Wednesday, 18 August 2010

Saya tak puasa!!!

Hai semua..
petang-petang barulah mama berkesempatan nak online.
mama MC hari ni, ada BSP test lagi.
Boss pun dah nyampah agaknya, balik-balik muka mama yang ambik cuti, ambik MC.
nak buat cemana?terpaksa...
hari ni, bacaan BSP dari kul 8,10 dan 2ptg semuanya OK.Alhamdulillah.di paras normal.
tu pun sbb jaga-jaga makan, kalo tak??sendiri mahu ingat.hehe
bulan puasa ni, time berbuka selera tak boleh tahan-tahan.semua benda nampak cam menyelerakan.hehe
nafsu semata-mata tu.
tapi, time sahur kemain liat nak makan.nak telan nasi sesenduk pun cam payah sangat.
pagi tadi, mama bangun sahur lewat sikit.
nasiblah nasi & lauk buka mmg ada lagi.so, mama sempat panaskan jek. dan goreng sayur sikit.
papa, mak & anak sedara mama jek yang sahur.mama?layan Nur Kasih jek.mama kan tak boleh sahur sbb kena puasa dari kul 10 mlm semalam. mama last makan, masa berbuka.
risau gak bacaan BSP tinggi, sbb mama bedal macam-macam buka semalam.bila buka reramai kat umah andak, selera pun len macam.sampai papa tegur.hehe

hari ni, mama TAK PUASA.so, maknanya, 1 hari mama kena gantilah.itu kewajipan.dah tak puasa, kenalah ganti, ye tak?
mama bukan sengaja tak nak puasa tau, bukan gak sebab tak larat. Alhamdulillah, setakat ni mama masih larat berpuasa lagi.baby pun ada gerak sikit2 bila lapar.walaupun lom terasa sgt sbb bb kecik lagi, tp terasa gak lah gerakan kasar dia tuh.tp, mama dah explain ttg puasa.dan bb OK jek.macamlah baby paham.hehe

tapi, hari ni kan ada BSP test. nak check paras gula dalam darah.
so, dia nak tgk BSP result bila berpuasa dari 10malam sampai 8pagi, berapa bacaannya.
dan bila dah makan, kul 10 & kul 2ptg, berapa pulak bacaannya.so, MEMANG TAK BOLEH puasa.
malam kang, kul 8, ada 1 lg test.hazab!!
memula tu, mama mmg taknak bukak puasa, tapi nurse cakap, mmg tak boleh, kena bukak puasa jugak.nanti bacaan tak accurate.so, redha jek la.
nak tak nak, bedal gak lah makanan sahur dengan cik zahra.

petang ni, mama tatau nak masak apa.takde idea langsung.
semalam, Eika ada. dia request nak makan ayam sambal, so mama masakkan lah. mama pulak, masak mee goreng mamak jek. tp, buka puasa-ramai kat rumah andak, mmg meriah.
hari ni, papa & mak jek yg nak berbuka puasa.mama & cik zahra tak puasa, so tak boleh kacau org berbuka.hehe

korang masak pe hari ni?

love: mamazahra ^__^

No comments:

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!