Monday, 26 November 2012

Luahan hati seorang isteri

kekadang bila hati berterusan gagal bangkit dan tak mampu untuk merasa redha, memberi kemaafan, merasa cukup dan bersyukur dengan anugerah ALLAH, diri akan merasa tidak tahu arah mana nak dituju,.. bagaimana mahu dibuat lagi untuk berubah,..

doa sudah, solat dijaga, mengaji menjadi rutin harian, lidah sentiasa basah dengan zikrullah, tapi kekuatan redha dan nampak semuanya dari ALLAH tetap tidak masuk dalam hati,..

hati seolah kering dan makin parah , rasa benci dan terbit dendam dalam diri bila mengenangkan perbuatan suami, dari satu hal ke satu hal,ada yang punyai suami yang kaki perempuan, tidak balik malam, keluar entah ke mana – mana, ada yang sentiasa bersilih ganti girlfriendnya, ada yang macam remaja, kembali berchating dan tersenyum simpul angau membaca mesej orang yang disayang tika itu,.. ada yang dah nekad nak kahwin lagi tapi belum kahwin-kahwin,.. pelbagai karenah suami yang sepatutnya sibuk membetulkan rumah tangga yang sedia ada dan mendidik anak-anak yang menjadi amanah ALLAH, tetapi tidak berlaku begitu...

hati isteri bukan setakat retak, tetapi telah hancur lebur, diri dinjak-injak sesuka hati, maruah digodak , air mata dah kering menangisi nasib diri,.. namun keadaan tidak juga berubah...

apa lagi yang harus dilakukan,..

ingatkan dengan kedatangan tahun baru islam hijrah, mampu mendidik hati-hati sumbang agar kembali tunduk , sujud dan patuh kepadaNYA, Rabbul Izzati,…

namun rupanya hakikat tidak begitu indahnya,..

lalu , termasuklah kita dalam golongan yang teramat rugi.

di mana tahap iman kita?

di mana redha kita?

sewaktu syaitan diarahkan ALLAH agar sujud kepada Adam a.s,..

syaitan durjana berkata, bagaimana aku mampu sujud kepadanya, sedang ENGKAU memperbuat dirinya dari tanah yang hina, dan aku dari api,..

syaitan merasa ujub, angkuh, takabbur dan bongkak,..

dia tidak nampak siapa yang menyuruhnya sujud, tetapi dia nampak kepada siapa dia kena sujud,..

lalu murka ALLAH miliknya dan neraka jahanam tempat kembalinya,..

adakah itu yang berlaku kepada kita?

kita nampak perkara yang berlaku kepada kita, begini dan begitu, tetapi kita tidak nampak dan lupa SIAPA yang mengizinkan perkara itu berlaku,..

kita tidak yaqin bahawa tiada kuasa melainkan kuasaNYA,..

hati kita hitam dari nampak ALLAH, nauzubillah,.

lalu kita berkeluh kesah dan menderita,..

suami aku tak balik malam, ..

suami aku kaki perempuan,..

suami aku nak kahwin lagi,..

suami aku mungkir janji,..

suami aku ini,..

suami aku itu,..

tetapi kita tidak nampak SIAPA yang mengizinkan pilihan suami itu terjadi dan berlaku,..

lalu kita gelar kita muslimah ? (solehah jauhlah lagi),..

apapun pilihan orang atas kita, segalanya dengan izin ALLAH,..

bukan bermakna tiada balasan dariNYA, …

tetap akan terlaksana, buat baik balasan baik, buat jahat balasan jahat,.. walau sebesar zarah, walau di dalam hati sanubari,..

lalu … mengapa masih berkeluh kesah?

kisah syaitan durjana jadikan teladan,..

jangan kita menurut langkahnya,..


wallahulalam

**sekadar berkongsi **

--
Sent from my desktop yawww!
Norly Saliana a.k.a pinkmamaDZ
http://mama-zahra.blogspot.com

No comments:

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!