Wednesday, 28 November 2012

Bahagia atau derita?

Salam Rabu semua :)

Mode Sedih kita buang jauh-jauh. sampai bila nak bersedih kan? sampai bila nak terbawa-bawa perasaan tu kan? Sejak mama diuji ni, mama rasa mama makin matang. Sentiasa pandang ke hadapan demi kebahagiaan dan masa depan anak-anak. In sha ALLAH.

2-3 hari ni mama banyak membaca blog-blog dan buku-buku yg berkaitan dengan wanita, bagaimana nak jadi wanita yg solehah dan sentiasa diredhai ALLAH. mama tahu, selama ni mama alpa, mama lupa setiap apa yg mama miliki hari ni hanyalah pinjaman dari ALLAH dan bila-bila masa ALLAH boleh tarik semula nikmat yg ALLAH beri tu. Subhanallah. Selama ni mama lupa, sehingga mama anggap apa yg mama miliki hari ni kekal jadi milik mama.

Mama kan manusia biasa, iman setipis bawang. bila mama dilanda musibah, baru nak mendekatkan diri dgn ALLAH. kalau tak, apa yg wajib itu je yg mama buat. Dah solat, dah. takde lah nak buat solat-solat tambahan demi cari pahala ALLAH. ma sha ALLAH. teruknya mama kan. bila ALLAH bagi ujian macam ni, baru mama bangkit dan dekatkan diri dengan ALLAH. bila rasa kecewa, barulah menangis dan merintih padaNya. bila happy, SUAMI & anak2 yg mama cari. Harap, selepas musibah yg melanda ini mama akan terus dekat dan dekat dengan ALLAH. Korang doakan mama ya...

masa blog walking ke sana kemari mencari tips perbaiki diri & lebih dekat dengan ALLAH, mama tak sengaja singgah di blog Intan Rohaida. blog yng penuh informasi tentang wanita. baru lah mama sedar bahawa mama ni terlalu jauh dari mendapat redha ALLAH. ma sha ALLAH. terima kasih pada pemilik blog kerana berkongsi informasi. setelah mengkhatamkan blog ni, baru mama sedar setiap apa yg pemilik blog tulis, itu lah yg selalu mama buat. Harapnya, mama belum terlambat tuk perbaiki diri... apa yg penulis gambarkan seolah-olah diri mama disitu, sentiasa berfikiran negatif hingga memakan diri... jauh sekali dari mendapat redha ALLAH.

kat sini, mama nak kongsi entry beliau yg bertajuk Bahagia dan Derita... cekidaut!

Sama ada mahu bahagia ataupun derita sebenarnya kita sendiri yang tentukan ..

 salah satu tanda orang yang memilih derita adalah apabila kita dapati hati kita mula bercakap.. dan percakapan itu adalah percakapan yang negatif..

suami kita begini .. suami kita begitu… dia layan kita begini.. dia tak sepatutnya buat kita begitu.. suami kita tak beri nafkah zahir.. tak beri layanan batin.. tak duduk di rumah membantu kita.. lebih suka di luar dengan perempuan lain.. kita tanggung diri kita sendiri.. suami kasar dan suka memaki hamun..dan bagai..

banyak sungguh masalah kita.. dan kita NAMPAK masalah itu.. hati kita bercakap tentang masalah itu.. jiwa kita berkata-kata tentang hal itu… fikiran kita mengarang-ngarang perincian derita hati kita.. dan kita rasa amat menderita kerananya.. lalu kita mula membuka mulut akan hal itu..akan masalah tadi ..yang mulanya hanya bertapak dalam hati kita, kita mula NYATAKAN ..kita mula voice out.. kita mula komplen.. kita komplen pada suami.. pada rakan..pada taulan.. kita beritahu mereka hal kita..hal masalah itu… lalu segalanya bertambah NYATA.. dan penderitaan kita bertambah..

adakah penyelesaiannya? insyaallah ada jika yang kita komplen itu pada jiwa yang tepat.. jika kita mengadu itu pada wadah yang benar.. yang mampu membawa kita ke jalan keluar yang lurus.. yang membuat diri kita hilang derita..

namun, ada insan yang telah mengadu pada tempat yang betul namun, diri mereka sendiri pula yang tidak mampu menerima nasihat yang diberi.. merasakan mereka yang memberi nasihat yang baik itu tidak memahami masalah kita.. merasakan andainya mereka di tempat kita,,.. tentunya mereka akan jadi lebih teruk.. lalu .. penderitaan kita berterusan… membelenggu.. merantai dan kita terus tenggelam dalam arus sengsara itu.. membuatkan kita tidak nampak cahaya.. yang ada hanya kelam, dan kegelapan…

namun, bila kita fokus pada diri kita,.. muhasabah jiwa kita..menghisab setiap amalan dan perbuatan kita.. kita dapati hati kita mampu bersuara.. suara yang merdu dan lunak.. jantung kita mampu bernafas,.. pernafasan kita lancar ..udara yang kita hirup, sangat bersih.. jiwa kita melayang ..damai dan mendamaikan.. tenang dan menenangkan.. seolah kita nampak cahaya.. hidup kita penuh warna..penuh warni.. kita mampu hidup penuh bahagia.. penuh cukup.. penuh redha..

kitalah itu.. kitalah yang memilih.. jalan mana yang kita mahu..?

lagi banyak hati kita mula berkata-kata.. mengumpul bukti.. membina asas.. membangunkan suasana.. memungut ketidakadilan yang berlaku kepada kita..maka lagi besarlah komplen kita..lagi banyaklah aduan kita..lagi tak terhinggalah sungutan kita..maka makin besar amarah kita..makin tinggi ketidakpuasan hati.. makin menggunung permasalahan kita.. lalu kita dikelilingi cahaya hitam.. kelam..gelap..dan menggelapkan.. yang sangat besar …seolah mahu menghempap kita setiap saat..mahu menimpa kita ..dan akhirnya kita benar-benar terhempap oleh nya ..sangat besar, gelap dan hitam..tak mampu lagi bangun dan keluar.. lalu..yang kita nampak hanyalah derita.. yang kita mampu lakukan hanyalah menangis atau lebih teruk..mengamuk dan menggila..

apakah dengan tidak nampak suami tidak memberi nafkah mampu membawa bahagia? adakah dengan tidak bersungut suami keluar dengan perempuan lain mampu nampak cahaya? adakah dengan membiarkan suami tidak solat mampu memberi ketenangan? adakah dengan buat tidak tahu suami tidak membantu hal rumah tangga mampu memberi damai? adakah dengan diam akan semua tindak suami mampu memberi rukun kedamaian dalam rumah tangga?

ya.. sekiranya bila kita membuka mulut yang keluar adalah kata-kata amarah.. sekiranya kita mahu menegur, yang keluar adalah sindiran.. sekiranya kita mahu membetulkan , yang keluar hanya celaan, sekiranya kita mahu memberitahu apa yang dia buat itu salah,,jalan yang dipilihnya tidak betul….. tetapi kita tidak mampu mengawal emosi kita.. emosi amarah. .. emosi kecewa.. emosi yang merasakan kita adalah mangsa dan dia tidak patut melakukan kita begitu..

jika itu yang berlaku ,.. maka yang terbaik kita buat adalah diam.. membiarkan..tak endah.. tak peduli..

tapi hanya tentang layanan dia terhadap kita..

layanan kita terhadapnya?..

ohh.. masih tetap macam biasa.. perlu senyum? ya..semanisnya.. .. perlu berbual? ya… semesranya.. perlu bergurau senda? ya..seikhlasnya…  perlu layan dia ? ya..sebaiknya…

dia tak layan? tak mengapa..

bukankah orang yang memberi itu lebih baik dari yang menerima? bukankah tangan di atas itu lebih baik dari tangan yang di bawah…???

 suami tak beri nafkah? ohh..tak mengapa… rasakan yang rezeki itu dari ALLAH bukan dari suami.. ALLAH memberi rezeki ,.. membukanya..seluas-luasnya..

melalui kita? alhamdulillah..dapat kita jadikan bekal sebagai sedeqah jariah kita kepada keluarga..kepada diri kita..kepada anak-anak..hatta kepada suami itu sendiri..

sampai bila?.. sampai bila-bila… selagi hayat dikandung badan..

kalau begitu suami makin mengada-ngadalah..lepas tangan..

buanglah sangka buruk.. jauhkanlah bisikan jahat..  ingatlah rezeki itu dari ALLAH dan ALLAH taqdirkan kita mampu mendapat pahala melalui nafkah..insyaallah.. ia bekal kita…

suami ada affair? sentiasa di luar dengan perempuan lain?

banyakkan doa..banyakkan istighfar,,.. nampakkan yang kesalahan atas kita..kita tak pandai melayan ..ubah cara kita.. ceriakan diri kita.. manjakan dia.. layan dia sebaiknya.. banyakkan membaca cerita sirah dan sahabat bagaimana layanan isteri terhadap suami.. nampakkan haq suami.. lupakan haq kita..tunaikan haq suami.. tak perlu minta haq kita.. banyakkan memberi.. jangan sesekali meminta…

perit? tak mampu? kita bukan patung? bukan robot? kita hanya manusia biasa? ada hati..? ada perasaan?

ya.. tetapi sebelum itu semua.. kita terlebih dahulu .. hanyalah hamba…

dan semua yang di atas adalah jalan untuk kita menuju ALLAH.

hilang semua perit.. hilang semua perasaan.. bila kita nampak segalanya dari ALLAH…

DIA yang mengizinkan segala yang berlaku terhadap kita.. maka kita redho..

buatlah ikhlas kerana ALLAH.. maka kita tidak akan kecewa.. kita tidak akan berkeluh kesah.. kita tidak akan mengadu domba.. hatta suami tetap tidak berubah..

kerana syurga kita di bawah tapak kaki suami.. dan dunia ini hanya sementara… segalanya milik ALLAH..

nyawa kita dalam genggamanNya.. nasib kita dalam aturanNYA.. muga usaha kita membawa kasih ALLAH kepada kita.. dan bahagia menjadi milik kita..

lalu,.. pandanglah suami dengan penuh kasih.. masukkan dalam jiwa rasa cinta terhadapnya.. muga dengan itu redha suami milik kita.. dan melalui redho suami hadhirlah redha ILAHI.."

Terasa tak kawan-kawan? apa yang ditulis, itu lah yg mama selalu lakukan. sentiasa komplen & bersungut tapi jauh sekali mahu berubah. jauhnya mama dari redha ALLAH. moga dengan perkongsian ini, mama & semua isteri yg membaca blog ni cuba berubah tuk mendapat redha ALLAH.

Selama hari ni, mama terlalu ikutkan perasaan. ikutkan kata hati hingga mama lupa redha ALLAH lebih penting dari segalanya.

So, bahagia atau derita pilihan kita???

# sharing is caring



--
Sent from my desktop yawww!
Norly Saliana a.k.a pinkmamaDZ
http://mama-zahra.blogspot.com

No comments:

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!