Tuesday 10 January 2012

Teka-teki : nak turun susah, tapi naik senang? Apa kebenda nya tu?

Siapa tahu jawapannya, angkat tangan tinggi-tinggi!!! Hehehe .... Cer teka- cer teka lah, senang je...

Apa dia korang rasa jawapannya???
A) layang-layang
B) blood pressure
C) api kemarahan
D) semua yang diatas
Hahaha...
Tapi kan, kalau korang jawab betul pun, mama takde hadiah lah nak bagi... Huhu

Okeh, mari kita kaji satu-satu jawapan yg kat ats tu eh.
A) Layang-layang, konfom lah SALAH. Nak turun memang senang, kalau takde angin atau memang tak reti nak main. Sah-sah lah menjunam laju je layang2 tu kan? Nak naikkan memang azab.

B) blood pressure, ada gak betulnya. Nak bagi darah naik senang je, lagi2 mmg ada keturunan yg sakit darah tinggi. Stress sikit je, laju je dia naik mencanak kan? Tapi kurang tepat jawapan ni sebab nak bagi turun pun susah jugak, kalo tak jaga makan. Azab. Tak turun-turunlah blood pressure tu. Huhu

C) api kemarahan. Betul jugak kan? Senang je nak bagi marah, lagi-lagi orang kurang kesabaran macam mama ni kan. Hehe. Silap sikit, marah. Penat sikit, marah. Tapi, tak susah mana pun nak turunkan. Kena pujuk sikit, reda lah api marah tu kan. Hehe

Jawapan D tu dah tentu-tentu lah salah kan. Kalo dah A,B,C salah. Maka D pun salah. So, apa jawapannya yang betul?

BERAT BADAN!

Nak turunkan berat badan, punya lah seksa. Exercise, diet, control makan, amik supplement. Kalau duit banyak sikit, gi gym, spa, dan gi slimming centre. Tapi, percayalah nak bagi naik balik badan tu sekelip mata je boleh. Stop lah buat bendalah exercise, diet segala tu. Laju je berat badan tu naik. Jarum penimbang tu menyenget ke kanan je. Adoi!!!

Okeh. Sebenarnya, teka-teki tu memang sesuai ditujukan ke mama. Belum sempat kongsi kuasa magis mama guna tuk turunkan berat badan kat korang semua seperti yang mama janji tahun lepas. Berat badan mama dah naik semula. *nangis guling-guling*

Masa nak turunkan berat badan tu, punya lah seksa. Tapi, sekejapan je berat tu naik. Sedih tau!

Rasanya, dalam sebulan-dua ni mama memang dah tak disiplin. Padahal dah janji pada diri, nak maintain turunkan berat badan at least 0.5kg sebulan. Tapi nan ado. Makin naik ada lah ni. Uuuwwwaaaa!!!! Skang ni, nangis tak berlagu sekali pun atau nangis air mata darah pun mama tak dapat nak kuruskan badan kalau mama tak disiplinkan diri mama ni. Hukhuk. Jangan harap nak turun lah, makin naik ye lah kalo asek culas control makan ni...

Sedih sangat. Baru happy dapat turunkan dalam 6kg, sudahnya sedih pilu bila tengok jarum menyenget ke kanan 1kg. Huuuwwwaaa! Ni semua gara-gara baru beli penimbang kat IKEA, semangat nak timbang berat sebab dah lebih kurang 2bulan tak timbang kan. Bajet jarum tu akan terus menyenget ke kiri seperti yang diharapkan, sebab kemain ramai lagi tegur mama dah susut sikit. Tapi HAMPA. Nangis sedu-sedu tengok jarum senget seblah kanan sebanyak 1kg. Serius rasa macam nak baling je penimbang tu ke dinding. Hukhuk

Sempena tahun baru 2012 ni, mama kena kuatkan azam. Control makan, buat exercise sikit dan amik supplement tuk kurangkan berat dan capai impian mama tuk kembali langsing macam sebelum kawen dulu. Wahhh! Impian tak agak-agak kan? Hikhik

Okeh. Nak masuk tidur dan mimpi berat badan turun at least 5kg. Lalala.

Nite semua :)

Sent from cik Bedah Bendul®

No comments:

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!