Tuesday, 19 July 2011

Cuti-cuti Cameron Highlands n Fraser Hill - Day 2

adoi, berjanggut nk sambung cerita Cameron. punyalah malas nak ngadap PC.
hari ni, Alhamdulillah...semput pun dah kurang, masa pun ada sementara si kecik tu tdo. si Zharif ni tidur-tidur ayam, sekejap jek dah bangun. pantang ada bunyi pintu ke apa, cepat jek terjaga.haih.
jom, sambung cerita cuti2 cameron!!!
pagi Sabtu tu, memaseng bangun awal. mama lepas subuh, gi dapur tuk keluarkan frozen food tuk bekfes. pastu sambung tidur.
kul 7 lebih bangun tuk buat bekfes. ala, simple bekfes jek.goreng frozen food. buat secara gotong-royong dgn Kak Siti & Kak Ayu. pastu, budak bujang dua orang tu, Anis & Asyrani masak nasi goreng. rencah nasi goreng Kak Siti dah masak siap.
lepas bekfes, lebih kurang kul 9pagi gerak ke Ee Feng Gu Bee Farm.
ekceli, sebelum sampai ke EE Feng Gu Bee Farm dari Kg Raja tu, ada banyak tempat bleh dilawati. tapi cam kurang menarik kan. ada rose valley & a few vege farm.
ok, jom masuk taman lebah!!!


mama & Zahra di Ee Feng Gu Bee Farm

papa & Zharif
K.A.M.I at Ee Feng Gu Bee Farm

Kak Ayu, Mama, Zahra,Asyrani, Zaki & batrisya wih Queen Bee

mama & Zahra

papa test makan madu dgn sarangnya.hehe
kalo korang bawak anak kecik macam Zharif ni not recommended lah Taman Lebah ni sebabnya merata-rata lebah terbang. takut jek kena sengat kan..
tapi kalo korang punya anak dah reti nak belajar Sains, elok singgah lah.boleh derang tengok lebah secara live.. yang penting PERCUMA. kalo indoor farm tu bayar, tapi masa kami gi sana, closed.so, jimat duit.hahaha

2nd Destination adalah Mountain Strawberry Farm. depan sikit jek dari Ee Feng Gu Bee Farm tu.

masing-masing tengah menahan kecut perut setelah melalui jalan yang sangat mencabar.
mama yang jadi co-pilot pun kecut gak sbb jalan dia yang sgt mencabar :)
jom petik fresh strawberry!!!

rm35/per kg..
kitaorg petik x sampai sekilo pun...rm23 kalo xsilap :)
tapi kan, stoberi kt Mountain Strawberry farm ni bentuk dia pelik sikit. tak sama cam beli kt pasar tu.dia ada putih2 kt belah atas tu...nape ntah.hehhe

aksi papa & anak bujang memetik stroberi.hehe :)
si kakak tengah muncung-muncung sbb mama tak bagi petik stoberi. ntah apa yg diguntingnya.hikhik

but, seriously not recommended lah farm ni.
kenapa?

^

^

^

sebab jalan nak ke farm tu sangat mengerikan, curam sangat-sangat. dan tak worth langsung.
ada banyak lagi farm lain, baek toksah mengadalah nak gi jugak Mountain Strawberry farm ni.
jangan terpedaya dengan tipudaya iklan n papan tanda dia yang menarik tertarik tu.
sign board dia tulis 8km dari jalan utama tu, rupanya sikit punya jauh.tinggi dan curam.sgt bahaya. jalan sempit, satu kereta jek bleh lalu. kalo dalam masa yang sama ada kereta nak turun, korang akan rasa cam nak kuar dari kereta dan angkat kereta korang bagi orang tu lalu dulu. seriyes tak tipu!!!
mencabar sungguh. kalo korang setakat baru dapat lesen sebulan dua dan korang tak pernah bawak gi tempat cenggitu, baik korang batalkan niat jek...hehehe

kalo korang tetaplah nak gi, bleh KLIK SINI ye!!!!cuci mata...

balik dari Mountain strawberry farm tu, kami singgah ke Butterfly Farm. tapi tak jadi nak masuk pun, lepas beli souvenir kt kedai situ dan melantak fresh strawberry milk shake terus ke destinasi seterusnya...
sebab memaseng tak larat nak berjalan  sebab mabuk turun bukit curam kt Mountain Strawberry farm tu.hahaha

terus gerak gi lunch, pusing punya pusing tak dapat pun parking space kat Brinchang. sudahnya gi foodcourt Tanah Rata.
makanan serius kurang sedap tapi mahal gila-gila. kami 7dewasa n 3kanak2 kena RM60++. padahal makan tak seberapa.

masa ni mama gi toilet, papa n anak2 tunggu :P
lepas solat kat Masjid Brinchang, kami ke Galeria Time Tunnel...

Fee: RM5/adult dan kanak2 6thn ke atas RM3 (kalo tak silap.takde bayar tuk budak tu yg tak bape sure.hehe)

mari naik beca dan biarkan anak-anak tersepit.ekeke :P


budak tembam yg suka naik kuda kayu.hehee

bapak budak yang excited pose kayuh beskal :P

mama & zharif

papa dan zharif

zahra???/ntah mana dia berlari-lari dgn Batrisya & Zaki. dia buat galeri ni cam tam,an permainan plak.hikhik

mama, papa & zharif lagi

Geng Bas Sekolah.. Batrisya, Zaki & Zahra :)

Destinasi seterusnya Big Red Strawberry Farm.lokasinya seblah jek ngan Cactus Valley.
tapi kami tak gi pun cactus valley sbb takde hati nk beli cactus. kami teruja nak makan strawberry jek.hehehe

baru sampai :)

sesi penyerahan watikah anak :P

masa kami sampai kat Big Red hujan lebat turun.so, tak sempat nak jalan-jalan pun kat Farm.
kami gi shop mdia tuk shopping jem, jajan dan segala macam perisa stoberi.
sementara tunggu hujan berhenti, kami lepak kat cafe dia.
serius meriah u ollss cafe dia.macam-macam yg berasaskan stoberi ada tau...milkshake, smoothies, pancake dll
mama order, sundae strawberry & waffle with vanilla icecream & fresh stoberi.yummehhh!!
gambar memang tak amik. malas.
dapat jek order, terus ngap.hehe

Big Red ni dekat jek dari pasar Brinchang @ Brinchang Town tu.8minit jek rasanya. tapi, jalan nak keluar dr Big Red tu bleh tahan gak curam dia.tapi tak lah sedasyat Mountain Strawberry Farm.hehehe
balik dari Big Red, singgah Green View Garden beli cokelat dari Avant Chocolate. plan asal nak gi Avant Chocolate Factory sbb owner apartment yg kami sewa tu adalah owner Avant Chocolate Factory, Green View Garden & Sweet Moment Desset Cafe tu, tapi cancel sebab anak-anak dah start buat hal dok merengek nak itu-ini.hehehe
so, mama beli coklat sikit jek kat Green View tu. semua Zahra bedal dalam kereta jek.huhu
sebelah Green View tu, ada Sweet Moment Dessert Cafe.kononnya nak lepak situ layan dessert tapi dah tekak orang melayu kan, lagi rela mengunyah mee dan teh tarik dari makan dessert.hehe

so, jom lepak mamak!!!!

makan siap-siap sebelum rempuh pasar malam Brinchang tuk memborong stoberi fresh!!hehe
kitorg tak pusing pasar malam pun, cuma beli stoberi tuk bawak balik.
terus balik apartment.letih.


malam minggu tu kami lepak-lepak kt apartment.
sembang-sembang, makan-makan,minum-minum n tidur :)

okeh, sambung next entry k :P

love: Norly a.k.a mamaDZ ^__^

3 comments:

•♥• RR •♥• said...

owh rindunya nak gi big red strawberry farm.. biler yek nk ke cameron lg? huhu

shila ariff said...

salam pagi;

shila pun rindu ngn strawberry wafle..kat big red strawberry farm...

norly a.k.a mamaDZ said...

RR: best kan?cafe dia plg best.ahaks :D gi terjah time cuti raya pun ok pe..hehe


shila: fuhhh!mmg terbaik mkn wafle dgn fresh strawberry kan... :)

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!