Saturday 30 November 2013

Susah ke bergelar Janda??

Happy weekend semua ;)

Assalamualaikum.

Tajuk agak panas hari ni.

Bukan nak mengundang kontroversi ke apa. Tapi itu lah soalan yang selalu orang tanya kat mama. Hehehe Kau ingat kau tu Nora Danish ke?? Hahaha. Tapi memang selalu orang tanya. Tak kisah lah, ada yg guna ayat berlapis like " susah ke jadi ibu tunggal?" Or "susah ke jadi single parent?" Tapi tak kurang gak yg tanya direct, " weh, susah ke jadi janda?". Pada mama, tak kisah lah apa pun panggilan orang pada seorang isteri yang diceraikan suami macam mama ni. Sebab orang tetap pandang hina.

Kalau isteri tu kena cerai, memang isteri tu tak layak ada suami. Mesti perempuan jahat, tak tahu jaga suami, tak tahu jaga rumahtangga.  Yang negatif je. Lelaki yg bergelar duda ni darjat dia tinggi sikit. Lagi digilai perempuan. Kononnya lelaki duda ni lagi stabil ekonomi nya. Rugi isteri yg ditinggalkannya.

Okeh, berbalik pada tajuk utama. Susah ke? Susah ke jadi Janda?

Jawapan mama senang je, susah. Ya, memang susah. Ada banyak sebab mama jawab susah. Antaranya:-

1. Dari segi kewangan
Kalau dulu, segala perbelanjaan keluarga di kongsi bersama sekarang ni mama tanggung sendiri. Dengan gaji ciput ( Alhamdulillah, ada gak rezeki tuk anak-anak) , mama kena bayar ansuran rumah RM1400 sebulan, kereta RM450, baby sitter RM400, bil utilities RM300, belanja rumah termasuk makanan dan keperluan anak-anak RM400. Itu belum lagi kehendak anak2,  jajan dan benda merepek yang zahra dan zharif mintak. Total yg wajib mama spend sebulan RM1950. Dengan gaji bersih tak sampai RM3000, bayangkan lah berapa yang tinggal tuk perubatan dan tabungan kami. Belum kira yuran sekolah zahra dan transport ke sekolah. Mama cuba cukupkan keperluan anak-anak walau cemana susah pun. Tuk duit belanja mak pun mama cuba sekadar termampu.

Kalau dulu card credit adalah musuh ketat mama, now card credit jadi kawan baik mama. Mama terpaksa demi kelangsungan hidup. Keperluan rumah dan anak-anak dan petrol terpaksa lah mama guna card credit demi nak ada cash in hand. Teruk kan?? Mama terpaksa, itu je alasan mama.

Cemana dengan nafkah papa?

Ada, papa ada bagi. Selepas bercerai papa bagi RM600 tuk keperluan anak2.  Masa dalam tempoh berpisah sebelum bercerai lebih kurang 4bulan tu, papa tak bagi nafkah tapi dia tolong bayarkan kereta yang mama guna tuk ulang-alik gi keje dan hantar anak2 rm678. Alhamdulillah.
Sejak papa ambil balik kereta persona non grata tu, demi nak guna kereta ke tempat kerja dan hantar anak2,  mama ambil kereta baru. Walaupun kereta murah dan kecik, cukup lah tuk keperluan 3 of us. Alhamdulillah. Dia lah mama bagitau kat entry lepas as 'cinta hati' baru mama. Mama dpt kereta tu 10.10.2013. Alhamdulillah. Itu je mama mampu cakap. Syukur, sekurang-kurangnya mama ada kereta tuk bergerak ke sana ke mari.

Kalau ikutkan RM600 tu bukan lah persetujuan bersama. Mama tak bawak lagi hak tuntutan nafkah ni ke Mahkamah, jumlah tu papa yang bagi. Mama tak banyak soal, sebab tiap kali berbincang isu ni papa akan cakap, " kalau ko tak mampu nak jaga anak2,  bagi kat aku, aku akan jaga. Kakau aku jaga sendiri, rm200 pun cukup". Tapi mama tak kan sekali-kali serahkan hak jagaan anak pada papa. Apa lah nasib anak2 mama kalau duduk ngan papa, ibu tiri dan kakak2 tiri. Biar lah susah macam mana pun, mama akan besarkan anak2 se diri.

Tapi, mama akan fight juga kat mahkamah syariah pasal nafkah anak2.  Sebab perbelanjaan anak2 akan bertambah next year, zahra akan masuk darjah 1. Keperluan sekolah, yuran dan buku tuk sekolah rendah dan sekolah agama mesti cecah rm1, 000. Sepatutnya jadi tanggungjawab papa tapi bila mama mintak, papa cakap dia tak cukup duit. Tak tahu dah nak buat macam mana dah. Mama memang kena usaha sendiri lah nampaknya.

2. Pandangan masyarakat
Macam mama terangkan kat intro tadi. Pandangan masyarakat terutama jiran tetangga dan saudara mara memang negatif je. Takde yang positif. Janda ni hina sangat. Mama jadi janda sebab sikap buruk mama, tak tahu jaga suami dan rumahtangga. Tak pandai layan suami. Macam-macam lagi lah yang buruk-buruk. Takde seorang pun yang salahkan papa. Bagi masyarakat, suami tak pernah salah kalau berlaku penceraian. Rata-rata kawan-kawan papa menyokong tindakan papa. Malah ada yang suruh papa cepat-cepat kahwin, jangan tunggu lama-lama. Teman pengganti papa lagi baik dan akan buat papa bahagia. Okeh. Mama aminkan je. Moga doa kawan2 papa Allah makbulkan. Moga papa jadi suami dan papa yang baik tuk isteri dan anak2 tirinya.

Apa pun cabarannya, mama akan tetap cuba tempuh. Biar susah, biar payah mama akan teruskan hidup dengan anak2.  Alhamdulillah,  keluarga dan bff mama sentiasa ada tuk bantu mama.

Moga Allah permudah jalan hidup kami 3 beranak. Moga mama kuat hadapi cabaran hidup sebagai janda. Mama tahu, Allah uji sesuai dengan kekuatan mama dan mama percaya ada hikmah disebalik apa yang berlaku antara mama dan papa. Dan yang menjadi keutamaan mama adalah kebahagiaan dan masa depan anak2. 

4 comments:

~ALL ABOUT US~ said...

biar apa org kata, abaikan. yg penting kita tau mana kita berpijak, apa yg kita buat. org lain x rasa apa yg ko rasa. cuma ko sendiri je rasa.

apapun yg terjadi, ingat masih ada yg syg dan ambil berat pasal ko dan anak2 k...

Norly a.k.a MamaLeana said...

TQ beb!! kau lah yg paling memahami aku. love u!!!

•♥• Mrs RR •♥• said...

Be strong dear.. remember org yg baik hanya utk org yg baik shj.. Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik utk kalian..

Anonymous said...

kuatkan semangat... selalu berdoa... percaya pada takdir... smua terjadi ada hikmahnya...

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!