Lamanya mama tak membebel kat sini. Belog ni dah macam tukun. Serius takde masa nk berblogging lately. Tapi papa cakap, mama yg tak pandai curi masa. Ntah bila la mama nak update entry ntah, kalo masa yg ada kat rumah ni dipenuhi dengan aktiviti melayan anak-anak. Lagi-lagi bulan puasa ni, mama sempat melipat kain-baju once a week je. Dah macam bukit Broga dah longgokan kain-baju yg tak berlipat. Kalo mak mertua nampak, confirm kena perli. Haha. Mujurlah mak mertua jarang menyinggah. Ekeke
Okeh, berbalik pada tajuk entry. For info, semalam mama gi Ramadhan Buffet kat SACC(Shah Alam Convention Centre) tuk berbuka bersama BFFs mama masa time sekolah menengah, iaitu Ana Farhana, Ayu Shaliza & Azni. Izan & Azrifah tak dapat join sebab memasing outstation. Tapi, walaupun cuma kami berempat plus suami Ana,papa, anak lelaki ana Adnin Syakirin, Zahra & Zharif dah happening. Gelak sambil makan.
Tapi, mama dan kawan-kawan sangat tak berpuas hati dengan buffet ramadhan yg ada kat SACC tu. Serius tak worth dengan harga RM75.00 nett. Apa yang mama tak puas hati?
1. Servis
Mama mama sampai kul 6.45, Ana selaku organizer bagitau yang dia takleh nak request baby chair on behalf of mama. Soi, sampai je tu papa terus mintak baby chair tapi tahu tak apa jawapan diorg? "Sorry, satu meja limit satu je baby chair." Takkan diorang expect kita nak makan sambil sebelah tangan pegang anak kot. Mujurlah mama berkeras dengan papa nak bawak stroller gak tuk Zharif. Kalau tak, memang makan sebelah tangan lah gamaknya. Dan the worst part is, bila papa request tuk extra chair tuk Zahra. Sangat lambat. Kesian sangat kat Zahra yang puasa. Terpaksa duk beriba ngan mama dulu. Dah dekat nak berbuka dan setelah request kali kedua, baru dapat. At that time, dah dekat buka . Serius geram.
2. Pelayan
Sikit punya lambat nak clear meja. Sampai kita panggil suruh kutip pinggan baru kutip. Kitorg dah siap tindih-tindih pinggan sebab meja dah lah sempit. Meja cam meja sekolah tu yang sebanyak 3biji tu kami kena kongsi 6dewasa plus Zahra. Sempit sangat. Air pulak, dia serve air oren tapi memang takde siapa top up. Kena gi meja air tuk berulang ambil air,tapi bagus gak lah kan dapat exercise. Huhu
3. Makanan
Bab makanan pun mama tak puas hati sangat. Bukan masalah kesedapan makanan ke apa. Tapi the way diorang serve makanan. Time berbuka tu mama sempat ambil kuih dan pastries (buah melaka, kuih lapis & fruit tart dan ada banyak lagi pastries tapi ntah apa lah tak menarik langsung), kue teow goreng, bihun goreng tuk zahra dan papa ambil the tarik dan kambing kebuli(a.k.a kambing golek) yang derang banggakan sangat tu. Kononnya lepas solat baru nak makan yang lain, yang ada 100jenis tu. (Emcee derang dok ulang 100 kali lagi gak).
Sangat menyedihkan, bila abis solat dulang buffet tu dah kosong dan tinggal daun pisang je. Yang masih melambak nasi putih dan lauk-pauk. Tu pun, tajuk makanan kemain meriah tapi rasanya hampeh. Lagi sedap makan kt mamak atau fastfood. Bayangkan, nama makanan tom yam kung tapi bila tuang kuah atas nasi putih warna nasi tu tak berubah. Apa kes?
Diorang kemain canang, sajian buffet ramadhan 'Sajian Nusantara' tapi adoi, sedih tengok choice makanan yang ada. Dok ulang-ulang benda yang sama. Tapi kan, paling sedih bila diorang serve makanan sejuk. Takkan tak cukup bajet nak pasang warmer kat buffet. Mama semangat nak ambik mee sup bebola daging, tapi sup sejuk sampai mee dan tahu kering tuk takleh lembut. Sedih tau nak makan. Mujur diorang ada satu lagi stall yang serve mee sup yg panas. Boleh gak lah makan. Mama cuma ambil nasi putih+kari ikan+tom yam kung kononnya tu tuk zahra. Mama tak lalu langsung nak telan. Kerang bakar yang husband ana ambil pun bau dia macam dah busuk, bile abang rusli kopek je bau dia kemain busuk. Ish, putus selera tau.
Kul 8.30malam, mama nak ambil buah-buahan. Banyak dulang dah kosong. Yang tinggal tembikai, epal yang tak dipotong. Cemana nak makan? Takkan diorang expect kita gigit gitu je. Sedih, serve macam tak ikhlas.
Mama tak tahu lah, diorang memang serve sikit atau tetamu yang lain makan tuk kitorang sekali. Kul 8.30 tu kebanyakan dulang dah kosong.
Sudahnya, kami lepak sambil borak je sampai final badminton habis. Sebab takde apa yang best kitorang nak ulang makan. Rasa tak berbaloi je bayar banyak tu tapi kami makan sikit je.
Memang the worst ramadhan buffet ever! Blacklist terus, not recommended langsung. Tak tau lah kalau korang rasa best pulak kan. Terpulang, tapi mama rasa gitu. Mama rasa, makan buffet ramadhan kat delicous lagi sedap. Diorang serve makanan panas walaupun lambat sikit tapi dessert diorang sangat sedap.
Kot ye pun derang nak charge RM75nett which is taraf hotel pada mama, tapi janganlah serve makanan yang lagi worst dari bazar ramadhan. At least takde lah rasa sangat membazir.
Sekian.
Salam Nuzul Quran semua. Assalamualaikum :)
P/s: sebab terlampau tak best, sekeping gambar pun tak snap. Huhu
Sent from mama's SweetBerry®
2 comments:
hye sis...mesti da xingatkan sape sy, lama jgk xbkak blog sis, sy pon da deactive fb ( sy hidup tanpa fb )
hehehe still following ur life story.
:)
puteri:ingt la dik oi.. xde nya lupa kecuali sis hilang ingatan. hehe
tq la masih sudi follow my boring life. haha
Post a Comment