Wednesday 10 August 2011

Tips untuk menyusukan anak di bulan Ramadhan

Salam Ramadhan semua :)
kejap jek dah masuk 10 Ramadhan kan.bermakna ada lebih kurang 20hari lagi kita berpuasa.sedih kan?
cemana Ramadhan korang?puas hati?
moga setiap amalan baik yg kita lakukan sepanjang Ramadhan akan berterusan ke bulan-bulan seterusnya.amin. *ini peringatan tuk diri mama*

apa juadah korang nak masak hari ni?
wah!baru sahur dah start pikir.hahaha
mama cambiasa, takde idea nak masak hari-hari.al-maklumlah kalo bukan bulan Ramadhan, memang tak berasap dapur tu.hikhik
Semalam, mama masak yg simple jek tuk berbuka.Ikan goreng dan masak lemak kobis.pastu papa buat sambal belacan. maklumlah mama ni bukan pakar sambal belacan walopon penggemar sambal belacan tegar.hikhik

lamanya tak update blog guna PC/lappy. baru hari ni berkesempatan.hehe

okeh, berbalik pada tajuk entry..nak citer pasal tips untuk menyusukan anak dibulan Ramadhan. tapi, mama ni bukanlah orang yang layak nak bagi tips. mama bukan pakar, jauh sekali berpengalaman kan.
macam mama share dalam entry INI, mama mintak korang share. thanks pada yg share eyh :)

mama banyak google sana-sini, mana yg share tips tu..laju jek mama copy-paste masuk Msword dan save dlm pendrive.bile ada masa mama baca.hahaha.so, kiranya tips yg mama guna pakai ni adalah combination of beberapa tips yg dikongsi..antaranya di susuibu.com dan banyak blog-blog lain...TQ so much pada yg share.amat berguna bagi mama yg cetek ilmu cam mama ni.ilmu belum penuh di dada dah ada hati nak share kan..apedah!! tapi apa salahnya kan...ilmu yg ada dipanjangkan, insyaAllah tuan punya ilmu dapat barakahnya...amin.

so, inilah dia....


Tips untuk menyusukan anak di bulan Ramadhan...

DOs and DONTs...
1.Perbetulkan niat untuk menyusukan anak kerana Allah. Yakinlah bahawa Allah yang beri susu. tapi, serasa mama memang semua ibu pun menyusukan anak kerana Allah kan...ada ke yg nak glamer?atau ada ke yg saje suka-suki? takde lah kot rasanya....

2.Selalu Berdoa, kita ni insan yg lemah.selalulah meminta kepada-Nya : “Ya Allah, aku ingin menyusukan anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku.Limpahkanlah rezeki susu anakku Ya Allah”. Walaupun...kita sebagai ibu yg menyusukan anak diberi sedikit kelonggaran, tapi janganlah sampai ambil kesempatan.ye tak???ini, tak larat sikit, terus buka.itu bukan tak larat, lebih kepada ngada-ngada. asal bulan puasa jek terus gastrik, padahal hari biasa siap diet-diet segala.hehehe

Kelonggaran meninggalkan puasa bagi wanita menyusukan anak


•Daripada Anas bin Malik Al-Ka’bi, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam ibadat puasa dan separuh dari solat dan bagi wanita hamil dan menyusui (ia meringankan) puasa”.

•Sekiranya ibu berbuka puasa kerana takut berlaku kemudaratan pada dirinya disebabkan puasanya itu, maka wajib bagi ibu untuk qadha’ puasanya sahaja.

•Sekiranya ibu berbuka puasa kerana takut susunya akan berkurangan dan membahayakan anaknya, maka wajib bagi ibu untuk qadha’ puasanya dan dikenakan fidyah iaitu bersedekah satu cupak dari makanan asasi bagi hari yang dia berbuka.

•Firman Allah: “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.” [Al-Baqarah : 184]

3.Segerakan berbuka puasa (rasanya ini semua orang suka kan???kalo tak menyusukan anak pun laju jek follow.hahaha) dan melewatkan makan sahur. Nabi saw bersabda: “Umatku tetap berada di dalam kebaikan, selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur”.ini memang amalan mama. selagi boleh, nak makan sahur selambat yg boleh. nak dekat imsak tu baru berhenti makan.hehehe

4.Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukosa dan cecair. biasanya, mama pun terbabas makan benda mengarut. sepanjang Ramadhan ni mama suka buat dessert, puding lah, triffle lah, mousse lah.so memang extra glukosa lah mama amik.tu belum air manis lagi tu.jangan kencing manis nanti,udah ler.huhu. tapi, sayur dan ikan memang mama perbanyakkan.nak bagi tenaga...plus mama amik CCPP(cocoa collagen power plus) masa bersahur.Alhamdulillah, masih bertenaga nak masak berbuka even missed sahur.heeee :D

5.Makan banyak kurma.for info, kalo bukan bulan Ramadhan tekak mama ni memang tak leh terima kurma.but, Ramadhan jek otomatik jek tekak leh terima kurma.hehehe.pelik kan???lagi bagus kalo dapat makan kurma sebagai snack lepas berbuka tu.insyaAllah banyaklah susu tu.

7.Minum cukup air. Elakkan minuman berkafein dan minuman gas.Alhamdulillah, sepanjang Ramadhan ni mama cuba elakkan amik nescafe or minuman bergas.walopon banyak jek resepi air soda dalam kongsiresepi yang memanggil-manggil amma tuk cuba.hikhik

8.Makan makanan berkarbohidrat dan kaya dengan serat.ni memang wajib mama amik, kalo tak penghasilan susu bleh terganggu. nasi janganlah tak makan, takde selera cemana sekalipun, mesti kena makan nasi.kecuali, korang termiss sahur kan, so redha jek la...hehehe.sepanjang 10 hari ni, mama termiss sahur gak.hari Sabtu lepas.hikhik.tapi, Alhamdulillah sempat minum CCPP dan kurma 3biji.bertenaga sampai petang tuk masak juadah berbuka.

9.Makan buah-buahan dan sayur-sayuran. ini WAJIB!! jangan miss kalo bleh.baru lah seimbang makanan yg kita amik tu. tapi, janganlah pulak korang amalkan buah DURIAN.adoiii!!!!ulam-ulam lagi bagus.tapi, mama tak makan pun lagi ulam sbb juadah yg mama masak tak berapa nak sesuai makan ulam.hikhik

10.Pastikan teknik penyusuan yang betul, kerap menyusukan anak. walopon tak larat, susukan jugak.Zharif kalo mama ada, memang pantang nampak mama, nak nenen jek keje dia.hehehe

11.Pastikan teknik mengepam dan menggunakan pam yang betul. mama kan cuma ada manual pump MAM dan battery pump Pureen, tapi sepanjang Ramadhan ni tak berapa berfungsi betul.so, mama pilih tuk gunakan kaedah marmet.TQ to Ayu ibu setot sbb kenalkan mama kaedah ni.ekceli, tukang urut mama pun ajar kaedah ni masa dalam pantang, dia mmg tak galakkan guna pump ni.hehehe.cuma mama tak tahu kaedah ni berkesan sbb mama tak cuba. sekali cuba, terus jatuh cinta.mama boleh dapat 5oz satu sesi.sama jek kalo guna pump.tapi yg bagusnya, susu cepat proses baru. sekejap jek dah rasa bengkak. Alhamdulillah, dapat 10-12oz sehari. walopon tak banyak, syukurlah ada. kalo tak, 8-10oz jek dapat time Ramadhan ni.huhu

12.Lebihkan sesi direct feed dan pump selepas direct feed. lepas direct feed, insyaAlah susu banyak.ini pengalaman mama sepanjang puasa ni.lepas directfeed Zharif, terus pump.walopon baru lepas dihisap, susu tetap bleh dapat 3-4oz.try lah!!!
13.Pam susu sebelum sahur.tapi, ini mama tak dapat nak praktik sbb Zharif banyak menyusu malam.so, mama pump seawal 9am.time ni dah start bengkak.laju-laju pump.hikhik

14.Sediakan kurma dan botol air di dalam beg tangan. weh, bukan amma suruh makan time puasa lah. Mungkin korang akan mengalami kesesakan jalan raya dan terpaksa berbuka puasa dalam kereta. Sampai jek rumah, pastikan korang berbuka puasa dulu sebelum menyusukan anak korang (jika keadaan mengizinkan).tapi, ini insyaAllah takkan berlaku sebab sekarang ni mama audit kat Northport, kul 5.30pm memang dah sampai rumah.tu yg sempat masak. biasanya, mama akan pump tuk sesi 3 sebelum gi dapur masak juadah berbuka.time ni, dapatlah 3-4oz. kalo Zharif dah nangis-nangis nak nenen, mama nenenkan jugak.pastu pump jugak.dapatlah 1-2oz jek.OK la kan...dari takde..hehe

15.Sediakan lebih stok perahan susu ibu (EBM) sebagai persediaan menghadapi Ramadhan.yang ni nan ado sbb stok EBM mama ilek pocik.memang sekarang ni "kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang". Alhamdulillah, stok perah hari ni, Zharif minum tuk esoknya..

16.Ambil milk booster jika perlu. ni dah lama mama tak makan. cuba kaedah natural dulu.tapi kalo korang nak gak amik, SHaklee OK kot..dia ada gak minuman tambahan soy protien.try lah!!!

17.Elakkan terlalu penat. ni tipulah kan, kalo dah puasa tu, kompom lah penat.janganlah pulak kerana tips ni, korang ponteng masak pulak kan.hikhik

18.Jauhi stress dengan sentiasa berfikiran positif dan sentiasa ceria. ni memang susah nak elakkan bagi ibu bekerjaya kan.stress keje tu normal lah kot.tapi jgn terbawak-bawak lak.kang susu takleh perah, sendiri nangis meraung..huhu

19.Berjumpa dengan mereka yang pakar dalam bidang penyusuan sekiranya menghadapi masalah. mama teringin sebenarnya nak jumpa pakar, tapi belum ada peluang.hukhuk

20. Amalkan ayat60:surah Al-Baqarah tu jangan putus.InsyaAllah....


sharing is caring :)



love: Norly a.k.a mamaDZ ^__^

No comments:

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!