Saturday 14 August 2010

Ramadhan 2

wah, entry dah jadi pekasam.
takpe, nak share jugak.
ini menu berbuka khamis lepas, iaitu 2 Ramadhan 1431H.
mee palembang resepi turun-temurun mak mama.


mee palembang ni adalah, mee yg diperbuat dari tepung gandum.diuli dan di potong halus-halus.
kalo time mama kecik-kecik dulu, mak akan buat mee palembang ni tuk bukak puasa.
mak uli tepung, dan kami anak2 pompuan dok potong-potong halus-halus.walopon size dia tak sma.wakaka
tapi, skang ni dah moden.mee gandum ni boleh didapati segera kat pasaraya.
apapun, mee gandum mak buat lagi ori.hehe

ni 1st time mama masak sendiri kuahnya.mee gandum tu, mama beli jek.ngeh3.
manalah sempat nak uli & nak buat mee dalam waktu yg singkat.
balik jek keje, dah penat macam nak pengsan.ngeh3

resepi nak buat kuah mee palembang ni, amat mudah sekali.
sama cam nak masak lemak.
cuma, letak cili padi yg dah di blend. dan mama masukkan udang sederhana besar sebagai rencah.kalo nak guna ayam or ikan bilis pun boleh.
senang & cepat.
lagi sedap, kalo masukkan sekali mee tu dalam kuah bile kuah dah didih.
mabeles gitu!!!
kalo xsuka, bleh jek celur mee tu dan tuang kuah bile nak makan.
sbb nanti kuah jadik likat.
macam mama, bila kuah dah masak mama masukkan separuh dalam kuali lain tuk campur sekali dgn mee.
ye lah, papa kan melayu jawa sejati.ofkos lah nak berbuka nasi kan.
so, papa leh makan nasi dgn kuah lemak tu.
dan tuk mama & kakak-kakak mama, dah tentu masak sekali mee & kuah.sedapnyaa!!!

sejak hari pertama puasa, mama tak pernah lagi buat kuih tuk berbuka.
kalo dapat masak nasi & lauk tu, dah kira oraitlah.lepas tu, sure flat.macam nak pitam.
tapi, Alhamdulillah.rezeki ramadhan kan, kakak-kakak mama tak pernah lagi miss bagi kuih tuk berbuka.

puasa ke-2 tu, andak bagi karipap panjang dan endek bagi lengkung/agar2 sirap.sedap.

love: mamazahra ^__^

No comments:

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!