apa maksud yakin akan kewujudan ALLAH swt?
yakin bahawa DIA lah TUHAN , DIA lah RABB alam ini…
yakin bahawa kita pasti akan kembali kepadaNYA pada suatu hati nanti,…
bukanlah yakin namanya jika kita masih mempersoalkan kenapa begini dan begitu jadinya nasib kita,..
tidak dipanggil yakin lagi sekiranya kita masih tidak mampu nampak bahawa qada dan qadar yang kita lalui sekarang ini adalah dariNYA dengan sebab – sebab tertentu dan hikmah- hikmah tertentu yang menjadi rahsiaNYA, mungkin dibukanya pada pandangan hati kita, mungkin tidak,..
belum masuk istilah yakin lagi kita ini, jika kita masih tidak boleh menerima keadaan diri kita, keadaan rumah tangga kita, keadaan suami begini atau begitu, …
belum dipanggil yakin lagi hati kita, jika kita masih berendam air mata, masih mau masa berundur ke belakang, mahu keadaan kembali 'asal' , masih mahu qada dan qadar kita seperti suatu ketika dulu,…
bagaimana mahu dikatakan yang kita yaqin dengan ALLAH swt, sedang kita tidak boleh redho dengan keadaan diri kita, walau kita kata kita ini hamba, dan DIA Tuhan kita,..
lalu jika belum ke tahap yaqin kita, ini, di mana kita di sisi ALLAH?
masyaallah.
banyaklah beristighfar kepadaNYA , moga diampuniNYA kita,…
banyaklah doa agar dipenuhi NYA dada kita dengan kekuatan YAQIN kepadaNYA seratus peratus..
agar kita mampu nampak bahawa semua yang berlaku pada kita adalah dariNYA dan kita redha sepenuhnya serta berserah diri secara total kepadaNYA kerana hanya DIA yang Maha Mengetahui akan segala hal, dan DIA tidak pernah menzalimi hambaNYA,..
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)
p/s: siapalah mama nak mempersoal takdirNya, mama hanya hambaNya yg kerdil lagi hina. maka, belajarlah tuk redha. In sha ALLAH
--
Sent from my desktop yawww!
Norly Saliana a.k.a pinkmamaDZ
http://mama-zahra.blogspot.com
No comments:
Post a Comment