Monday, 30 April 2012

Hari Ketiga - Gambar kamu dan sahabat baik kamu ( BFF lettew)

Salam Isnin semua :)

ops! sorry dah kalah cabaran 30hari sebab langsung tak update blog sepanjang weekend.but, mama janji tuk update 3 cabaran sekaligus hari ni. aci tak?
weekend yang sangat busy! super busy okeh.langsung tak cukup masa nak hadap tablet/PC. serius tak tipu punya busy.
sabtu pagi-pagi dah keluar. opss! bukan gi perhimpunan BERSIH tau, tapi gi jumpa kawan blogger sebab beli barang dari dia. TQ wanie!!!
lepas balik dari Shah Alam, terus gi 'rewang' umah nenek sedara papa. dia buat kenduri kawen tuk putera dan puteri dia. so, tolonglah sikit-sikit mana termampu kan. tolong lah sangat dengan 2 askar tu. hehe. bolehlah, tolong basuh telur masin, tolong kupas bawang. tu je kot termampu nak tolong. itu pun, anak dara dah mengamuk, anak bujang sampai basah kuyup. lepas zuhur terus balik umah tidurkan anak-anak. dengan mama dia sekali hanyut. hikhik. malam pulak di penuhi jemputan kenduri. ada 2 jemputan, kul 11 malam baru balik. sampai umah, tidurkan anak. biasalah dengan mama dia sekalilah lena kan.
Ahad pulak, papa ada kelas. so sebagai ibu tunggal tuk 1/2 hari tu memang tak menang tangan. serius tak dapat bayang kalo mama-mama yg tak dok serumah dengan suami tu. gila hebat! mama tabik lah kat lily mamazarazareef dan mama-mama lain yg sewaktu dengannya.hehehe

okeh... berbalik pada Cabaran Hari Ketiga kita! opening sikit punya panjang lebar. hik.

  1. gambar mama dengan kak Siti. dia lah BFF mama di tempat kerja. sejak 2009 until now, kami baik dan bukan je mcm BFF tapi dah jadi cam adik-beradik. no secret! Eh? tipu lah takde secret kan, but kami sentiasa berkongsi cerita dan rahsia. mama dengan kak siti ni bleh rapat sebab kak siti sebaya dengan kakak mama, Andak dan kak Siti selalu jadi pendengar setia mama. kisah suka dan duka mama. TQ akak!!! mucho graciass sista!!
  2. gambar kedua... my BFF a.k.a teman sehidup semati. dialah suami, dialah BFF dan dialah kekasih hati tuk forever. sampai syurga kalau boleh. sejak kenal dia since 2004, dan sejak itu lah kami berBFF. walaupun lebih banyak bergaduh dari berbaik, but kami tetap tak boleh nak berpisah. moga Allah terus berkati hubungan kami ni. InsyaAllah
  3. dan... BFF mama yg terakhir adalah my sista. Andak dan Endek. (gambar tu terselit my niece, kira HALAL la eh??) walaupun selalu bergaduh-bertekak, but kami tetap sisters. pertalian yg tak mungkin dapat dipisahkan. beza umur antara kami bukanlah rapat, mama beza 3tahun dengan Andak dan Andak pulak beza 3tahun dengan Endek. but kami berkongsi semua. kongsi rahsia, cerita & barang. hehehe

mama ni mudah mesra dan rapat dengan orang.kalo kena cara & gaya, memang boleh kamcing lah. setiap kali mama ada kat sesuatu tempat tu (sekolah/kolej/Uni/Office) mama akan ada sorang atau 2 kawan baik. yang sangat baik dan sampai sekarang jugak baik. antaranya... BFF masa kt SAMHSB, Ana Farhana, Ayu Shaliza, Izan, Asz & Azni. walaupun memasing sibuk dengan hal memasing, derang tetap BFF mama sampai mama mati. masa kt Matrik Dormate mama lah BFF mama, rindunya kat Ayu komplong, Izza, Nani,Has, Atun, Isha & Mimy. Persahabatan dengan derang takkan terputus, InsyaAllah. dan kat UiTM pun mama ada BFF gak, A'mirah, Ejan dll. semua pun masih BFF mama sampai sekarang dan insyaAllah sampai akhir hayat. cuma mama tak jumpa pulak gambar dengan derang, kat folder mana pun mama lupa. hehehe. but, derang tetap my BFF!!! love korang ketat-ketat.muuuaaaahhh!








--
Sent from my desktop yawww!
Norly Saliana a.k.a pinkmamaDZ
http://mama-zahra.blogspot.com

2 comments:

Lily@MamaZaraZareef said...

opss..tetibe ada nama mama zara zareef terselit plak ye..hehehe..

Anonymous said...

best nye nama saya ada...tenkiu sis..hehhe

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!