Monday 9 April 2012

cuti sakit sbb anak sakit. boleh?

salam isnin semua :-)
korang keje ke hari ni? mama MC, dari malam tadi semput. tidur pun asek terjaga sebab semput. pakai inhaler pun tak jalan. itu lah, semalam masak pun sambil kendong zharif mahunya tak semput hari ni...

actually, taknak MC hari ni, plan nak gi office lepas neb, tapi anak bujang pulak demam, batuk, kahak dan selsema. complete package gitu. tambah pulak mulut dia ada fungus. pecah-pecah macam ulser. sepanjang malam nak ngempeng je, maybe pedih kot mulut dia. cian anak bujang mama...

sudahnya, anak bujang dengan mama dia sekali kena neb. Dr suruh mama MC, sambil rehat sambil jaga anak sakit. boleh? kalau dah jaga anak sakit, memang takde istilah rehat lah gamaknya...

anak bujang ni sakit pun macam tak sakit. dok buat sepah seluruh rumah. manalah mama dia tak semput kan... dah lah dia suka betul sakat mama. bila mama guna inhaler je, mama letak je laju je dia tiru aksi mama guna inhaler. hari ni, bile kena neb tahu pulak nak nangis. hikhik... bertuah kan?

esok pasti keje banyak menanti kat office. hope Zharif sihat walafiat sok. amin.

norlymamadz, sent from my Mr Samsung

No comments:

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!