Wednesday, 13 November 2013

13.11.13 macam cantik je... macam comel je... date ni. Hehe

13.11.13
23.23pm

Tak tahu nak update apa. Padahal banyak sangat kot benda nak cerita.  Tapi biasa lah, bila banyak cerita sampai tak tahu nak mulaka  yg mana sudahnya satu apa pun tak cerita. Senang, habis cerita kan. Hehe

Semata-mata nak ada entry pada tarikh hari ni, 13.11.13, mama gigihkan jugak lah type entry kan. Semangat waja oken. Ada yang tanya, bila nak update blog. Ni ha mama update. Haha. Jangan marah eh, nanti kena jual. Hehe ;)

Kononnya nak cerita pasal pengalaman kt mahkamah lah, pasal nafkah lah. Sudahnya,  sepatah haram tak sebut pun pasal tu. Hehehe

Mama pun nak cerita pasal 'cinta hati' terbaru mama selain Zahra dan Zharif. Siapa dia? Bila jumpa? Serius ke dgn dia? Hehe. Pun belum berkesempatan. Gambar takde yang sesuai. Alasan logik tak? Hahaha

Sebenarnya, saja je update benda merapu semata-mata nak date 13.11.13 kan. Kau ada??

Sekarang ni rutin harian macam dah celaru sepanjang 10 bulan ni. Takde mood nak buat apa-apa. Jasad je gi office tapi hati ntah kemana-  mana ntah. Mama sendiri tak pasti. Kalau kat rumah tu, Jasad je ada tapi hati ntah dah kat mana. Sabar je lah! Mama cuba terima suasana baru ni. Masih belum terima 100%. Bukan mudah weh nak lupakan kenangan selama 6thn kan. 6 tahun pun belum tentu dpt lupakan.

Slowly eh... pelan-pelan lah. In shaa Allah nanti mama buat gak satu entry tuk cover cerita kat mahkamah. Bila tu? Doalah mama rajin update eh... hehe

Okeh... saje nak share perbualan mama dengan zahra masa on the way nak hantar zahra gi school pagi ni...

Zahra: semalam tengahari papa amik adik ngan kakak
Mama : oyeke. Papa bawak gi mana?
Zahra: makan kat umah nenek,  pastu gi kedai aceh beli jajan.
Mama: oyeke. Borak apa je ngan papa?
Zahra: kakak tanya papa, nape papa dah tak sayang mama?
Mama: nape kakak tanya macam tu? So, papa jawab apa?
* serius cuak weh mama. Ntah mana anak dpt soklan cepu cemas macam ni kan.
Zahra: oohhh... saje kakak tnya. Papa jawab... papa dah ada kawan baru. So, tak bleh sayang mama dah
Mama: papa jawab macam tu? So kakak cakap apa kat papa?
Zahra: kakak cakap lah... la nape pulak. Dulu papa sayang mama kan. Nape dah tak sayang pulak?
Mama: kakak tnya mcm tu? Papa jawab apa?
Zahra: papa jawab... susah lah nak cakap
Mama: susah? So kakak cakap apa kt papa?
Zahra: kakak cakap lah... apa lah yg susah. Sayang je lah mama. dulu masa kawen, boleh pulak sayang mama.  Skang tak bleh sayang plak?
Mama: papa jawab apa kakak? * excited dh mama
Zahra: papa cakap... ntah lah. Susah nak cakap
Mama: hahaha.
Gelak je lah.  Nak cakap apa kan.

Anak, kamu masih terlalu kecil tuk faham masalah mama dan papa.  Jangan kamu salahkan mama atau papa atau jangan sesekali salahkan takdir dan ketentuan Allah. Ada hikmah atas semua ni. Kamu takkan nampak saat ini, hari ini mungkin. Tapi suatu hari nanti kamu akan sedar hikmahnya tuk masa depan kita.

Mama cuma mahu yang terbaik tuk kamu and adik. Mama sedapa mungkin tuk beri yg termampu dan ikut daya mama. Maaf, walau 1000 kali mama cakap mahu lebih sabar hadapi kerenah kamu dan adik. Tapi mama selalu tewas. Bila penat, mama cepat naik angin. Tapi, mama takkan pernah berhenti tuk berubah demi kamu anak2. Mama sayang kamu sangat-sangat. Takde satu benda dalam dunia ni boleh gantikan tempat kamu berdua.

Walaupun keluarga kita takkan mungkin bersatu kembali, tapi mama tetap akan pikul tanggungjawab dan amanah yang Allah beri pada mama. Mama janji anak! Demi Allah!

Walau susah.. walau payah..
Walau beribu rintangan dan dugaan..
Mama tetap akan mempertahankan kamu berdua...

No comments:

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!