Assalamualaikum semua ;)
Salam Maal Hijrah 1435.
00:29am
Mama masih tak boleh nak lelapkan mata.
Masih terfikir tentang setahun yg lalu.
1434H adakah mama dah buat perkara yg betul tuk sepanjang tahun atau kesilapan yg banyak mama lakukan.
1434H dah pun jadi kenangan. Terlalu banyak kisah manis dan pahit berlaku. Walaupun yang pahit lebih banyak dari yg manis.
Moga kenangan itu akan mematangkan mama.
Mama berharap 1435H akan jadikan mama lebih kuat, tabah, sabar, bersyukur dan bahagia.
Mama jugak berharap, agar air mata yg bakal menitis di tahun 2014 adalah air mata kegembiraan dan bukan lagi air mata kesedihan.
Moga semua orang di sekeliling mama mengecapi kebahagiaan di tahun baru 1435H. Moga papa akan bahagia dgn pengganti mama yang mama yakin lebih hebat dari mama. Moga anak2 akan lebih bahagia walau keluarga kami tidak lagi sempurna. Moga mak mama lebih bahagia. Dan semua kesayangans mama akan kecapi nikmat bahagia.
Mama dengar Tanya lah Ustaz pagi tadi. Jika nak bahagia, kita perlu lebih bersyukur. Maka, mama perlu belajar bersyukur tuk kecapi bahagia.
Syukur masih diberi Allah kesempatan tuk sihat, bernafas di bumi Allah, berkasih-sayang dengan mak, anak2, keluarga dsn sahabat. Nikmat yg mama hampir lupa tuk di syukuri. Syukur Alhamdulillah.
Sempena tahun baru ni, mama berazam tuk istiqomah dalam perkara kebaikan yang mama lakukan dan tinggalkan segala larangan Allah. Mama ni hamba-Nya yg lemah dan tidak berdaya. Hanya kepada-Nya mama meminta.
Mama tak mahu berterusan berduka dan mengenang perkara lalu yang tak mungkin akan berulang lagi. Biarlah mama terus melangkah ke depan dgn kuat dan tabah demi cinta hati mama, Zahra dan Zharif.
Biar lah langkah mula mama ini adalah menuju redha Allah. Mama mahu bahagiakan anak-anak dan mak mama.
Mama nekad tuk tumpukan perhatian dan masa pada anak2 dan kami bertiga akan berpindah ke teratak kami dalam waktu terdekat. Biarlah kami bertiga tempuh hari-hari mendatang dengan lebih kuat dan tabah. Susah-senang kami harungi bersama.
Demi Allah, mama akan besarkan mereka sebaik dan semampu mama. Mama akan lebih kerap mengajar anak-anak ilmu agama, mengaji dan solat berjemaah bersama. Semoga mama istiqomah dalam usaha mama tuk mendidik anak2. In shaa Allah.
Doa semua amatlah mama harapkan.
No comments:
Post a Comment