Wednesday, 11 August 2010

Tip-tip untuk berpuasa dengan lebih selesa bagi ibu-ibu mengandung

ececeh, lately segalanya info pasal ibu mengandung.
cam kemaruk lak mama cik zahra ni kan??
takpe lah...sharing is caring
bile mama dpt info, pe salahnya share ngan kawan-kawan blogger yang skang ni makin ramai yang berbadan dua.
ada gak ibu yg 1st time merasa puasa masa peknen.
cam mama, masa peknenkan Zahra tahun 2007 merasa gak puasa sebulan. takde terasa sangat sbb masa bulan Ramadhan tu mama peknen 8bulan atau di trimester 3.
time tu, badan pun dah kuat sikit, takde loya mual segala.
dan kali ni, mama merasa berpuasa di trimester 2 pulak.
memang agak mencabar.
kepala asek berdenyut jek sepanjang hari, blek keje terus macam nak pitam.
kalo bleh, nak masak sambil baring.boleh gitu???egege

apa pun, jom kita kongsi maklumat yg mama dpt di babycenter ni..

Bagaimana saya boleh berpuasa dengan lebih selesa?
Jika anda berpuasa, sudah pasti anda tidak akan boleh makan dengan kerap, namun begitu, antara berbuka puasa sehingga waktu sahur, anda boleh makan lebih daripada dua kali. [kalo tetap takde selera??cane pulak.bykkan minum air, buah & sayur..ini bkn pendapat mama tau, ni pendapat Pakar Pemakanan yg mama jumpa selasa lepas]

Mengambil hidangan yang bernutrisi dan seimbang akan membantu mengekalkan berat badan anda dan mengelakkan sembelit, sakit kepala, ketakcernaan, keletihan dan pedih ulu hati – simptom yang biasa berlaku semasa waktu kehamilan.

Adakah terdapat cara yang ideal untuk wanita hamil berbuka puasa?
Tiada pelan makanan ideal yang perlu anda ikut dengan ketat, tetapi cubalah tip-tip berikut mengenai cara terbaik untuk berbuka puasa.
• Buka puasa dengan tiga biji kurma dan jus, susu atau yogurt rendah lemak, diikuti dengan sup, seelok-eloknya sup yang jernih.
• Buah kurma dan jus merupakan makanan yang baik untuk menaikkan tahap gula dalam darah kepada normal. [menurut Pakar Pemakanan HBTAR, kurma punya kandungan gula yg tinggi,so ibu mengandung hanya bleh mkn kurma 3biji sekali makan]
Kemudian, ambil hidangan seimbang yang terdiri daripada:
• Satu pinggan salad atau ulam sebagai pemula.
• Protin daripada ayam, daging atau ikan, atau lentil, kacang kuda atau kacang buncis.
• Karbohidrat kompleks daripada beras perang dan roti gandum penuh.
• Sejumlah besar sayur-sayuran.
Jangan lupa untuk elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah kenaikan berat badan atau mengambil nutrisi yang tidak baik atau menggalakkan ketakcernaan.

Adakah saya perlu makan sahur yang berat?
Hidangan sahur merupakan hidangan yang paling penting untuk diambil semasa bulan Ramadan untuk mengekalkan tahap tenaga sepanjang hari. Jangan tinggalkan hidangan ini kerana ia akan memberikan anda nutrien dan tenaga yang anda perlukan sepanjang hari. Ia juga akan mengurangkan simptom akibat kelaparan, seperti sakit kepala dan mengantuk. [kiranya, sahur ni cam makan tengahari kitalah.perlu ambil makanan berat, kalo bleh nasi, if xbleh, roti 3keping]

Hidangan sahur yang sihat bagi anda perlu terdiri daripada:
• Beras perang dan roti gandum penuh dengan buah kurma dan kuah kari.
• Bran atau bijiran serat tinggi dengan susu skim rendah lemak.
• Buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.
Elakkan pengambilan teh terlalu banyak kerana ia akan mengurangkan kandungan air (nyahhidrat) dalam badan anda.

Saya suka minum kopi dan/atau teh selepas buka puasa; bagaimana mahu menggantikkannya?
Minumlah jus buah, bukan minuman bergas atau kopi dan teh. Minuman smoothie buah yang mengandungi susu, yogurt dan ais adalah minuman yang menyegarkan dan memberikan anda keperluan buah-buahan yang banyak dalam nutrisi harian anda. Sup sayur mengandungi pelbagai jenis sayur-sayuran yang akan menambah vitamin, mineral dan serat dalam diet anda.

Apa yang perlu saya tambah dan kurangkan dalam diet saya semasa bulan Ramadan?
Pada bulan Ramadan, tahap aktiviti anda akan berkurangan dan semasa kehamilan, anda akan menjadi lebih letih. Untuk berpuasa secara sihat, ingatlah tip-tip di atas semasa makan, dan:
• Selepas makan malam, rehat seketika, kemudian bangun dan berjalan. Lakukan aktiviti yang ringan.
• Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur tetapi pastikan anda mengambil hidangan sahur.
• Minum banyak air selepas buka puasa dan sebelum sahur untuk mengelakkan penyahhidratan.

Selamat Bersahur dan Berpuasa tuk hari yg ke-2...
dari mama gemuk

dan...cik Zahra
[pic kami melepak umah PIL before berbuka petang tadi]

p/s: esok, nak cuba latih Zahra lagi.usaha tangga kejayaan.gambatte!!





love: mamazahra ^__^

4 comments:

Sha@Mama Tina said...

Norly..wah..baby bumps sudah menunjukkan diri...uhuhu..jelesnya tengok.. :)

selamat berpuasa ye..semoga tuhan bagi kekuatan!

Norly Saliana a.k.a Sweetmama said...

@Sha@Mama Tina

TQ,dear...doamu hanya Allah yg dpt membalasnya...

pewot tuh mmg xtra buncit dr seblum peknen pun, bb dlm tummy br bape gram, tp pewot mama dah over buncitnya.ekeke

lily azliyana @ mama zara said...

thanx for sharing norly..kebetulan kite pon tgh mengalami mslh kehilangan selera makan ni.huhu..

nway, bagusnye zahra kecik2 dh belajar pose ek..chaiyok2..hehe

Norly Saliana a.k.a Sweetmama said...

lily: mama die jek berangan nak ajar dia puasa.tp, kul 8 zahra dah kantoi sbb nak botol susu.tp, bile org tnye zahra puasa tak, komfidenb jek jawab.. "kuasa!!!" hadui, tp, next yr mmg kena puasa gak budak neh...dah 4 tahun kan..

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!