Thursday 26 April 2012

Hari Pertama -Gambar terbaru dan 15 perkara menarik tentang anda

ef="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg-fJ3UYB0KkIwQIHrZDXjR9MEvLFWa_6pheUCcuzGElog1nvvuI4wc1OuxZY90VJKSUQpXOnldPTCMRxW-6I8PsNRn7iLrs4ZqBxSYt2oq3ZfKpb98QUobUroQR_wQVj25EPKyzWEXRo6w/s1600/Kapar-20120426-01292-715766.jpg">
Wah! semangat berkobar-kobar nak mulakan Cabaran 30hari ni.
ewaaah! jangan hangat-hangat chicken shit udah lah ye mamaDZ oi! hikhik

2 gambar ni, kiranya gambar terbaru mama lah... oh, tamak okeh nak letak 2 sekaligus. bajet ayu sangatlah mama ni kan. egegege

pic pakai tudung coklat tu, pic baru je tangkap semata-mata nak tepek dalam entry ni. semangat tak???
dan pic pakai tudung kuning (abaikan Zharif yg tgh ngempeng tu), pic bergaya ngan shawl shasmeen sakura Radiusite. amik gambar ni masa gi hantar mak mama gi Madrasah kat Jeram masa cuti pertabalan Agong tu. kira baru gak lah. lately ni rasa cam tak semangat pulak nak amik gambar sendiri. Eh?

Okeh, berbalik pada cabaran kita. tepek gambar terbaru, sudah. so, marilah mama reveal 15 perkara menarik tentang mama. ada ke fakta menarik banyak sampai camtu?

15 perkara menarik tentang mama DZ adalah..... (drum roll)
  1. mama pakai kasut size 3.5-4. (walaupun badan semakin bambam, kakiku tetap menten kiut gitu! wahh! perasan)
  2. mama pakai baju size S/M dan seluar jeans size 27.( berazam tuk turunkan berat supaya bleh pakai size XS dan seluar size 24. wah! tak agak-agak punya azam duh!)
  3. mama suka online shopping. kadang tu boleh habis duit sampai 2-3ratus dalam masa 1/2jam je. wah! hebak tak hebak lah kan. malah kadang tu, lebih dari tu. my fav blogshop are Thepoplook, sweetlike-marshmallow, dan semua blog jual hijab, i.e. FAREEDA, Radiusite, Alhumaira, Shawluver dll
  4. mama suka hang out ngan my sweet family. tak kesah lah kemana pun, janji cukup korum, mama,papa, Zahra & Zharif. kalo gi bercuti-cuti lagi lah suka kan, siapa tak suka travel angkat tangan??? mmg takde lah kot kan yg nak angkat tangan, semua suka betul tak? mama lagi lah suka dek non oii!
  5. mama suka blogwalking ke hijabistas a.k.a scarflets yg fofular seperti shea rasol, adriani adnan, arni yusnita sebab suka style derang. dan ada yg mama praktik. gila perasan muda duh! itu pun jika bersesuaian dgn umur dan status mama lah. mama gak suka usha-usha blog2 hijabers indonesia like Dian Pelangi, Dewi Neelam dll. suka gak style derang. sweet sgt tuk wanita bertudung.
  6. mama tak pernah berenggang dengan handphone & internet mama a.k.a my sweetberry. kalo ada henpon tp internet tadak pun, tarak syok wooo. sebab dgn enfon ni lah mama bukak facebook, twitter, emails dll. so, sangatlah BFF gittew! kalau tertinggal tu, rasa cam ada yg tak kena je.hehe
  7. mama tak boleh berenggang dgn handbag GUCCI & LV mama a.k.a Zahra & Zharif. walaupun mama tak sehat, sanggup jaga gak derang dan tak hantar gi umah baby sitter. walaupun aseklah menjerit macam tarzan, tetaplah nak jaga gak buah cinta mama tu. hikhik
  8. mama suka western food. spaghetti, pasta, pizza, chicken chop, steak adalah favorite  mama. dalam seminggu mesti nak bedal sekali. pehhh! sebab tu badan makin bambam. macam spaghetti & pasta memang selalunya mama masak sendiri lah. so, stok spaghetti & pasta mesti masuk dlm list groceries.
  9. mama suka baking. love it so much! seminggu sekali mesti nak baking. favorite mama Red Velvet Cake, Moist Choc Cake, Tiramisu & any dessert and cookies. kalo tak sempat mem- baking, mama mem- baking kat Secret Recipes je lah. heeee :D
  10. mama suka ice cream & chocolate. sbb bila stress je, terus cari ice cream atau chocolate. chocolate cadburry/kit kat mesti ada dalam handbag. sbb bila tension je, terus capai. ini jugak faktor penyebab mama makin bambam. hahaha
  11. mama suka tonton rancangan masak-masak. my favorite channel adalah Asian Food Channel 703. kalo takde drama yg best, mmg channel 303 lah mama tgk. 
  12. mama admire sangat Sazzy Falak. walaupun dia agak sexy, tp sweet je dia sbb dia kecik molek. ntah bile bleh jd kecik camtu ntah. berangan tak abis-abis. hik.
  13. mama suka handbag yang besar & luas. sebab mama suka bawak macam-macam barang dlm tu like enfon, galaxy tab,diapers anak, botol susu anak, sapu tangan, dll. my favorite brand GUESS and Charles & Keith. sbb derang punya koleksi tote bag sgt banyak. bukanlah mama tak minat COACH, LV, PRADA, LONGCHAMP dll tu. gila kau tak suka? cuma duit tak berapa banyak je. esok-esok kalo duit dah banyak, baru minat kot. hikhik. setakat nak pakai yg imitate tu, memang mama tak suka. tak suka perasan branded sgt padahal pakai tiruan punya. hehe
  14. mama suka bercakap. bleh bercakap non-stop berjam-jam gitu. especially dengan org yg rapat lah. dengan org yg kurang rapat, mama bleh jd pendiam dan keras macam patung. tapi kalo dah serasi, mmg bleh sembang semua perkara lah. hikhik
  15. mama suka merungut. yess! i know, ini bukan fakta menarik tapi ini lah hakikatnya. mama suka merungut pada semua perkara yg berlaku. merungut pasal driver depan kereta mama, merungut pasal Q pjg, pendek kata psl semua perkara lah, tak kira kecik atau besar. hikhik. teruk kan??? hahaha. ada haku kesah ke??
okeh, selesai Cabaran Hari Pertama!!! yeeyyyyy!!!!

korang sanggup ke???? jom lahhh!!!! kita cabar diri kita tuk jd blogger tegar.. haha. tegar lah sgt kan. ekeke

tadddaaaa!!! get ready tuk cabaran Hari Kedua :)
--
Sent from my desktop yawww!
Norly Saliana a.k.a pinkmamaDZ
http://mama-zahra.blogspot.com

No comments:

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!