semalam mama MC, biasalah penyakit 3 serangkai menyerang. bukan kencing manis+darah tinggi+jantung tau, mintak simpang!! tapi batuk+selsema+asthma, complete pakej. semalam gi Klinik Dr. Shima dapat MC. tapi langsung tak dapat rehat, mahu taknya, Zharif bila nampak mama tak bersiap gi keje, dia pun merengek mintak belas kasihan takmo gi umah baby sitter. buat muka simpati, mama pun terus lembut hati. mujur ibu ngan mak mama ada dan sanggup jagakan bila tengok mama melepek je. tambah pulak dengan kakak zahra, balik sekolah mogok takmo gi umah baby sitter, nak kat umah gak dengan mama. sudahnya, bila masanya mama nak rehat? sekejap terpekik-terlolong marahkan zahra, sekejap marahkan zharif. akhirnya, hari ni semput pun tak hilang. dah nasib badan kan... itu lah gaya mama beranak dua kan. hehe
okeh, berbalik pada tajuk. malu sesangat mama malam tadi. sepupu-sepapat mama datang beraya. mama kan semalam MC, seharian berbaring, rumah tak bersapu, lantai tak mop bila anak-anak tumpahkan air, cuma lap gitu je tempat air tumpah, bekas kuih raya tunggang-langgang dikerjakan anak-anak dengan semalam kak ngah dan abg ngah datang melepak makan kuih raya, kain baju yg mak lipatkan masih kat hall. tak terfikir langsung ada orang nak datang beraya pun. yelah, malam tadi kan malam khamis, hari ni hari khamis orang keje, bajet takde orang nak dtg beryalah. tu yg biar je umah jadi tongkang pecah. sudahnya, malu sendiri.
saat syok melayan anak-anak makan kuih raya, sambil tengok fabulous cake kt channel TLC dan borak ngan mak langsung tak sedar ada orang bagi salam. dah lah lampu hall siap padamkan walhal baru kul 9. haha. memang memalukan. nak tak nak, redha je la, bagi je diorang masuk dalam keadaan umah bersepah, lantai bersemut. huhuhu. malu sehhh!
padahal sepupu-sepapat ni dah janji ngan kakak mama endek, derang nak datang beraya umah endek. bleh plak tak bagitahu yang derang nak singgah jenguk mak sekali. ciss! memang memalukan lah...
so, pengajarannya. walau badan tak sihat, at least kemas sikit-sikit umah tu, jangan biar tonggang-langgang sangat eh mama DZ oit! heeee :D
ok la, malas nak bebel panjang sangat. korang bila nak datang umah mama??? ops, silap umah mak mama... datanglah, call dulu tau jangan main sergah kang korang dok la dalam tongkang pecah. hehe
selamat hari raya :)
--
Sent from my desktop yawww!
Norly Saliana a.k.a pinkmamaDZ
http://mama-zahra.blogspot.com
No comments:
Post a Comment