Salam khamis semua :)
Mama MC hari ni, semput teruk since malam tadi. Langsung takleh tidur sebab susah nak bernafas. Pagi ni gi klinik panel papa tuk amik nebulizer. Dr suh datang lagi ptg ni if masih semput, dan kalo nafas berbunyi berkemungkinan tuk mama di refer ke hospital adalah tinggi. Doakan mama sihat dan tak perlu refer ke spital eh..
Okeh, sementara berbaring atas katil merehatkan badan ni. Molek lah mama teruskan cabaran 30hari mama ni kan.hehe
Cabaran tuk hari ke-8: matlamat jangka pendek tuk bulan ni. Kiranya sesuai sgtlah cabaran ni dibuat awal bulan kan, kalo dah hujung bulan lain dah ceritanya.
Okeh, matlamat jangka pendek mama tuk bulan May ni adalah nak STOP shopping dan simpan duit tuk percutian kami sekeluarga July nanti. Skang ni, simpanan baru sikit. Macam xcukup je nak shopping kat sana kan. Dah 2,3bulan ni mama spent banyak sgt tuk shopping. Lebih RM1,000 tau. Bagi korang, maybe RM1k tu sikit but bagi mama memang banyak dan membazir. Walaupun mama beli barang yg bleh guna tuk jangkamasa yg lama, but tetap rasa membazir.
So, mulai bln May sampai hujung tahun mama takmo shopping dan nak saving tuk travel and teratak kami yg bakal siap next year. Mama ni gaji kecil, payah lah nak simpan banyak kan. Tapi, kalo sebulan mama bleh spent RM1k tuk shopping kan lagi baik kalo mama simpan duit tu kan???
Harap sangat, mama dapat capai matlamat mama ni. Kali ni serius kena kuatkan hati. So, kepada blogshop-blogshop febret mama kt blog/FB janganlah relaese new collection ehh. Kesian lah kat mama, kang melopong sambil telan air liur je tgk koleksi korang sold out. Uuwwwaaaa!!!
So, chaiyokk tuk mama!!!
P/s: nak sambung rehat. Supaya tak payah gi klinik lagi petang ni :)
Sent from mama's SweetBerry®
No comments:
Post a Comment