Assalamualaikum Semua :)
Korang keje? ke bercuti? kot lah korang sibuk menghabiskan cuti kan. mama ni cuti dah tak banyak, tinggal 9 hari je. So, kena jimat-jimat sikit lah guna cuti tu. takut lah nanti, anak-anak tak sihat ke kan.
Apa plan cuti sekolah anak-anak korang? mama ni cuti sekolah dah dekat sebulan, tapi tak bawa lagi anak-anak gi bercuti. Kesian gak kat anak-anak tapi ada banyak sangat halangannya. Kalau dulu, sebelum cuti sekolah mama dah plan cuti-cuti Malaysia sepanjang cuti sekolah. Tapi, sekarang situasi dah tak sama macam dulu. Ada banyak perkara perlu amma korbankan, termasuklah percutian keluarga demi nak mencukupkan perkara yang lebih penting. Tapi, sebelum cuti sekolah habis, mama tetap akan bawa anak-anak jalan-jalan tapi dekat-dekat je la, mungkin ke Melaka je. Yang penting, anak-anak happy kan.
Sekarang ni kepala mama tengah pening fikir perbelanjaan tuk Zahra masuk Darjah 1. Yuran & buku sekolah, baju sekolah, peralatan belajar dll. Semua tu nak pakai banyak duit, mama tengah pening mana nak cari duit. Harap Allah murahkan rezeki mama.
Okeh, anak-anak mama tengah demam sekarang ni. Start Selasa, Zharif mula demam. Mama bawa gi klinik semalam. Doktor memang cakap, tonsil dia merah. Ubat demam dan antibiotik doktor suruh habiskan dalam 3 hari. Tapi, Zharif sekarang ni makin bijak. Bila mama suruh makan ubat, dia akan cakap " adik makan esok lah eh, mama?? esok lah. hari ni tak nak makan". Pandai kan dia bagi alasan, geram je mama dengan Zharif. Malam tadi, panas sangat badan dan kepala Zharif sampai amma terpaksa masukkan ubat demam melalui dubur.
Semalam balik dari kelas tambahan pun, Zahra dah start demam jugak. Mujur lah dia senang sikit nak makan ubat. So, malam tadi demam dia dah kebah sikit. Tapi, pagi ni request tak nak gi kelas tambahan. Oh lupa nak bagi tahu, start 2/12/2013 Zahra dah start kelas tambahan kat PASTI Amal, ini lah aktiviti cuti sekolah dia. Hope bermanfaat tuk dia. Harap-harap ada kemajuan dalam pelajaran dia.
Harap anak-anak kebah lah demam. Bila anak-anak demam, mama pun macam nak demam sama. sebab masing-masing merengek nak perhatian, mama ni yang nak demam sebab melayan budak 2 orang tu. huhu
Bulan December ni agak busy, 14/12/2013 anak sedara mama, Nina Emilda nikah dan minggu depannya 21/12/13 pulak Majlis bertandang sebelah suami dia kat Lenggong, Perak. Lepas tu 28/12/13 pulak Hari Orientasi Zahra. Rasanya, 29/12/13 baru bleh bawak anak-anak gi Melaka kot. Harap ada lah sesuatu yang ank-anak boleh jadikan kenangan sepanjang cuti sekolah kan.
Ops, lagi satu. Alhamdulillah, kerja pemasangan kipas, lampu dan grill kat Our Lil Sweet Home @ Sinar, Saujana Utama dah selesai. Sekarang ni, tunggu nak angkat barang dan perabot sampai. Then, kami akan pindah ke sana. Doakan semuanya di permudahkan ye.
Nak tanya korang, mana nak cari langsir dan karpet yang cantik dan murah ya??? Jangan cakap IKEA eh, itu bukan standard mama. mama ni bajet ciput, berbelanja ikut kemampuan je lah kan. Sebarang cadangan amatlah mama alu-alukan. hehe
Love: Sweet Mama
No comments:
Post a Comment