salam rabu semua :-)
selamat pagi.... (wah! serius rajin mama update pagi buta neh.hehe :P)
amacam korang keje tak hari ni? cuti ke MC? hehe
mama confirm bz hari ni, semalam pun kalut semacam sebab mama on leave hari isnin. hari ni la nak follow up status documents yg mama request dari auditee semalam. Lagi pun jumaat lepas mama emergency leave gara-gara rumah mak naik air. hujan lebat since 3pagi, tahu-tahu bangun kul 6 air dah paras betis dan semua barang dah terapung. uuwwwaaaaaa!!!!!
EL sebab nak bersihkan rumah.huhu. Alhamdulillah, takat hari ni rumah dah clear cuma bilik belakang dan stor je yg belum beres. huhu. ada sesapa nak tolong???? heeee ;P
tahun ni je, dah 2 kali air naik. serius penat nak bersihkan rumah tau. sampai semput mama dibuatnya. uuwwwaaaaa sekali lagi!!
Last friday gak la, mak mama discharge dari hospital besar klang setelah 4h 3mlm check in kat spital. suppose khamis mak dah discaj tapi pagi khamis tu kadar gula dalam darah mak turun ke 1.9 so terpaksa Dr tahan mak lagi kt spital. takut-takut mak kena strok. mintak jauh lah. amin. Dr cakap, kadar minimum gula dalam badan patutnya 3, if kurang dari tu berkemungkinan boleh kena strok tapi mujur mak kuat dan kak ngah ada teman mak pagi tu. cepat-cepat kak ngah panggil Dr. Alhamdulillah.... now mak dah beransur pulih berehat kat umah kak ngah... doakan mak mama eh kawan2!!!
okeh, berbalik pada tajuk entry. mama ni suka melalut kan. hikhik
actually mama nak story pasal encik wirawan terulung yang banyak berjasa pada kami sekeluarga. 'dia' lah yang bawak mama dan papa berdating masa zaman bertunang dulu. dialah jugak yg bawak mama gi ulang-alik checkup kt klinik kesihatan dan bawak mama gi spital masa nak bersalinkan zahra. fuh! banyak betul jasa baik dia. tapi sebelum kasih kami bertaut pada cik Persona non grata, encik wirawan terulung selalu mogok. walaupun banyak kali gi bawak jumpa Doktor tak bertauliah yang dok asek suruh kami tukar bateri en. wirawan, tapi at the end wirawan selalu lah tak boleh start time mama balik keje. paling dasyat masa mama Q nak bayar tol 50sen kt highway shapadu tu enjin dia mati tanpa ada amaran, ciskek betul tak pepasal abang drebar lori tolong tolak ketepi. hukhuk. sebab kejadian tu lah mama tekad pujuk papa beralih arah ke cik persona. walopon Doktor tak bertauliah yg pernah suggest mama tukar bateri en. wirawan tu jugak pernah perli mama. cakap mama ni nak berlagak pakai kereta baru. padahal tukar bateri je ok. tapi tiap kali wirawan tu mogok, dia dtg tlg ke??? tak la kan... dalam dok kutuk-kutuk mama tu, muka dia gak lah yg pinjam cik persona bile naj balik kampung. ciskek kan??
OK kisahnya camni, masa kami amik cik persona kami serahkan en. wirawan pada dealer proton edar. kira macam trade in la kan. setelah almost 4tahun kami bersama cik persona, tak pasal-pasal a few months ago, pihak bank call inform papa yg owner baru en.wirawan dah a few months tak bayar installment. ciskek sekali lagi! haramjadah! ntah bile pulak en. wiraan terulung tu bertukar tangan kami pun tak tahu. yang kami tahu, dia ada dalam simpanan proton edar. masa mula- mula kami amik cik persona tu, kami dah maklumkan dealer proton tu En. ANUAR, please inform kami dan bank if dapat jual en. wirawan tuk proses tukar nama. tapi nan ado. tetiba jadi camni. tak sakit hati ke?
papa ada gak try call dia, dia buat tak bersalah. at last kami dapat tahu, dia suka-suka hati mak bapak dia bagi abang dia pakai secara percuma kereta tu. ewah! ko ingat kami sedekah je kereta tu kat ko ke? memang dasar. ......! serius mama bengang ngan ANUAR tu. kalo ikutkan hati yang marah ni, nak je gi mpjumpa dia kat proton edar bukit raja klang tu, dan maki hamun dia. tapi tuan punya nama yg mukanya dah diconteng arang a.k.a papa sabarkan mama. papa cakap takde guna bercakap dgn manusia berhati binatang macam ANUAR tu. so, korang-korang semua, sila berhati-hati dgn dealaer bernama ANUAR ni eh kalo nak amik kereta proton. alah, korang mana pakai kereta mesia ye dak??? hehehe
so, isnin lepas mama dan papa amik cuti semata-mata nak setelkan hal en. wirawan ni. kami bagi surat kebenaran kepada bank tuk tarik kereta tu. terpaksalah kami tanggung segala tunggakan installment dan upah tarik kereta. kalo memang jodoh kami kuat dgn en. wirawan, kami akan jaga dia semula. insyaAllah...
sedih tak kisah wirawan terulung??? sedihkan, yang jadi mangsa kami.... hukhuk
okeh.... takmo sedih-sedih dah. mama nak bersiap gi keje, banyak keje menanti oh pagi ni. nak siapkan budak bertuah berdua ni. nak siapkan diri sendiri. kat opis nanti, keje melambak menanti. ahhhh! tension.....
assalamulaikum semua... selamat bekerja dgn ikhlas :-)
norlymamadz, sent from my Mr Samsung
No comments:
Post a Comment