Salam Selasa semua :-)
sekali lagi, mama miss meng-apdet belog. bukan saja-saja eh, mama busy yg teramat.
start Jumaat tu, mama keluar gi audit kt Summit pastu ke PJ. mujur lah tak payah jemput Zharif, kalau tak mahu budak tu marah sebab lambat kan. langsung tak menyempat nak buat entry pun. sabtu pulak busy dengan Majlis Akad Nikah anak sedara mama a.k.a anak Along mama, si Noraini Kamsani. Ahad pulak, mama busy melayan DZs sebab papa ada kelas sampai kul 1. melayan 2 org budak yg tengah lasak adalah sangat azab eh. berpeluh-peluh mama melayan karenah budak 2 orang tu, berlari ke dapur pulak masak lunch sebab papa dah whatsapp cakap lapar tahap menggeletar lutut. sebagai isteri yg solehah tak ke kelam-kabut nak masakkan sebab takut suami pitam sebab kebulur. bila papa balik je, terus pengsan sampai ke petang. bangun-bangun pulak, papa ajak keluar gi repair laptop. punyalah penat sangat sampai bergaduh taknak balik umah mak mertua. dah jadi isteri tak solehah pulak. hahaha. isnin pulak, mama apply cuti kononnya nak gi klinik pakar buat full check up gara-gara papa dok takutkan pasal sakit jantung lah apa lah gara-gara mama semput non-stop last week, sudahnya apa pun tak buat sebab nak buat full check up kena buat appointment dulu bukan main redah kasi pecah jek. padan muka! terpaksalah gi klinik biasa je. dah alang-alang cuti, ajak papa gi jumpa Dentist yg comel lawa dan klinik yg cantik dekonya kat Klinik Pergigian Siti Fauzian kat S.7 Shah Alam sebab gigi mama dah rongak. huhu. makcik pembantu klinik tu punyalah gigih tunjuk majalah yg featured klinik pergigian derang. hahaha. tak sangka pulak Dentist tu pun penyanyi jugak suatu masa dulu. heee :D
okeh, alasan sangat kukuh kan?? so, boleh mama teruskan dengan cabaran??? boleh, tak boleh mama nak bolehkan jugak. boleh?? hikhik
Jom kita mulakan dengan Cabaran Hari ke-9 : sesuatu yg kamu banggakan dalam beberapa hari lepas. cekidauttt!
apa eh yang mama banggakan??? satu ke banyak eh??? yg positif ke negatif eh?? bantailah kan...belog mama, sukati mama lah kan..egegege
"Berjaya menghabiskan duit sebanyak RM1500 dalam masa seminggu tanpa mama sedari apa yg mama beli."(baca sekali nafas je)
wahhh!hebak tak hebak lah kan. korang penah???
ya, tak tipu.... papa bagi mama RM1,500 end of April. ekceli, mama plan nak simpan RM1,000 tuk jalan-jalan July nanti tapi mama dah TERHABISkan semua sekali. TER tu... tak sengaja kan. apa yang mama beli???? NTAH. mama sendiri tak sedar. eh, bukan sebab mama kena pukau lah. takde sesiapa pukau mama, mama sendiri yg terpukau dengan duit. hahaha. yang mama ingat, mama habiskan RM200 tuk beli baju mama & DZs, RM150 tuk accessories(rantai & brooches) yg mama nak pakai masa Majlis Nikah anak sedara mama dan rantai tu putus sejurus selepas Majlis (lebih kurang dalam gambar tu), amik baju yg mama tempah RM100, gi buat hair treatment RM240, beli brg make up RM100, bagi mak sikit dan yg selebihnya mama tak tahu gi mana duit tu. rasanya, last week mama tak beli barang secara online. tapi ntah ke manalah duit tu semua. macam air kan duit ni, tanpa sedar boleh habis gitu je. aduhaiii....
mama bukanlah bangga sebenarnya, tapi sebaliknya. which is sangat kecewa sebab cabaran Hari ke-8 mama hancusss. matlamat tu hilang ntah ke mana. hampeh kan???? serius, mama tak tahu nak control diri bila bab duit ni. ada sesiapa nak tolong mama tak???? tuk atasi masalah mama ni.huhuhu
kalaulah ada pertandingan... "habiskan duit selama sehari atau beberapa jam sebanyak yg boleh" , CONFIRM! mama boleh menang tau. tapi, mana lah ada pertandingan macam tu kan. gila! tapi, hakikatnya, itu lah mama. bab duit memang laju je. orang kata "mata duitan" kan. memang mama mata duitan, pantang ada duit, laju jek nak belanjakan. mama ni macam ada satu penyakit tak boleh ada banyak duit dalam wallet, cepat je nak tipiskan wallet tu. kadang tu, beli barang yg merapu dan membazir.
Okeh, mama dah merapu ni. actually takde sesuatu pun yg membanggakan mama dalam beberapa hari lepas tapi sesuatu yg menjengkelkan ada lah. apa dia??? yg mama story kat atas tu. sekarang ni, saat menaip entry ni mama berasa sangat kesal sebab duit dah takde dalam wallet dan mama tak boleh nak belanjakan. uuwwwwaaaaaaa!!!!!!(sambil nyanyi lagu kesal sixth sense enam ratus kali)
okeh, mama try tuk settlekan semua cabaran esok eh!!!
now, kepala otak sakit sebab keje banyak tertangguh sbb docs banyak pending dan sakit otak sebab pikir wallet dah nak kering dan gaji lambat lagi. hukhuk :'(
--
Sent from my desktop yawww!
Norly Saliana a.k.a pinkmamaDZ
http://mama-zahra.blogspot.com
No comments:
Post a Comment