Monday 28 October 2013

Sunyi, sepi, sendiri

Assalamualaikum.

Salam Isnin semua ;)

Macam mana hari Isnin korang? Monday blues? Atau ceria  macam selalu? Hehe. Hari ni, mama busy sangat. Pagi, gi HSBC bank ambil statement yg mama dah request few weeks ago. Mama cam pelik, patutnya 2-3 hari dah siap. Tapi sampai 3weeks takde pun orang call inform statement dah ready tuk collect. Tapi bila mama gi hari ni, boleh pulak officer tu cakap dah call tapi mama tak pick up. Serius macam nak mengamuk. Dah lah statement HSBC tu valid tuk 1month je. So, maknanya mama ada few days je tuk submit statement tu kat KWSP. Tertekan sungguh. Lepas tu singgah pulak Affin bank tuk print statement.

Settle kat HSBC terus lari masuk office. Check email and call auditee tuk set appointment. Terus gerak ke office auditee. Langsung tak sempat nak breakfast.  Nasib bawak cokelat dalam handbag.  Kalau tak, mahu perut mama berkeroncong.

Lunch time lak terus drive gi KWSP bukit tinggi. Jalan dah lah jem teruk. Redah jem dekat 1/2jam, at last sampai gak kt KWSP.  Mujur urusan kat KWSP cuma 15minit. Good job KWSP! Syukur Alhamdulillah,  Allah permudah segala urusan mama. Kalau takde aral melintang, 1-2weeks settle lah urusan mama.

Drive laju2 masuk office. Perut dah lah lapar sebab skip breakfast.  Kt office lak ada makan free sebab hari ni ada Board Meeting.  Lepas all the board of directors makan, staff pulak jamu selera. So, kul 2pm baru lunch. Nom.. nom...nom... Mama ratah lauk banyak sangat. Hehe. Hancur diet mama. Mana boleh tahan, ada macam-macam lauk. Udang masak lemak kuning dengan belimbing buluh, sambal sotong, ayam rempah, kerabu mangga, ikan tenggiri sambal, ulam dan sambal belacan. Dessert dan air barli pulak tu. Memang kekenyangan.  Lepas lunch terus solat zuhur dan teruskan draft report and audit finding.  Blurr pulak kepala otak. Perut kenyang maka mata pun mengantuk. Tu yang jadi blurr otak tu. Hehe

Kul 5 terus gerak balik sebab papa call nak amik anak-anak. Papa suh siapkan anak-anak sebab nak bawa derang jalan-jalan. Balik keje, terus amik anak dan siapkan derang. Belum sempat mama nak mandi and solat asar, papa dah sampai nak pick up anak-anak. Tak sempat pun sembang dengan anak-anak. Selalunya, lepas solat asar lah masa tuk zahra luahkan semua aktiviti dia kt sekolah dan kat rumah. Time ni lah zharif nak main dan manja2 dengan mama.

Malam ni, mama sunyi, sepi dan sendiri. Ini lah yang mama paling tak suka nak rasa. Tapi ini lah yang mama terpaksa lalui tuk seumur hidup mama. Dulu 24/7 dan 365hari mama bersama anak-anak. Tapi sekarang, 4-5hari je dalam seminggu mama bersama anak2.  Sedih sangat.

Kadang terfikir, kenapa mama yang diuji begini. Kenapa mama yang terpaksa lalui semua ni. Andai diberi pilihan, mama nak bersama anak2 seumur hidup mama.  Tapi pilihan yang mama ada, bersama anak2 24jam dan 7hari seminggu atau terpaksa menahan sakit hati bila papa setiap hari balik rumah selepas 12malam. Selagi jam tak berdenting 12kali, selagi tu bayang papa tak nampak. Mama macam tinggal bersama lelaki asing gara-gara cinta dah takde dalam hati papa tuk mama. Dan akhirnya, atas izin Allah. Mama memilih tuk mengorbankn diri tuk kebahagiaan papa dan anak2.  Biarlah papa cari kebahagiaan yang dia impikan, asalkan anak2 tak menjadi mangsa. Mama cuma nak yang terbaik tuk anak2.  "Cinta tak semestinya memiliki" kan?? Maka, kerana terlalu cintakn papa lah mama lepaskan papa cari cinta yg dia impikan.

Kenapa tajuk... "sunyi, sepi, sendiri"? Itu lah yang mama rasa tiap kali anak2 balik rumah papa. Bukan baru hari ni, tapi dah 9bulan mama lalui semua ni. Tapi mama masih belum boleh terima kenyataan ni. Moga Allah beri mama kekuatan tuk lalui semua ni. Demi anak2,  mama tak sanggup pisahkan kasih papa tuk anak2. Biarlah mama terus sunyi, sepi dan sendiri kalau itu yang terbaik tuk semua. Baik tuk papa, anak2 dan mama.

Mohon kekuatan ini terus jadi milik mama. Mohon mama tabah hadapi semua ini. Mohon anak2 terus dapat merasai kasih sayang mama dan papa walaupun ia tidak sesempurna dulu.

Ok lah. Rasanya, lagi banyak mama merapu lagi parah mama rasa.

Good night kesayangans! !!

4 comments:

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen said...

semoga norly terus tabah menghadapi segala ujian dalam hidup yek..insyaAllah..selagi anak2 ada di sisi kebahagiaan tu masih kite miliki..

Norly a.k.a MamaLeana said...

Lily: tq. in shaa Allah, selagi hayat di kandung badan, anak2 akan tetap bersama norly. kebahagiaan anak2 lah keutamaan norly sekarang ni :)

kak kin said...

kak kin tak tahu nak cakap apa, apa yang kak kin mampu katakan "ALLAH sedang menguji Norly, tabah yer dik, kebahagian menunggumu Insyallah"...

Norly a.k.a MamaLeana said...

In shaa ALLAH kak kin, sedang betabahlah ni. selagi berdaya, selagi tu kaki ni akan terus melangkah demi anak2. Norly tahu, pasti ada hikmah semua ni berlaku. walaupun hati ni masih belum kuat tuk lupakan, tp norly tetap akan berusaha.

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!