Sunday, 20 February 2011

Superwoman

Salam Ahad semua :)
apa plan korang hari ni?JJCM ka? atau shopping?
papa ada kelas hari ni. so, sehari suntuklah papa takde.kelas papa dari kul 8pagi sampailah 6petang.
makanya, mama perlu menjadi SUPERWOMAN hari ni tuk menguruskan 2 orang anak, putera-puteri kami tu.hukhuk

ini kali kedua mama menguruskan anak-anak sendiri masa pantang ni.
memang mencabar menguruskan anak-anak sendiri tau. lagi-lagi dalam keadaan berpantang.
nak atau taknak, mama PERLU kuat gak. kalo tak, tunggang terbalik lah.huhuhu

tapi hari ni mungkin tak seDASYAT masa pertama kali mama menjadi superwoman. memang menitis air mata lah time tu.
1st time mama menjadi superwoman, 23-01-2011.masa tu baru 6 hari berpantang.masih sakit lagi woh.
nak-nak pulak, mama kena gi check darah Zharif kat HTAR plak tuh.semua gara-gara jaundis. masa tu, nak drive sendiri gi spital pun tak boleh lagi. terpaksa mintak belas kasihan kakak dan abang ipar mama tuk hantar gi HTAR. kul 7.30pagi dah bertolak gi spital.dengan harapan, "cepat pergi-cepatlah balik".
tapi, pepaham jek la spital kerajaan kan, kalo tak menyiksa pesakit, memang TAK SAH.
kul 8 daftar kat wad kecemasan nak check Zharif, kul 9 baru nombor dipanggil tuk amik darah.memang naik darah lah kan. padahal masa mama daftar tu nombor giliran 0023 dan nombor giliran mama 0024.tak pelik ke???, tu bukan kira menyiksa batin ibu dalam pantang ke???
 pastu, result darah keluar kul berapa????cuba teka???

^

^


^

^

kul 12 tengahari baru result keluar. haramjadah kan??
apa sekarang ni zaman batu lagi ke?derang kena check darah secara manual... bukan ke sekarang semuanya guna mesin canggih..ntah lah.
dah namanya hospital kerajaan kan, FREE pulak tu. layankan jek lah..huhuhu :(

tu lah bahana, bila buat check up bulanan kat Klinik kerajaan, memang derang suh refer spital kerajaan lah kalo ada pape masalah.
padahal, mama check up jugak kat Hospital UMRA dan bersalin pun kat sana. tapi, sebab dah gatal nak wad gak buku merah kerajaan tu, mama check up gak kat KK.ni semua gara-gara MITOS "kalo bersalin spital swasta dan ada komplikasi, swasta akan tolak ke spital kerajaan sbb takmo amik risiko dan kalo takde kad merah, spital kerajaan TAK LAYAN" tu lah, semua tu mama tanggung.huhu

so, hari ni mama lebih bersedia. harapnya semua berjalan lancar.
sebelum pergi kelas tadi pun, papa dah tolong mama sapu lantai walopon tak satu rumah cuma hall jek dan tolong sidai baju. syukurlah.at least mama tak terkejar-kejar buat semua tu.

mujurlah hari ni pun mak ada, dapatlah mak tolong-tolong mama.TQ mak!!!

okeh la, nak mandi.air rempah pun dah didih. pasneh, nak mandikan budak berdua tu pulak.
selamat berhujung minggu kawan-kawan!!


love: mamazahra ^__^

4 comments:

aLeYa said...

terharu sgt bace...pengorbanan srg ibu...InsyaAllah,dah bsr deme ni nanti,mesti rase sgt2 berbaloi2 "saket" skrg..chayok2 kak..

norly a.k.a sweetmama said...

aleya: harapnya camtu lah...TQ dear :)

lily azliyana @ mama zara said...

heheh..pernah dgr gak 'mitos' yg same..tu yg mase daftar kat SALAM tu dh siap2 tanye..diorang amik ker kes ibu2 preknen yg ada darah tinggi nih..mklumlah..tkt gak tetibe ade mslh diorang nk tolak ke kjaan kan..tp nasib baik ok jek n diorang jamin kelengkapan sane cukup..tu yg proceed nk bersalin kat sane..=p

norly a.k.a sweetmama said...

lily: tu lah, ada setengah private hospital, mmg cenggitu.ada komplikasi, dia tolak tuk jaga reputasi...

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!