Wednesday, 2 May 2012

Hari Ketujuh - Gambar seseorang/ sesuatu yang bagi impak besar pada kamu


Salam semua :)
mama semput pagi ni, terpaksa gi neb dulu before masuk office. kalo tak, ada yg tercungap-cungap tahan nafas. huhu
tu lah, since weekend hari tu dok bantai minum sejuk, makan icecream & tak makan ubat langsung.
padahnya, pagi ni semput lah. uuwwwaaaa!

Berbalik pada Cabaran 30hari kita. Hari ni,hari ketujuh: Gambar seseorang/sesuatu yg memberi impak besar pada kamu. dan...

merekalah yang memberi impak besar dalam hidup mama, papa, Zahra dan Zharif. sejak kehadiran mereka, hidup mama berubah. banyak perubahan ketara yg berlaku, antaranya...

Status Bertukar
sejak kehadiran mereka dalam hidup mama. status mama berubah, dari single ke married. dari isteri ke mama. wahhh! bangga sangat dapat menjadi mama dalam usia yg sangat muda, 25tahun. sempurna rasa bile dapat melahirkan zuriat dari rahim sendiri. paling menggembirakan, dapat lihat perut membesar masa mengandung. cute! haha

Mematangkan
kerana kehadiran mereka jugalah mama belajar mematangkan diri. belajar mengurus rumahtangga dan anak-anak. masa tu, baru lah tahu apa perasaan mak mama. penat cari rezeki, terpaksa pula melayan kerenah anak-anak. walaupun letih, tapi nikmat. hanya seorang ibu, faham perasaan seorang mama. betul tak?? siapa sangka, kita yg dulunya anak yg manja dan keanakan, boleh berubah sekelip mata dengan hanya kehadiran mereka menjadi seorang yg dewasa! serius macam tak sangaka. haha

Penawar segala penyakit
dengan kehadiran mereka jugalah, menjadi penawar dikala duka, menjadi penyembuh ketika sakit. tak percaya???? tunggu korang ada anak, korang akan mengaku akan kebenaran ini. macam sekarang ni, walaupun semput tetap melayan anak-anak tanpa jemu. walopon kadang-kadang, mengamuk gak macam tarzan. hahaha. tapi, bila pandang muka mereka hati terus senang, hilang semua penyakit. seronok bergelak ketawa dengan mereka...

merekalah buah hati pengarang jantung mama... tanpa mereka, hidup mama bisa pincang! (wah! pengaruh sinetron ni.hehe)

okeh... sambung sok!!! cabaran hari ke-8!!!








--
Sent from my desktop yawww!
Norly Saliana a.k.a pinkmamaDZ
http://mama-zahra.blogspot.com

No comments:

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!