Monday 2 January 2012

02.01.2012 1st entry 2012

Salam tahun baru semua :)
Moga 2012 memberi keberkatan dan kebahagiaan buat kita semua. Amin.
Malas lah nak cerita pasal azam 2012. Asal tahun baru je, azam. Asal pasang azam je, tahun baru. Cam bosan lak. Rasanya, kalau nak pasang azam, anytime boleh kot. Terpulang lah pada masing- masing kan. Hikhik

Oleh kerana hari ni company mama dan papa masih bercuti, makanya kami plan nak keluar nonton movie dan shopping barang sikit. Persediaan sekolah zahra dah hampir 100% siap. Tinggal nak belikan zahra singlet, spender dan anak tudung baru jek. Beg dan stationeries tak perlu beli sebab zahra dapat hadiah birthday hari tu. Jimat duit papa. Hehe

Selain nak beli barang kakak Zahra, mama plan nak beli baju dan seluar baru tuk adik Zharif. Baju dia semua dan nampak perut, seluar lak dah ketat. Skang ni dok pakaikan Zharif baju lama kakak Zahra. Sian adik, dan macam gegirl lak. Hikhik

Hari ni nak tonton "Sherlock Holmes", harapnya best lah. Sabtu lepas, kami gi tonton "Jack and Jill", frust sikit sebab film tu tak berapa best macam filem2 Adam Sandler yg sebelum ni.

Ok... Selamat tahun baru dan selamat bercuti semua :)



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!