Monday 9 January 2012

Tunang atau nikah terus?

Apa pendapat korang??
Kenapa mama buat tajuk camni? Padahal dah kahwin 5thn. Apa kejadahnya kan... Hehe

Bukan apa, lately ni anak sedara mama Ieqa terus nikah tanpa bertunang tapi kakak dia, Aien pulak bertunang dulu sebelum kahwin. Macam mama sendiri pulak, bertunang selama 6bulan sebelum ambil keputusan tuk nikah.

Pada mama, tempoh bertunang tu adalah tempoh perkenalan dengan family papa. Sebab sebelum kami ambil keputusan bertunang, mama tak sempat nak berkenalan dgn family papa. Mama tak pernah menginap, apatah lagi nak bersembang dgn family papa. So, tempoh pertunangan tu lah mama kenal dgn family papa, datuk nenek dan makcik-pakcik papa.

tapi, terpulang lah kan. Masing-masing punya pandangan. Kalau dalam tempoh berkawan pun dah rapat dgn family pasangan, rumah pasangan dah macam rumah sendiri untuk apa bertunang lagi kan? Baik nikah terus. Hehe

Apa pulak pandangan korang? Perlu ke bertunang sedangkan pernikahan itu boleh dilangsungkan?

Tapi kan... Seandainya kamu dah yakin si dia memang sudah menjadi jodoh kamu, mengapa perlu bertunang sedangkan bertunang bukan tiket tempahan bahawa si dia sudah menjadi hak milik kamu kerana apa sahaja dugaan boleh terjadi di dalam waktunya.

Berapa lama kamu mengambil masa untuk berkenalan, memahami dan menyesuaikan di antara satu sama lain di dalam sebuah ikatan pertunangan tidak menjaminkan bahawa perkahwinan itu akan semakin kukuh dan teguh. Ada jugak yang bercinta 5thn, bertunang 10hari putus. Ada jugak yang bercinta 2bln, bertunang 10thn, tapi nikah seminggu cerai. Apa yang penting? Jodoh lah kan...

Sebenarnya, hidup dengan pasangan sebagai tunangan amat berbeza dengan hidup sebagai suami-isteri, kerana di alam perkahwinan kamu hidup di bawah satu bumbung rumah, bukan hanya sekadar di bawah bumbung kereta... Dalam tempoh bertunang, masih boleh sorok sikap buruk. Tapi bila dah sebumbung, sebilik takkan boleh sorok dah. Ekeke. Betul tak???

Tapi kan, samada bertunang dulu atau terus nikah terpulang pada individu itu. Kalau dah jodoh tak kemana kan?? Tapi kalau memang takde jodoh, bertunanglah 10tahun pun tetap bercerai walau baru kawen 2 hari...

Pada yang masih dalam tempoh pertunangan, jaga batas. InsyaAllah ada jodoh tetap akan bersatu :)

Yang dah kawen pulak, berusahalah mempertahankan ikatan suci ijab kabul itu. Carilah keberkatan-Nya, supaya ikatan itu sentiasa diberkati dan terpelihara dari hasutan dan bisikan syaitonnirrojim...insyaAllah.amin.


Sent from cik Bedah Bendul®

2 comments:

Lily@MamaZaraZareef said...

terpulang pd individu kot..=)..tp setuju ngan norly, kalau mmg dah rapat sgt, family sume dh kenal..duit dh ada..baik nikah terus kan..yg nak tunang tu sekadar wat syarat rasenye,,

time kite dulu tunang time belajar lagi..mak mentua yg insist tunang cepat konon kire bookingla..hehehe..lagipon bile dh tunang time tuh rasa tanggungjawab lebey sket nk kumpul duit utk kawen plak..setahun setengah gak kitorng tunang dulu..=)

eyrajabar said...

masa eyra dulu kan,kenal 4 bulan,terus kawen,tak de tunang2. .family belah hubby pun jumpa sekali je,itu pun masa dtg berbincang,takde risik2. .1st time dtg,terus bincang tarikh nikah. .hehe. .alhamdulillah. .dah 6 tahun usia perkawenan. .semua ni terpulang pd individu. .ada ongkos lbh,blh la bertunang. .

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!