Thursday 17 February 2011

Sebulan sudah

Alhamdulillah.
semalam genap SEBULAN mama lahirkan Zharif. maknanya,Zharif dah berumur 31hari lah hari ni.
Zharif dah makin sihat. badan pun dah semangat. mana tak semangat nya, asal celik mata jek, uk ek uk ek nak menyusu. isnin lepas, masa jumpa Paed timbang si budak kecik ni, dah naik 1.25kg.skang si kecik DZ tu dah 4.25kg.
Zharif dah 31hari, ini gak bermakna, mama dah berpantang selama 31 hari dan ada 13hari lagi nak abeskan pantang.haih, lama tu!!!hehe
selama sebulan ni, banyak tul 'benda' berlaku.

Jaundis a.k.a Demam Kuning
dari hari ke-4 lahir, Zharif kena jaundis. selama 7 kali ulang-alik gi KK tuk check darah Zharif.
1. 21/01/2011-check darah kat KK Bkt Kuda-day 4 of life-bacaan 224/umol
2. 22/01/2011-check darah kat Klinik Anika-day 5 of life -bacaan 242/umol
3. 23/01/2011-check darah kat wad kecemasan HTAR-day 6 of life-bacaan 253/umol
4. 24/01/2011-check darah kat KK Pandamaran-day 7 of life-bacaan 200/umol
5. 25/01/2011-check darah kat KK Pandamaran-day 8 of life-bacaan 178/umol
6. 27/01/2011-check darah kat KK Pandamaran-day 10 of life-bacaan 161/umol
7. 28/01/2011-check darah kat KK Bkt Kuda-day 11 of life-bacaan 150/umol
TQ kat SIL mama yang banyak tolong sepanjang mama check darah kat KK Pandamaran. mama tak perlu tunggu giliran. semua dia uruskan. dari bab amik darah, hantar gi makmal, dan jumpa Dr .
TQ kak eilah!!!love u much lah..heeee :D
TQ gak kat my beloved sista, Endek a.k.a ibuzahra sebab hantar mama gi HTAR, masa kali ke-3 check darah.KK tutup on Sunday, so kena check kat wad kecemasan HTAR. setengah hari kita berkampung kat sana.papa takleh nak hantar masa tu sbb ada kelas. Pastu, next Jumaatnya hantar plak mama dan Zharif ke KK bkt kuda, masa kali ke-7 check darah, masa tu Zharif umur 11hari. mujur tu last sekali, pastu jaundis Zharif dah turun paras normal.Alhamdulillah.
TQ endek!!!love u very strong!!!!muahx
sepanjang Zharif kena kuning tu, bermacam cara kami cuba semata-mata nak hilangkan jaundis tu.apa saja petua orang bagi, kami cuba.asalkan kuning tu turun.
Alhamdulillah, walopon sampai saat ni, kuning tu still nampak kat Zharif tapi bersyukur tak perlu lalui ujian darah lagi. Paed pun cakap, normal dah.cuma still ada kat muka sikit. lega lah sikit hati mama ni.
TQ pada kawan2, jiran2, sedara-mara yang bagi petua hilangkan kuning. ada yang suruh jemur, mandikan air inai, mandikan air sinseh cina, mandikan air dukung anak, minumkan susu kambing, titiskan anggur hitam, minumkan air halwa kundur, minumkan air gula batu. takde satu pun dari petua tu yang mama tak ikut. tapi, dah Allah nak bagi Zharif lalui ujian darah sampai 7kali kan, redha jek la.

hal jaundis tak abes lagi, datang pulak 'benda' baru

Nafas Berbunyi

bukan nafas berbau tau!!hehe
seminggu lepas Zharif lahir tu, mama perasan setiap kali breastfeed ada bunyi time dia bernafas. dan selalu sangat dia tersedak dan tercungap-cungap. memula mama ingat disebabkan air susu yang laju. tapi bila mama dah pump setiap kali sebelum bf pun, nafas Zharif masih berbunyi. so, mama decide tuk bawak Zharif gi klinik cam yg mama story kat ENTRY INI.
lepas bagi makan ubat[walopon xdisiplin] dan buat exercise yang Dr suruh[pun xdisiplin gak], bunyi tu still ada but lendir dah start keluar ikut najis dia.
harapnya, akan terus berkurangan bunyi nafas tu.

dan dugaan datang lagi buat kami. dengan 'benda' ni...

tali pusat

mama perasan tali pusat Zharif tak kering since last 2weeks. lepas tali pusat tanggal, mama perasan ada lagi balance tali pusat yg tinggal. so, mama suruh papa beli ubat pusat lagi kat Klinik Noraini. kami try cuci pusat Zharif 2kali sehari lepas mandi dengan harapan tali pusat tu akan kering.
but...
after a week, tali pusat masih berair dan keluar cecair. dah bermacam petua yang wak chamah, tukang urut tu bagi dan kami cuba. masih takde perubahan.
akhirnya, mama decide tuk bawak Zharif gi Poliklinik Utama. Lepas Dr check, Dr bagi refer letter tuk jumpa Dr Pakar Kanak-Kanak a.k.a Paed.
memula plan nak bawak gi UMRA semula, tapi oleh kerana rasa kecewa kami decide tuk bawak gi Panel Hospital mama, Hospital Sri Kota.
Isnin lepas, kami bawak Zharif gi jumpa Dr David Foo, Paediatrician Hospital Sri Kota. dan dia explain apa jadi kat pusat Zharif tu. Dr bagitau yg Dr yg sambut Zharif tu clip tali pusat Zharif depan sangat, so bila tali pusat yg kering tanggal, ada baki lagi sikit yg masih lekat pada pusat. tali pusat yg baki tu lah yg berair. Dr cakap, tali pusat tu akan tanggal jugak but amik masa yg lama. mungkin 6bulan atau lebih.
Dr David cakap, ada 2 cara nak selesaikan kes Zharif ni.
1. biar kering sendiri secara natural but amik masa yg lama
2. minor operation but akan baik cepat
maka, papa nak buat minor operation dan kami tak perlu tengok lagi tali pusat tu yang mengerikan sebab berair kan.haih!
 so, Dr David refer kes Zharif pada Consultant Surgeon, Dr P. Nathan. Lepas jumpa Dr. Nathan, dan dia explain. ada 2 option:
1. if buat operation, Zharif perlu warded dan diberi ubat bius dimana akan menyakitkan dia sbb Zharif kecik sgt,xsampai sebulan pun lg. dan...
2. Dr akan bagi chemical tuk kecutkan tali pusat tu dan tali pusat tu akan kering naturally, cuma...amik masa sikit dan kena follow up sampai tali pusat tu habis
and Dr Nathan recommend kami tuk buat 2nd option, sbb kesian kat Zharif..so, kami setuju
Alhamdulillah, now tali pusat tu half dah kering and tanggal.so, next week 22/02/2011 ada appointment lg dgn Dr Nathan tuk another half tu. harapnya pasneh, takde masalah tali pusat lagi.huhu

dan..semoga segala episod sedih ni cepatlah berlalu

jom, kita layan gambar sepanjang 30hari ni...

1st week

2nd week

3rd week


4th week


dan..gambar2 mama yang langsung takde perubahan pun.tak kurus lagi pun.perut masih buncit pun.hahaha
gelakkan diri sendiri sebenarnya...

korang ada petua tak, kalo boleh yang confirm berkesan tuk kurangkan perut buncit mama ni. dah puas berbengkung, dah puas tenyeh ngan body contour gel leesa formula tapi masih gak buncit. masa time bersalinkan Zahra dulu, takde lah susah cenggini. sebulan berpantang mama berjaya kurangkan 11kg.
kali ni, nan ado. agaknya lemak dah mula degil kot.huhuhu

cepatlah korang, tak sanggup nak tengok perut buncit ni dah.hukhuk :(


love: mamazahra ^__^

5 comments:

shila ariff said...

wah..zharif dah masuk 31 hari ye...means that dah 31 hari zahra jadi kakak ye...sonok le tu dapat gelaran kakak...huhuhu....

p/s: masalah perut buncit tu aku sendiri pun tak dpt selesaikan sampai skrg...huhuhu...

Norly a.k.a MamaLeana said...

shila:masa memula dpt adik, lgsg xnak berenggang.now, dah OK sikit.zahra dah mula biasakan diri jd kakak, bile mama terpaksa dulukan adik dia...

p/s: perut buncit ibu beranak satu tak lah sebuncit mama beranak dua neh.huhuhu

Lily@MamaZaraZareef said...

Sukanye tgk gmbar2 Zharif nih..buat makin tk sabar nk tunggu adek Zara kuar minggu depan..=p

amm said...

embam la zharif......geram!

Norly a.k.a MamaLeana said...

lily: tak lama jek lg tu...norly pun xsabaw nak tengok adik zara :)


amm: mau x tembam, kuat nyusu anak bujang nan satu neh :P

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!