Monday, 30 April 2012

Hari Keempat - Habit/ Tabiat kamu yang kamu harap kamu takde

okeh... salam semua ;)

mama extra rajin hari ni, kira balas dendam lah sebab weekend takleh update blog. so, jom mulakan Cabaran Hari keempat: Habit/ tabiat kamu yg kamu harap kamu takde.

  1. suka MARAH. hal kecik pun boleh mendatangkan marah. kadang tu, kerana nyamuk pun mama bleh mengamuk tau. dasat kan? tak senonoh mama ni tau. mama harap sangat sikap PEMARAH mama ni dapat mama buang jauh-jauh, but sampai sekarang dah beranak dua ni pun mama tak dapat kawal marah. serius! sumpah kalo boleh mama takmo MARAH-MARAH, sumpah kalo bleh nak lemah-lembut, penyabar dan penyayang. but.... tak leh nak kawal api keMARAHan ni. kadang tu, beristighfar banyak-banyak cool down sekejap, but pastu sambung lagi marah. cemana eh????
  2. suka MERUNGUT. mama rasa dah gitau kt Cabaran Hari Pertama tu yg mama ni suka merungut. hal kecik pun nak merungut, kalau hal besar memang empat hari empat malam lah merungut. egegege.
  3. suka MEREMPAN. korang tahu kan merempan ni apa? kiranya macam moroyan lah. hahaha. mama ni kalo marah/merungut akan merempan-rempan. ketuk-ketuk barang lah, campak-campak barang lah. but tak pernah lagi lah baling pinggan-mangkuk. hikhik. apa yang paling dasat mama buat? mama campak remote ASTRO sebab susah sangat nak tekan. terus mengamuk dan campak sampai berkecai. hish. tak senonoh kan??
  4. suka buat keje ikut mood. contohnya, kalo mama nak masak mesti tunggu ada mood. kalo takde mood, suruhlah mama masak apa pun, takkan dilayan. kalo bab keje umah lah selalunya benda ni jadi. kadang tu, baju yg dah dibasuh sampai penuh sebakul mama tak lipat sebab tunggu mood. tak senonoh kan?

setakat ni jek kot... yg lain semua, baik-baik je. ahhaha...mama harap sangat, semua sikap buruk mama ni tidak dicontohi anak-anak. tapi, ye lah anak ni kan cermin mak bapak. walau elak cemana pun, tetap menurun sikap tu kan. kecuali, iman mak bapak. anak-anak takkan mewarisi betul tak??


okeh... tunggu next cabaran!!!



--
Sent from my desktop yawww!
Norly Saliana a.k.a pinkmamaDZ
http://mama-zahra.blogspot.com

No comments:

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!