Monday, 21 March 2011

Susu Ibu

...adalah makanan terbaik tuk bayi.
kerana tu lah, mama kuatkan semangat tuk fully breastfeed Zharif.
sedih sebab mama takde peluang tuk fully breastfeed Zahra dulu.cuma 4bulan BF Zahra secara exclusive dan bila Zahra dah start makan solid food, mama mula bagi Zahra susu formula.
bukan mama tak pump ebm tuk Zahra, tapi sebab ceteknya ilmu breastfeeding makanya mama tak buat stok ebm dari hari pantang lagi.huhuhu
so, kali ni mama nekad. cari sikit ilmu breastfeeding dan nak exclusively BF Zharif.walopon ada main tipu sikit.mama ada sulam air kosong dan air campur kurma/kismis/madu tuk Zharif.
tapi, sedaya upaya mama cuba elak tuk bagi Zharif susu formula.
Alhamdulillah, mama start pump ebm tuk Zharif since hari ke-5 bersalin. dan sampai hari ni mama masih pump.walopon ada main tipu sikit. ada gak mama miss pump susu bila berkampung kat hospital, sibuk buat kerja sampai lupa pump dll.
Alhamdulillah, walaupun tak banyak hasil ebm mama tetap bersyukur sebab masih ada rezeki tuk Zharif. pelbagai petua/cara/tips mama buat tuk tambah hasil pump tapi hasil masih sama.tak memberangsangkan pun.tapi... mama tak putus asa.takkan berhenti pump walaupun cuma dapat 1oz bila pump. syukur masih ada rezeki Zharif.harap, rezeki susu tuk Zharif akan berterusan.
Hari ni, hari pertama mama mula kerja. ini bermakna, hari pertama Zharif fully minum susu ebm. mama tinggalkan 14oz chilled ebm tuk Zharif dan Zharif habiskan 12oz.dahsyat kan? tapi, mama tak kesah pun. biar Zharif cepat besar dan sehat. selagi stok ebm masih ada dan selagi mama masih mampu mengepam, mama akan breastfeed Zharif.

OK, jom intai stok chilled ebm Zharif..

stok terbaru...
mama sanggup beli peti ais baru semata-mata nak buat stok ebm tuk Zharif. sebab peti ais mak mama dah penuh ngan lauk-pauk, stok ebm berebut-rebut nak dok sama dalam tu.
so, bila ada peti ais baru ni selesa lah sikit chilled ebm tu nak lepak dalam tu.hehe

ni tuk hasil pump yg seciput. 2/3oz tuk sehari.
ya, sedih kan??? ada waktunya mama cuma mampu pump 2/3oz jek sehari.

dan...


ni lah stok awal tuk Zharif. stok dari 27-Jan-2011.stok 22-26/1/2011 mama dah guna tuk train Zharif minum susu ebm guna botol.

budak cenonet sorang tu mengada sikit, takmo minum susu ebm yg dah sejuk. so, mama belikan bottle warmer tuk dia bagi memudahkan ibu panaskan susu.

Walopon tak banyak stok chilled ebm yg tinggal tuk Zharif, stok yang ada ni mungkin bertahan tak sampai sebulan pun.mama berharap sangat, mama akan terus dapat buat stok tuk Zharif.moga Allah makbulkan doa mama tuk fully BF Zharif cayang mucuk.
mama banyak dapat tips/petua tuk memperbanyakkan susu badan, tapi ada yang mama boleh follow dan ada gak yang tak boleh. cthnya, Autumnz Milkmaid Tea. mama seriously tak boleh telan. mama baru minum 1 sachet.rasanya yg semacam dan baunya yang dahsyat, buat mama nak muntah. dari mama muntahkan isi perut, baik mama stop kan. mama nak cuba yang lain pulak.
nanti mama share kat entry lain eyh....mama janji!!!

Alhamdulillah, hari ni berjalan lancar. Zharif OK dok ngan ibu. Kakak Zahra pun OK tinggal ngan mak Andak. Lega hati mama.

ok, nak rehatkan badan.nanti mama share apa petua mama guna tuk banyakkan susu versi mama eyh...

love: mamazahra ^__^

2 comments:

Sha@Mama Tina said...

caiyok noli..salute kat ibu2 bekerja yang berusaha keras nak bagi anak minum susu ibu even guna ebm..semoga Allah mudahkan segalanya kat noli..semoga susu badan melimpah ruah utk zharif ye.. amin...

norly a.k.a sweetmama said...

sha3: TQ sha.moga Allah murahkan rezeki Zharif & mudahkan jalan tuk norly teruskan BF dia.amin.

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!