Saturday 7 January 2012

Petua/Tips: Petua Utk Suami Menambat Hati Isteri

Bersempena tahun baru 2012 ni, mama nak buat entry pasal petua dan tips kebahagiaan rumah tangga tuk kita kongsi bersama. Ada tips/petua yg mama cedok dari majalah/buku/rancangan TV macam WHI, tanyalah ustazah dll dan ada jugak sumber dari internet. Tak kisah lah dari mana pun kita dapat ilmu tu kan, yang penting ilmu perlu dikongsi... Betul tak?

Tujuan mama buat entry sebegini, bukanlah bermaksud mama ni bahagia sesangat atau Rumahtangga kami langsung tak di duga. Memang tipu lah,kan. Biasalah, alam rumahtangga ni ada pasang-surutnya. Ada masa bahagia, ada masa pulak bercekau. Hehe. Adat kan???

Tak salah kan jika sekadar berkongsi??? Jika sudi... Baca. Jika tak sudi, terpulanglah...

Bagaimana mengekalkan kebahagiaan? Bukan suatu yang mudah kan? Mama mengaku, ada masa kita rasa bahagia, ada masa kita rasa tidak. Lagi-lagi, masa kita dan pasangan di uji. Setuju tak?

Untuk mengecapi bahagia, suami dan isteri perlu bekerjasama. Tak boleh satu pihak je yang berusaha. Suami dan isteri perlu cari kebahagiaan dalam berumahtangga... Masalahnya, bagaimana???

Oleh itu, mama nak berkongsi sesuatu dgn mama-papa semua...
Apakah petuanya bagi suami untuk menambat hati isteri?
Selalunya, kita baca atau dengar petua isteri tambat hati suami kan???
Hidup ini adil. Rumahtangga ni perlu ada "give and take". Takkan isteri je nak tambat hati suami, takut suami cari lain. Tapi, suami pun perlu tambat hati isteri juga. Supaya isteri tak terasa diabaikan atau rasa tak disayangi. Betul tak kawan2? Hehe...

Tujuan mama buat entry-entry macam ni, tuk peringatan mama dan jugak papa. Tapi, apa salahnya berkongsi dgn kawan-kawan jugak kan??? Walaupun mama dan papa dah bersama selama 5 tahun, tapi ada banyak lagi perlu dibaiki dan diperbetulkan... Kita bukan nak hidup sebagai suami-isteri 10tahun je, tapi kalau boleh biarlah hingga akhir hayat... Amin.

P/s: entry ni dari sudut pandangan mama tau. Maaf, kalau korang tak setuju. Huhu

Okeh. Jom! Cekedaut!
 
1.     Sentiasa berdoa agar disayangi. (ingat! Kalau isteri tak sayang, silap-silap melayang.. Hihi. Lagi elok, doa sama-sama lepas solat berjemaah kan)

2.     Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain. (Jgn lah terus kejar bola atau game. Kejar isteri dulu... Jgn tunggu malam baru nak tegur dan sentuh isteri tau!)

3.     Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari. (Jgn ingat semua benda yg berlaku dlm hidup isteri, benda remeh je. Kena prihatin sikit. Baru isteri sayang ketat-ketat)

4.     Jadilah seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.(Tapi, ada sesetengah suami malas nak campur 'urusan perempuan'. Lebih suka isteri urus sendiri)

5.     Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri. (Kalo takde masa langsung, guna waktu sebelum tidur. Orang kata 'masa emas', jgnlah bercakap dgn isteri bila nak ehemehem jek. Hehe )

6.     Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah. ( Isteri pulak, jgn lah ambil kesempatan asyik nak marah jek. Kalau bkn waktu memujuk, waktu tarikh2 penting pun cukup kot. Isteri ni bkn nak yg mahal, yg penting ingatan suami. Setuju tak gegel-gegel semua???)

7.     Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala. ( Kalau bkn tarikh penting, at least time isteri betul-betul penat. Si isteri pulak, tlg jgn ambil kesempatan manjang letih. Heheh)

8.     Beri pujian mengenai penampilan isteri I.e. rambut, wajah, pakaian dan sebagainya. (Jgn asyik nak mengutuk je, wahai suami-suami sekalian. Isteri jd bambam pun sbb nak bagi zuriat tuk kamu. hikhik. Lagi parah kalau suami asyik puji wanita lain, tak kisahlah artis ke isteri jiran sebelah rumah ke. Kan lagi baik, puji isteri sendiri. Heheh)

9.     Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati. ( Tak perlu kot bagi cokelat atau bunga. Sms pun memadai. Jgnlah buat tak reti je wahai suami!)

10.   Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu. ( Dah lah bagi 10anak, pastu tak reti-reti nak bantu. Mmg sangat kejam lah kan. Biar isteri tunggang-langgang sendiri. At least tolong angkat dan cuci pinggan sendiri. Bukan susah sgt kot. Ini contoh tau!ehehe)

11.   Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak. ( Tunggu 5mnt pun dah marah, isteri bersiap lambat sikit pun dah bengang, padahal isteri lambat sebab siapkan anak2 dulu. Ini contoh je ye!!! Haha)

12.   Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah. ( Takde lah isteri melangut tunggu, risau dan panik tak tentu pasal. Sms je, kan senang. Takde lah isteri salah anggap kan. Hihi)

13.   Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen. ( Adoi, parah suami jenis ni. Tolong mmg tolong, tapi bebel non-stop. Tension kot isteri dengar. Nanti isteri mintak tlg opismet lelaki, tahu lak marah. Haha)

14.   Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang. (Penting ni, nanti isteri risau. Macam-macam benda buruk nanti isteri fikir)

15.   Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri. (Jgn pendam sendiri jugak. Atau jgn cerita dgn org lain yg kononnya lagi faham. Kalau isteri dengar dari mulut org lain, parah!)

16.   Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya. ( Jgn lah buat tak reti wahai suami. Allah bagi pekak telinga tu baru padan muka! Hehe)

17.   Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.(Jangan keluar menonong jek)

18.   Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur. (Nanti bila isteri atau anak memekak, naik angin. Better bagitau isteri, at least isteri bleh tengokkan anak-anak)

19.   Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari. ( Bukan time ehem-ehem je tau! Bangun tidur, nak gi keje, balik keje dan malam. Senang. Dapat pahala pulak tu!)

20.   Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, atau sekadar ingin memberitahu "AKU CINTA PADAMU ". ( Confirm isteri cair dan tersenyum tersengih sepanjang hari kat office. Ekeke)

21.   Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari. ( Baru ceria muka isteri. Bukan ucap sayang-cinta time "ehem-ehem" je. Haha)

22.   Tolong kemaskan katil atau bilik tidur. ( Tidur sama-sama, kemas sama-sama lah kan. Especially, bila isteri sibuk siapkan anak2. Apa salahnya suami tolong kan)

23.   Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak. (Tuk imbas kembali saat-saat bercintan-cintun. Sweet kan? )

24.   Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.( Yang berkemampuan je, jangan sampai pinjam ah long tuk tunaikan hasrat isteri. Itu nanti menyusahkan isteri jugak)

25.   Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan. (Isteri tak keruan tau bile suami tiada disisi, so sms/email sekadar nak bagitau anda rindu. Confirm, isteri gembira)

26.   Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.

27.   Sentiasa lakukan ibadah bersama. (At least time weekend, atau solat maghrib dan isyak setiap mlm. Lagi bagus kalau ajak isteri bangun malam tuk solat tahajjud kot)

28.   Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.( Takde lah isteri tertunggu-tunggu, atau berprasangka buruk )

29.   Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.( Bukannya wangi bila keluar dan ke office sahaja, kat rumah bau hapak-kelepak. Harapkan isteri jek nak pakai wangi-wangi dan pakai seksi, tapi suami hampeh. hehe)

30.   Urut belakang isteri sekali sekala. (Confirm isteri lagi sayang ketat-ketat lah. Hikhik. At least, jimat duit suami tak perlu bawak isteri gi spa)

31.   Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual. ( Ini tak, time nak ehemehem jek, peluk-peluk. Kalau tak, tidur ngadap dinding)

32.   Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.

33.   Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.( Time bercinta, kalau boleh dan senggol-senggolan, cubit-cubitan. Tapi dah kawen, jalan jauh-jauh. Huhu. Kesian... )

34.   Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.

35.   Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.

36.   Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.

37.   Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai. Jangan lebihkan kawan-kawan. Penting ni.

38.   Lebihkan isteri daripada anak-anak.

39.   Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.

40.   Seeloknya masuk tidur serentak. Jangan dok tunggu game bola habis, sampai isteri dah tertidur.

41.   Belai isteri sebelum pergi kerja. At least salam dan cium dahi isteri.

42.   Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan. Walaupun hanya bagi segelas air atau masakkan mee segera. Hehe

43.   Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala. Sweet kot!

44.   Lakukan riadah bersama isteri. Gi jogging bersama-sama lagi molek kot. Eh?

45.   Pergi berkelah sekali sekala. Lagi seronok kalau boleh pergi makan angin kan?

46.   Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala. Kalau hari-hari pun, tiada salahnya. Hehe

Okeh, kalau ada lain. Mama tambah eh?

Selamat beramal :)

Sent from cik Bedah Bendul®

No comments:

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!