Tuesday, 27 November 2012

Allah Maha Mengetahui

Good morning semua :)

Mama baru selesai solat istikharah. Mata terus takleh lelap. Banyak sangat benda berlegar kt fikiran, takut nak terima kenyataan pun ye jugak.

Sayu hati pulak bila tengok muka anak2 yg tgh lena tidur. Terus berjejes je airmata ni, tak tertahan. Moga keputusan yg Allah tunjukkn adalah yg terbaik tuk masa depan anak2. Mungkin apa yg baik bagi kita, bukanlah terbaik bg Allah dan apa yg terbaik bg Allah pulak bukan seperti yg kita rancangkan. Allah maha mengetahui, kita hambaNya tiada kuasa. Allah tahu apa yg terbaik tuk masa kini & akan datang, maka redha lah terima apa pun yg Allah takdirkan.

Kita ni manusia biasa, selalu inginkan yg terbaik. Semua orang nak sihat, taknak sakit kan. Semua orang nak bahagia, taknak derita. Tapi mungkin sakit &derita adalah yg terbaik Allah rencanakan bg kita. Siapa kita tuk tahu kerja Allah kan. Sebagai hambaNya yg kotor lagi hina ni, kita mampu berdoa je lah. Selebihnya, berserah pd Allah. Dgn kekuasaanNya, pasti yg terbaik tuk kita direncanakan. In sha Allah.

Walaupun keputusan bukan ditangan mama, dan keputusan sudah dibuat. Mama sebagai hambaNya, hanya mampu berusaha yg terbaik tuk anak2, berdoa dan selebihnya bertawakkal pd Allah. Allah lebih berkuasa atas segala sesuatu.

Okeh lah, nak masuk tidur dulu. Esok banyak tugasan menanti.

Assalamualaikum semua :)

Sent from mama's SweetBerry®

1 comment:

Nafira usof said...

Moga Bertabah yer.. semoga Allah tunjukkan jalan yang terbaik untuk awak yer.. amin~

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!