wahh! tajuk entry begitu drama sekali kan?
saja je nak propa! heeeee :D
okeh adik kakak semua, hari ni nak cerita kisah asam garam dalam rumah tangga. bukan tips ye, mama lom layak lagi nak ber-tips bagai lah. kahwen pun baru 5tahun lebih. kalau manusia, memang cakap pun pelat lagi ye tak??hikhik (gelak manja gitu =P)
saja je, nak membebel tak tentu hala kat sini. dalam bahasa lembutnya, mama hari ni nak bermonolog atau bahasa kasarnya, nak merungut. muahahaha
dah-dah, tak payah nak intro panjang sangat kot.
sebelum mulakan kisah selanjutnya, mama nak tanya kat adik kakak semua... kalau korang berselisih faham antara suami-isteri, siapa yang selalu beralah? ke korang suami-isteri ni hidup rukun dan aman damai? tak pernah bergaduh laki-bini, mahupun bertekak? wahhh! nak tips sikit!!!! Eh.
alah, korang pun tak payah nak drama sangat kot, mengaku je lah. suami atau isteri yang selalu beralah? ke korang cam mama gak, baik sendiri tak perlu sesiapa pun say sorry...
okeh, mama ngan papa kan, kalo bertekak, atau berselisih fahaman, atau bertegang urat, atau bergaduh atau bermasam muka kan, kitorang akan baik sendiri tanpa salah seorang minta maaf pun. tak payah lah nak bagi hadiah segala. memasing akan sms/whatsapp update terkini walaupun malam sebelum tu bergaduh. kekadang kalo bergaduh-merajuk malam tu, sampai memasing tidur peluk anak memasing, bangun pagi tu sambung merajuk dan pergi kerja sampai tak kiss-peluk bagai, nanti sampai office tetap lah memasing update berita terkini. so, petang tu balik keje memasing dah OK dan mulai hidup seperti biasa. hikhik. kelakar kan??? pastu kalau dah baik, mulalah nyesal malam semalam tak peluk-cium bagai. hahaha. kelakar.
tapi kan, sepanjang usia perkahwinan yang masih budak lagi ni kami tak pernah praktikkan sesi pujuk-memujuk, sesi bagi hadiah atau apa saja lah. rugi kan? kalau tak, mahunya hadiah tuk sesi pujukan dari papa tuk mama dah lebih 500biji. muahaha. ye lah, mama ni kan kuat merajuk. kih3 wah! nampak sangat dah bergaduh 500kali sepanjang kahwin. hahaha
mama ni kan, jenis yang kalau marah atau merajuk mama suka bagi sms yg sungguh haram-jadah yg tak pikir panjang kesan dari sms tu. seryas cam haram lah! bukan saja sms tau, kata-kata pun ikut sinis sekali. siryes kebudakan mama ni. padahal anak dah dua. muahaha
bagi mama lah kan, tak kesah lah siapa pun yang beralah atau mulakan berbaik. buat apa nak gaduh lama-lama. bukan seronok pun. bukan ada faedah pun. membazir air mata je. membazir masa. hidup kan singkat, baik kita enjoice!!!! hahaha. okeh, dah mula merepek entry ni.
yang paling penting, asalkan ikatan suci yg termeteri atas dasar suka sama suka ni tak hancur lebur sudah lah. dan anak-anak tak jadi mangsa rakus mama-papa yag kebudakan sampai bercerai-berai, padahal puncanya hanya kerana belacan dah lah kan. adoi, apa yang mama merepek ni!!!! okeh, yang penting rumah-tangga tetap bersatu, bak kata Liyana Jasmay la kan, cinta bersatu gitu! hikhik. apa pun, suka lah lagu baru LJ tu. sweet gitu!
siapa pun yang beralah, anda tidak kalah eh. sebenarnya andalah yg menang sebab berjaya memberhentikan peertelingkahan yang kadang-kadang sungguh mengarut puncanya. punca sebab salah beli apa yg dikirim lah, atau sebab lupa sms bila keje lebih masa lah, aduhainyapun.... benda kecik sangat kot. tak payahlah nak diperbesarkan. tak gitu cik bedah? jenab? kita berbaik lagi bagus dari gaduh tau, untung-untung dapat tambah zuriat. wah! lari topik dah ni.muehehee
apa pun alasan yang kita guna tuk merajuk dengan pasangan kita, jangan berlama-lama merajuk tu. kang tak pasal-pasal setan sibuk hasut kita sampai cerai-berai. kan payah tu. gaduh-gaduh manja tu biasalah, asam garam rumahtangga kan. kalo manis je, pun tak syok. nanti jadi penyakit kencing manis. kalau masin manjang pun tetap tak seronok, nanti penyakit darah tinggi pula datang kan. hikhik. so, yang sedang-sedang aja dong! sekarang ni tajuk entry kita penyakit bahaya ke beralah eh?? macam dah lari tajuk je. heee :D
tak kesah lah kesayangans semua, yang penting cuba sedaya upaya pertahan ikatan suci yg dibina tu dan senantiasa berdoa semoga Allah memberkati ikatan tu. sesama lah kita berdoa :)
okeh, sekian saja bebelan mama tuk hari ni. Assalamualaikum.
--
Sent from my desktop yawww!
Norly Saliana a.k.a pinkmamaDZ
http://mama-zahra.blogspot.com
No comments:
Post a Comment