Monday, 26 November 2012

Pasrah itu menyerah, redha itu ikhlas

Salam isnin semua :)
Korang keje ke hari ni? Mama kerja hari ni demi nak mencari sesuap nasi tuk anak2. Kalau mama ni anak jutawan, dah lama tak kerja. Hehe

Mama ni nama je kerja, jasad je ada kt office tapi jiwa dan hati ntah ke mana. Terfikirkan anak2, tentang masa depan dan macam-macam lagi lah. Kalah PM kita ni.. Huhu

Hati mama tak tenteram 2-3minggu ni, banyak sangat masalah menimpa. Sebab Allah sayangkan mama lah, Dia uji mama begini. Ulama kata, 1 dugaan/ujian Allah bagi pd kita. 2 kebaikan Dia gantikan tuk kita. Mama yakin, pasti ada hikmah atas apa yg berlaku..

Lately, mama emosional sampai semua keputusan yg mama buat pun dah tak rasional. Terlajak perahu boleh lah reverse, tapi terlajak kata buruk padahnya. Mama pasrah, tapi mama belum boleh nak redha lagi. Hati ni lom ikhlas terima hakikat hidup.

Hari ni bangun tidur, mama cuba tersenyum demi anak-anak tapi tetap muka ni jelas kelihatan kesedihannya. Apa nak buat, kita hanya merancang Allah tentukan segalanya.

Mama dah berdoa, memohon pada-Nya beri mama pentunjuk tapi keputusan dah dibuat. Mama cuma harap, Allah beri mama kekuatan. Itu je. Mama dah taknak tunjuk pada anak2 kesedihan yg mama tanggung. Kesian pd anak2, derang terpaksa ikut sama bersedih dan menangis. Zahra dah big girl sgt, dialah yg tlg mama kesat air mata yg menitis. Dia ulang-ulang cakap pd mama, dia dan adik sayang mama sgt2, itu lah yg buat mama terus kuat tuk melangkah ke office hari ni. Ikut kan hati ni, memang nak baring je atas katil melayan perasaan dan jiwa yg berkecamuk ni.

Moga Allah beri mama kekuatan. Amin.


Sent from mama's SweetBerry®

No comments:

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!