Assalamualaikum semua; )
Hari ni , 22hb Oktober 2013 adalah hari ulangtahun kelahiran puteri kesayangan mama, Nur Dhia Zahra binti Md Zahari.
She is turning 6 today. Yeayyyy!!! 22102007- 22102013. 6 tahun kamu dah bersama mama. Sekejapan masa berlalu. Rasanya baru je mama lahirkan zahra, saksikan senyum pertama Zahra bila mama panggil nama kamu, gigi pertama kamu tumbuh, lihat Zahra menapak dan berjalan, menyebut nama mama buat pertama kalinya. Berlari. Dan hari ni, Zahra dah membesar dengan jayanya. Dah pandai uruskan diri sendiri. Mandi dan pakai baju. Bersiap cantik bila nak keluar. Dah pandai nak melawa dengan bedak dan make up. Cepat betul masa berjalan.
Rasanya belum puas mama peluk cium kamu. Hari ni, kamu dah segan bila mama peluk cium kamu, gomol-gomol kamu. Hehe. Dan kamu pulak yang request nak peluk cium mama. Hehe. Betapa mama dah mula tua Zahra. Walaupun kamu selalu bagitahu mama, kawan2 sekolah kamu kata mama ni kakak kamu. Hehe. Mama sedar yang mama mulai tua, bila kamu dah mula membesar.
Dulu, mama yang kesat air mata kamu setiap kali kamu menangis. Tapi hari ni, kamu yang sapu air mata mama bila mama menangis. Huhuhu. Sungguh Zahra membesar menjadi anak yang sangat baik, kuat dan tabah.
Tahun depan, kamu dah mula masuk Tahun 1. Mama macam bermimpi sayang, sangat tak sangka. Dulu mama sekolah kat situ, dan tahun depan kamu pulak ganti tempat mana belajar kat sekolah mama. Hehehe. Terus lah membesar jadi anak yang bijak sayang. Nikmati lah zaman tadika kamu ini. Mama tak pernah memaksa kamu tuk cepat membesar. Mama mahu kamu terus menjadi princess mama. Puteri mama yang manja dan kuat merajuk. hehe
Zahra sayang, walau seluruh dunia mengatakan yang kurang enak tentang kamu, tapi dalam hati mama kamulah anak yang terhebat tuk mama. Walau ada yang lebih bijak dari kamu di dunia ini, kamu tetap yang terbaik yg mama punyai. Walau ada yang lebih sempurna berbanding kamu, tapi kamu tetap anak mama dunia dan akhirat. Kamu lah harta dan ciptaan terindah dari Allah tuk mama.
Zahra sayang, semoga Allah pinjamkan kamu tuk mama lebih lama lagi. Mama mahu bahagiakan kamu. Mama mahu sayangi kamu. Mama mahu besarkan kamu dengan titik peluh mama. Biar lah kamu membesar dengan sempurna. Biar lah kamu menyambung keturunan mama. Biar lah kamu terus menjadi anak kebanggaan mama.
Doa mama selalu ada tuk kamu. Kamu sentiasa dibawah redha mama. Doa mama tidak pernah putus tuk kamu supaya kamu di beri oleh Allah kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Nur Dhia Zahra, mama sangat sayangkan kamu. Biar mama hilang segalanya tapi tak sanggup kehilangan kamu dan adik kamu. Zahra, jadi lah anak yg mendengar kata, yang taat akan perintah Allah, jangan sesekali kamu tinggalkan solat dan melanggar perintah Allah, jangan kamu dekati dan lakukan larangan Allah. Jadi lah kakak yg baik tuk adik kamu. Kamu lah harapan mama tuk jaga adik kamu bila mama takde nanti. Walau keluarga kita tak lagi sempurna seperti dulu, mama mahu kamu tahu yang mama tak punya kuasa tuk menghalang ia berlaku. Ia berlaku atas izin Allah dan pasti ada hikmah disebaliknya. Mama sayang kamu sangat-sangat anak!
Happy 6th Birthday Nur Dhia Zahra!!!
1 comment:
Happy birthday Zahra.
moga jadik anak yang solehah~
Post a Comment