Friday 30 December 2011

Kisah Manis 2011

Sedar tak sedar, minggu ni ialah minggu terakhir tuk tahun 2011.
Macam baru jek semalam sambut tahun baru 2011, can't believe how time flies so fast. Tiba-tiba dah nak masuk tahun baru 2012. Yang pasti, ada kisah suka-duka sepanjang tahun ni... Semua tu akan jadi kenangan termanis dalam hidup mama... I've been through so many ups and downs, terlalu banyak. Biarlah kisah suka jadi sempadan, dan segala kisah duka jadi teladan :)

Jom, imbas kembali antara saat-saat manis dalam tahun 2011. Saat pahit tu telan terus jangan ingat-ingat dah. Hehe

1. Zahra memulakan zaman persekolahannya di Pasti Al-Mawaddah. Rasa cam baru melahirkan Zahra, tapi dia dah mula sekolah. Haha. Masa begitu mencemburui kita... Baby kecil kami dah besar panjang dan banyak cakap. Syukur kami dapat besarkan Zahra walaupun itulah pengalaman pertama punya anak. Hakhak

Saat itu, bukan sahaja manis tapi saat paling mencabar sebab mama dan papa hampir putus asa nak pujuk zahra yang tetiba mogok taknak sekolah padahal dia yang beriya-iya nak gi school. Mujur ibu zahra berjaya pujuk dia. Haha. Alhamdulillah Zahra berjaya habiskan sesi persekolahan 2011 walopon join kelas 5thn. Hehe

Selain tu, saat manis bagi famili kecil kami ialah....

2. Hadirnya HERO kecil yang sangat kacak lagi manis dalam hidup kami. Muhammad Dayyan Zharif. Sangat mudah melahirkan dia. Mama tersenyum bahagia selepas melahirkan dia. Tapi, belum sempat tersenyum puas, Allah duga kami. Terpaksa berulang-alik berjumpa Doktor Pakar sbb masalah pusat Zharif. Alhamdulillah, kami cekal hadapi dugaan.
Now, Zharif membesar dengan baik :)

Sebenarnya, ada banyak lagi kisah manis yang berlaku sepanjang 2011, tak dapat mama nak imbau kembali semua satu-per satu. Tak cukup masa lah sayang oi. Kena ambil masa setahun kot baru habis. Lainkali lah nampaknya, itu pun kalau rajinlah. Haha

Apa yang dapat mama rumuskan, (ayat matematik moden ni. Hikhik) "Life is about change. Sometimes it's painful. Sometimes it's beautiful. Most of the time, it's both. But that's okay, because it's worth it". Betul tak kawan-kawan?


Selamat tinggal 2011, Selamat Datang 2012. Ahlan wa sahlan :)
Semoga tahun baru, lembaran baru dan akan ada kejutan-kejutan yg manis di tahun 2012....

Moga mama, papa dan famili kecil kami terus kuat hadapi dugaan dan cabaran yg mendatang. Semoga Kami terus diberi kesihatan yg baik, rezeki yg melimpah-ruah dan kesempatan tuk lebih dekat dgn Maha Pencipta. InsyaAllah :)

Selamat tahun baru semua!!!
Moga 2012 lebih manis dari 2011 :)

No comments:

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!