dia.
sekarang ni bab kek kartika sari pulak. ye lah, mama kan baru balik bercuti kt bandung. ada lah beli ole-ole tuk sedara-mara dan kawan-kawan. itu pun, yh terapat je. yg bau-bau bacang atau kentut tu, emmang mama tak terbeli. maklumlah, mama pergi dengan anak-anak. amna nak sorong stroller, mana nak angkut backpack, mana nak jinjing hand luggage. tapi, makhluk Allah yg seorang ni tak faham. mungkin dia tak kenal mama kot. so, dia cuba nasib tuk kirim. sorry, mama hanya layan kiriman yg terapat je. yg takde bau-bau dengan mama, mama mmg say sorry tak dapat nak belikan. dia jawab, it's ok.
so, hari terakhir kat bandung iaitu sabtu, kan dah puasa. amma gigihkan jugak ek kartika sari demi nak bawak ole-ole tuk family. mama tak beli banyak pun sbb kesian kt papa nak angkut beg berat lagipun, kami bayar tuk 20kg je luggage. so, mama beli kek kukus pandan 1paket, kek kukus cheese 1paket, brownies 3 in 1 dlm 1paket dan dodol 1paket. ITU SAHAJA. memang niat beli tuk family je.
bila sampai sini last sunday. hanya kakak-kakak dan anak sedara yg dok dekat-dekat je merasa. yg jauh-jauh tu, memang belum datang. mama dah bagitau semua, kalo nak rasa, datang. kalo nak hantar sorang sikit, memanglah tak worth. sebab sikit sangat. so, mama buat satu status kt FB tuju kat family dan kawan-kawan yg teringin nak RASA. benda tu sikit, kalo nak rasa 2,3 hiris setiap satu flava boleh lah kot kan. tapi, kalo nak satu bekas, memang tak dapat lah.
tapi, malam tadi... makhluk Allah ni buat satu status yg seolah-olah menjurus kepada mama.. ayat dia lebih kurang macam ni " suruh belikan, kata berat tapi boleh pulak bawak banyak". korang rasa kan, mama wajib terasa tak? pastu, mama buat status, " , pastu, dia buat status macam ni pulak " puasa-puasa tak elok melenting, kurang pahala puasa.. layna..zasss". mama sakit hati sangat. apa ntah masalah dia ni. serius mama tak faham.
okeh, mama pun taknak panjangkan cerita. baik mama unfriend je kot kan?? okeh, stop pasal stalker ni. noktah.
perasan tak, tajuk entri tu ada dua???? ok, jom kita cerita yg best pulak.... kalo korang perasan, dalam entry lepas, mama ada tanya kemana kali sekeluarga bercuti kan. ada 2 orang yg jawab betul. memang plan asal kami nak round jakarta dan bandung, tapi last minute kami buat keputusan tuk round bandung sahaja. jakarta amatlah sesaknya, so buang masa dan duit kalau nak round jakarta. kat jakarta, destinasi kami hanyalah Soekarno Hatta Bandara a.k.a Jakarta Airport. so, jawapan yang tepat destinasi percutian kami adalah BANDUNG. so, pemenangnya ialah Lili a.k.a mama zara zarief. Lily, sila sms/email mama address eh, mama nak post fridge magnet dan t-shirt bandung. tuk eira jabbar yg paling pantas, bagi jugak address, mama nak pos something tuk awak jugak.
okeh, sekian sahaja tuk hari ni...
selamat menjalani ibadah puasa :)
p/s: semalam Zahra puasa sampai kul 6.30 ptg je. sayang kan....
--
Sent from my desktop yawww!
Norly Saliana a.k.a pinkmamaDZ
http://mama-zahra.blogspot.com
No comments:
Post a Comment