Monday 9 January 2012

Zahra 1st day at Tadika Islam Hira

Rabu lepas, 4hb Januari 2012 adalah hari pertama Zahra sekolah kat Tadika Islam Hira Rantau Panjang. Since habis sesi persekolah 2011 lagi, Zahra dah request nak sekolah kat tadika Hira' ni. Bukan apa, sekolah ni sebelah rumah je. Lagipun, tadika ni ada playground. Sekolah PASTI dulu, apa pun takde. Hehe. Budak-budak kan, standard lah. Nak gi sekolah mesti ada something yang diorg nak kan.. Hehe

Mama dah apply cuti dari Rabu sampai Jumaat, kot-kot lah kakak Zahra nangis mogok takmo sekolah cam 1st day sekolah last year. Hehe

Tapi, Alhamdulillah. Zahra ok jek. Sampai sekolah pagi tu, bila mama suh letak kasut kat tempat kasut terus jek dia ikut Mualimah Rohyda masuk kelas. Mualimah tunjuk tempat duduk Zahra, terus dia lambai kat mama, papa dan adik Zharif. Hehe. Good girl sungguh anak dara mama kan...

Hari pertama sekolah tu, ramai gak budak menangis. Ada yg 5thn, ada jugak yang 6thn. Mujur Zahra tak ikut nangis sama. Hehe

Mama pun senang hati je nak tinggalkan kakak kat sekolah.

Sepanjang 3 hari tu, kakak OK. Takde mogok, takde nangis. Semangat je nak gi sekolah. Tapi, sepanjang 3 hari sekolah tu kakak langsung taknak makan time rehat, kakak taknak main dan kakak taknak berkawan. Susah gak hati mama bila Mualimah Rohyda cakap camtu. Ye lah, tahun ni tahun kedua kakak sekolah. Tapi kakak tetap sama, macam tahun lepas gak. Taknak makan dan taknak sembang dgn kawan-kawan. Mama agak kan, mesti kakak malu nak sembang sebab kakak pelat. Takut kawan-kawan tak faham apa kakak cakap. Huhuhu

Mama harap sangat, kakak akan mula belajar berkawan dan belajar rajin-rajin. Tak kisah lah kalo dia taknak makan pun, mama suruh dia breakfast sebelum gi sekolah, tuk alas perut.

Okeh, nanti sambung lagi! Babai :)

No comments:

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!