Saturday 19 March 2011

Aktiviti Cuti Sekolah

cuti sekolah dah nak habis pun.
baru lah, mama hegeh-hegeh nak story aktiviti cuti sekolah kami.
kami anak-beranak takde keluar gi mana pun.
Zharif kan kecik lagi, susah nak kemana-mana pun.
so, sepanjang cuti sekolah seminggu ni aktiviti kami adalah...

^


^


^


^


^


^


^


^


masak + makan!!!
 cuti sekolah ni, ramai anak-anak sedara datang rumah.
so, mama merajinkan diri tuk masak.
kebetulan mood tuk memasak sudah mari.hehe

apa yang mama masak tuk budak-budak cuti sekolah ni?

^


^


^


selain masak nasi+lauk, mama jugak buat...

jelly atau orang jawa panggil lengkong.hehe
mama beli yg instant kat kedai jek, masak ngan air, dah siap.
mama buat pelbagai bentuk tuk kasi budak-budak ni selera nak makan.
mama bagi peluang Zahra,Iqbal & Irfan tuk tolong mama tuang jelly dalam acuan.
selain boleh makan, boleh gak dijadikan aktiviti cuti sekolah derang kan.hehe
mama buat perisa mangga.
habis licin sehari jek.hehe

selain, jelly mama buat gak homemade coklat. coklat compound jek, malas nak buat coklat conveture.
senang dan cepat dimakan!!!hehe

comot-comot sikit.
maklumlah, budak-budak yang tolong kan.
tak kesahlah, perut derang gak yang nak makan.hikhik

dan, last semalam mama buat "5 minutes choc cake".
resepi amik kat youtube.siap ada video kan, senang nak tiru.
memang sedap.
cuma mama adjust sikit resepi dia.muahaha.
mama kan suka pandai-pandai.hikhik

makan pulak dengan vanilla icecream, wallah!!!sedap hingga menjilat sudu.hehe

resepi kek coklat 5minit ni:-
[resepi ni tuk 1 mug tau!!!]
4tbsp self raising flour
2tbsp castor sugar - kalo nak manis bubuh lebih.(sukatan sebenar 4tbsp)
1tbsp serbuk koko -mama guna brand tudor gold
2tbsp telur yg dah dipukul
3tbsp minyak masak
3tbsp susu segar Dutch Lady
esen vanilla -sikit jek
pastu mix dengan garfu jek
masukkan mug tadi dalam microwave, set High, dan bakar 3minit.
pastu, bubuh vanilla eskem dan ngap!!hehe

[mama buat 4 mug.so, guna dalam 2biji telur grade B. bahan lain, ikut sukatan kat atas tu.]

mama kasi budak bertiga tu kacau sorang satu.suka kemainlah derang tu. dapat makan hasil tangan sendiri.hehe

itu jek aktiviti cuti sekolah Zahra & abang-abangnya...
apa aktiviti cuti sekolah anak-anak korang plak??

p/s: cuti sekolah kali ni, mama masih cuti bersalin.cuti sekolah akan datang, tak dapatlah nak buat aktiviti cenggini.huhu



love: mamazahra ^__^

2 comments:

Lily@MamaZaraZareef said...

sonoklah budak2 tu ada org layan masak2..heheh..klu zara ni kira malang sketlah sbb mama dia mmg failed sket bab2 masuk dapur nih..=p

Norly a.k.a MamaLeana said...

Lily:ala, norly masak yg senang2 jek.boleh gak libatkan budak2 sekali.selain dijadikn aktiviti cuti, boleh gak dimakan.hehehe

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!