Friday, 24 August 2012

Kisah Puasa Zahra

Salam Aidilfitri semua :)
korang masih bercuti ke? mama & papa dah start keje hari ni. kalau ikutkan hati, memang nak sambung cuti raya, masuk keje hari Isnin terus tapi memandangkan cuti tinggal berapa kerat je dan hari ni ada audit committee meeting, keje lah jugak. huhu
makanya, hari ni anak-anak mama dah hantar umah baby sitter. Zahra hari ni ikut adik dia sekali kat umah ibu ayong. Zahra cakap, nak jaga adik dia. macam-macam lah kakak zahra tu...

okeh, mama nak share cerita pasal pengalaman puasa kakak zahra. this year adalah tahun pertama kakak zahra puasa. dia kan dah 5 tahun (kalo ikut bulan, baru 4tahun 10bulan), mama kenalah train dia puasa. last year dia baru nak masuk 4tahun, langsung taknak puasa sebab dia kuat menyusu botol. tahun ni, takde alasan lagi.

Kakak Zahra start puasa masa Ramadhan 3. jenuh mama pujuk dari 1st ramadhan dan bagitau kelebihan berpuasa. bila masuk ramadhan 3 baru zahra nak puasa. Alhamdulillah, sepanjang Ramadhan ni Zahra dapat puasa penuh 10hari dan selebihnya puasa setengah hari. walaupun zahra agak lambat nak banding mama, tapi mama tetap bersyukur at least Zahra nak belajar berpuasa gak. mama dulu, umur 4tahun dah kena puasa penuh sebulan. alasan tuk puasa setengah hari cuma demam dan dah hampir pengsan je. alasan lain, memang mak tak terima. mak mama dulu kejam, kalau tak puasa, jangan harap dapat berbuka sesama. orang tak puasa kena makan makanan lebihan orang berbuka je. sedih kan. tu pasal lah, kakak-kakak dan abang-abang semua puasa penuh. hehe

mama ni tak lah kejam sangat, walau zahra puasa setengah hari mama tetap bagi dia berbuka sesama cuma berbakul-bakul mama membebel kat dia. hehehe. tu semua sebab nak ajar zahra. kalau tak ajar dia dari sekarang, alamatnya sampai ke besar lah dia tak reti puasa. kalau ikutkan hati, dengan zharif sekali mama nak train berpuasa tapi sebab zharif masih menyusu badanlah,  mama batalkan niat.

sepanjang ramadhan ni, memang kesabaran mama & papa teruji sungguh nak melayan kerenah zahra puasa. time sahur, nak kena dokong gi meja makan. kalau lauk febret baru nak sahur, kalau takde taknak makan. kalau makan pun, sambil menangis. Zahra ni susah sangat nak makan sahur. ada beberapa makanan je yang dia nak makan time sahur. antaranya, wedges dengan cheezy sauce, maggie kari,udang goreng, ketam dan air nestum. selebihnya, memang zahra taknak makan. nak tak nak, terpaksalah mama masak makanan febret dia asalkan dia nak bersahur. kalau mama masak febret dish dia tu, memang sepinggan dia makan. kalau tak, makan sambil muka monyok je. geram je. tapi sebab nak train dia berpuasa gak, mama layankan je kerenah dia.

Alhamdulillah, walaupun cuma 10hari je yang penuh at least dia dah menunjukkan sign yg bagus tuk next year ramadhan, insyaAllah. kalau panjang umur, next year ramadhan zahra kena puasa penuh sebulan.

anak-anak korang cemana? puasa penuh sebulan???

p/s: Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin. jemputlah datang umah :)


--
Sent from my desktop yawww!
Norly Saliana a.k.a pinkmamaDZ
http://mama-zahra.blogspot.com

2 comments:

Lily@MamaZaraZareef said...

Congrats zahra! Permulaan yg baik la tu kan. Kite dulu darjah 1 br start pose penuh..huhu..zara pn tahun ni memang mamanye takde ajak pose langsung. InsyaAllah tahun dpn kot nk start training..:-P

Norly a.k.a MamaLeana said...

dpt 10 hari je pun.. kalo ikutkn hati nk paksa puasa sebln..hehe. kejam kn mama zahra.hehe

xpe, zara kecik lg. nxt yr ok la kalo nk train kan...

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!