atau diabetis semasa hamil...
hari ni, mama bukan nak ajar subjek sains eyh..
just nak share info ttg GDM ni pada kawan-kawan semua.
DIABETIS SEWAKTU HAMIL
hari ni, mama bukan nak ajar subjek sains eyh..
just nak share info ttg GDM ni pada kawan-kawan semua.
DIABETIS SEWAKTU HAMIL
Perubahan hormon sewaktu kehamilan akan menyebabkan tahap penyerapan insulin oleh buah buah pinggang berkurangan. Pengambilan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi akan menyebabkan pertambahan insulin yang berlebihan kerana kadar penyerapan yang berkurang.
Masalah ini perlu di kesan awal kerana ia boleh menyebabkan bayi dalam kandungan cacat. Jika ia dapat dikesan dengan lebih awal, kandungan gula dalam air kencing akan dapat di stabilkan. Oleh yang demikian, perlu bagi siibu mengandung mengawasi diet mereka untuk mengelakan komplikasi kencing manis semasa hamil.
Jika masalah kencing manis ini tidak serius, ia boleh dikawal dan dirawat melalui diet seharian.
Sekiranya tidak boleh diatasi dengan diet, biasanya mereka akan diberi rawatan terapi insulin.
kenapa ada yang kena GDM masa hamil kali pertama?tapi, kenapa ada gak yang baru kena masa hamil kedua,ketiga,keempat atau seterusnya?
meh, mama nak share sikit...
SIAPA YANG BERISIKO menghidapi GDM
- peningkatan berat badan yg berlebihan semasa awal mengandung
- terdapat sejarah keluarga yg menghidapi Diabetis Mellitus [ni kes mama lah ni!!huhuhu]
- Pernah mengandungkan bayi yg besar (melebihi 4kg) atau kematian bayi dlm rahim
- terlalu gemuk semasa mengandung [mama gak ni..huhu]
- mengandung pd peringkat umur > 35tahun
- tekanan darah tinggi (melebihi 140/90 mmHg)
- Berat badan berlebihan sebelum mengandung (BMI>25kg/m2)
- menghidap sindrom ovari polisistik [yg ni jgn tanya mama, apa kebendanya..ngeh3.lom khatam lagik]
- ketidakstabilan glukosa (IGT)
KOMPLIKASI
pada ibu:
- mendapat pre-eklamsia iaitu tekanan darah meningkat
- tangan dan kaki menjadi sembab & terdapat protein dlm air kencing
- menyebabkan kelahiran pramatang
- berisiko mendapat Diabetis Mellitus pd masa akan datang
pada baby:
- bayi menjadi besar (melebihi 4kg) dan menyebabkan kelahiran sukar
- masalah pernafasan pd bayi
- masalah glukosa darah bayi
- penyakit kuning
- kecacatan pd bayi
Bile tgk komplikasi dia, mmg menggerunkan.
mintak jauhlah Ya Allah.
setakat ni, hasil test BSP masih normal.glukosa dlm darah tak tinggi dan diparas normal.
dan hasil scan baby pun, OK.size baby normal.
Alhamdulillah...
p/s: akan terus berdoa moga baby dlm tummy & mama akan terus sihat sepanjang proses kehamilan ni.amin.
love: mamazahra ^__^
No comments:
Post a Comment