Friday, 27 April 2012

Hari Kedua - Maksud disebalik nama blog anda

Salam Jumaat semua :) semoga kita semua dapat keberkatan penghulu segala hari ni. InsyaAllah. Amin. :)

Wah, kembali kita dalam Cabaran 30 hari tuk hari kedua!!! (senyum dan teruja) macam mengacara lah pulak kan. Eh?

okeh, sebenarnya mama agak kompius dengan tajuk cabaran ni, maksud nama url atau nama blog neh?? hahaha..bantai lah... oleh kerana mama agak tamak, so mama bagi dua-dua maksud sekali. aci tak?kihkih

okeh.. pertama kita story pasal maksud nama url belog shayang ni...

http://mama-zahra.blogspot.com ini lah url belog ni, tapi ini kiranya url kedua. kalo korang still ingat, nama url belog ni yg asal adalah http://mamanurdiazahra.blogspot.com. masa 1st time buat belog ni, teruja yg amat. masa tu kan 2009, mama cuma ada Zahra. so, excited sangat terus letak mamanurdhiazahra. langsung tak fikir masa depan dah. hehe
tapi, bila papa mula plan nak tambah zuriat, terus rasa nak tukar url blog. kononnya taknak lah nanti mama cam shayang lebih kakak zahra, sebab tu mama bubuh nama kakak zahra sorang je. tapi, masa tukar tu bleh pulak takde idea nak bubuh apa. sudahnya bubuh gak mama-zahra, dengan harapan kalo zahra ada adik nanti, mama nak tukar lagi url mama-zahra-zharif. kalo adik lain nanti, mama-zahra-zharif-zahin ke.ini contoh je ye. tiada niat lain. wah! ada hati nak tambah nampak.kihkih.sudah! panjang bebenor kan??? kalo ada anak lain kang, tambah lagi kat belakang tu. akhirnya overlimit dah. ekeke. ngengada sangat lah kan. padahal sikit punya azab nak tukar url, segala link kena ubah, nuff nuff pun kena ubah. leceh! so, mama akan kekalkan nama url belog ni sampai satu masa yg mama sendiri tak ketahui. manatau nanti ada duit terlebih-lebih, bleh lah mama buat www.pinkmamadz.com kan.hikhik

okeh, intro pun dah panjang melalut. maksud url adalah sangat jelas disitu. iaitu, belog ni kepunyaan mama kepada zahra. walopon mama ada anak-anak yg lain selain zahra, tetaplah mama ni mama zahra kan??? sikit punya berbelit. tapi, korang yang pandai lagi bijaksana confirm faham kan??? kahkah

okeh.. kedua, kita story maksud nama belog pulak... yang korang sedia maklum nama belog ni tak pernah lagi mama tukar sejak azali iaitu ~Our Lil Sweet Home~. kenapa mama letak ~Our Lil Sweet Home~??? sebab... belog ni menceritakan tentang keluarga kami yg kecil dan sweet ni. tentang mama, papa, zahra, zharif dan anak-anak mama yg lain nanti. wahhh! hebak tak hebak perancangan mama. motippp? takde motip apa pun. sesaja je. oleh kerana keluarga kami kecil, mama letak lah lil disitu.kenapa home?? sebabnya, belog ni kira macam rumah mama lah. home sweet home gitu!. belog ni penuh dengan cerita suka dan duka, tawa dan tangis kami sekeluarga.apa sahaja berlaku dalam kehidupan mama, akan mama ceritakan dalam Rumah Kecil kami yg SWEET ini.... itupun kalau rajin update lah. kah.

Actually, mama ni sorang yg simple. apa yg terlintas dikepala hotak mama ni, itu lah yg mama tulis. mama tak suka serabut, tu yg main bedal letak nama blog tu. takde apa pun maksud disebaliknya. straight to the point gittewww! kalo hangpa semua tak faham gak, taktau lah mama kan..hehe

apa pun, mama shayang belog ni. walaupun ini sebenarnya bukanlah blog pertama mama. mama pernah ada blog masa mama bujang dulu. dan dah  tak pernah update pun. banyak kisah lampau dalam setiap entry tu. nak mama delete blog tu, mama dah lupa passwordnya. so, biarlah dia disitu.

ok, lupakan tentang blog lama tu. sekarang dan tuk selamanya, mama jadikan belog ni diary mama. supaya dapat mama kenang setiap kenangan yg mama abadikan dalam belog ni. dan anak-anak mama suatu hari nanti dapat baca jugak. tujuan mama buat blog, bukanlah tuk menunjuk-nunjuk tapi tuk dijadikan kenangan terindah dalam hidup mama. InsyaAllah :)


Selesai sudah Cabaran Hari Kedua. hope esok dapat teruskan cabaran. chaiyok!

psst: sesaja nak tempek gambar bleh x? gambar kami sekeluarga di USS :)







--
Sent from my desktop yawww!
Norly Saliana a.k.a pinkmamaDZ
http://mama-zahra.blogspot.com

No comments:

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!