Wednesday, 26 January 2011

Memperkenalkan ahli baru ~ Our Lil Sweet Home ~

MasyaAllah, lama betul mama tak update belog ni kan.
windu sangat2, tapi masa tak mengizinkan.sungguh ni.bukan malas tau.
For info, Alhamdulillah.hari ni,genap 12 hari lil DZ lahir ke dunia.
macam tak percaya, baby yang dok dlm tummy mama dah selamat mama lahirkan secara NORMAL di HOSPITAL UMRA, 18hb January 2011, jam 7.01pagi seberat 3.0kg.
sepatutnya lil DZ dijangka bersalin end of this month, tapi dia dah tak sabaw nak jumpa mama,papa dan kakak zahra. tu yg awal 2minggu tu.hehe
ekceli, mama pun tak sabaw nak ketemu dia.heee :D
dan sehari selepas Lil DZ lahir, nama tuk dia dah pun selamat didaftarkan.
inilah dia lil DZ... Muhammad Dayyan Zharif Bin Md Zahari

inilah video yang papa rakam selepas Dayyan Zharif selamat mama lahirkan. video

since hari ke-4 lahir, nurse datang check dan Zharif kena jaundis.sejak jumaat tu jugaklah mama berulang-alik gi klinik kesihatan setiap pagi tuk check darah Zharif. tu yang tak menyempat nak update belog.
macam-macam petua orang lama mama cuba, dari mandikan baby dengan air inai, air durian belanda, air ubat cina.tapi, kuning baby makin naik.
pastu, mama cuba gak bagi baby susu kambing 2,3 titik.masih gak tinggi bacaan jaundis dayyan zharif. risau sgt mama.sampai mama sanggup minum susu kambing tu.supaya bila breastfeed zharif, kuning akan turun.
Since Ahad lepas bile kuning zharif capai bacaan 253, mama bertambah risau.so, bile ada kawan cadangkn guna air dukung anak tuk mandikan baby, dan mama cuba.Alhamdulillah, since isnin kuning baby dah turun ke 200 dan selasa 178.Doktor suruh mama repeat check darah Zharif lagi tuk pantau kuning dia. Alhamdulillah, Khamis bacaan dah turun ke 161. dan semalam nurse dari Klinik Desa datang lagi. dan dia suruh pergi check sekali lagi darah Zharif kat KK Bukit Kuda.bacaan dah turun ke paras normal, 150.
mama bukan pe, kesian tengok Zharif asek amik darah.sampai merah padam muka dia tahan sakit. Alhamdulillah, lepas ni dah tak payah harungi tu semua.Syukur sangat-sangat.

setakat ni, mama breastfeedkan zharif every one hour dan mandikan zharif dengan daun dukung anak je.
so, setakat ni.mama takde lah berpantang sangat sebab jamu takleh mkn lg.air kunyit adalah dibanned sama sekali selagi baby masih kuning.parem pilis semua tak pakai takut menyebabkan kuning makin tinggi.so, bile baby zharif dah tak kuning nanti.baru lah mama berpantang sungguh-sungguh.hehe.yo lah tu!!!hikhik
skang ni, mama berurut 5 hari je. bertungku pun selama 5 hari gak, bertangas setiap pagi dan petang, mandi daun serai wangi setiap pagi & petang, berbengkung jek. parem, pilis segala akar kayu belum usik lagi...
lepas hari ke-20 nanti, baru pantang yang betul-betul punya. risau gak mama. ye lah, masa berpantang Zahra dulu, genap sebulan jek mama berjaya turunkan berat sebanyak 10kg. yang ni, ntah lah.macam susah jek.
bile tengok diri sendiri kat cermin, rasa risau jek.sbb macam masih mengandung.muahaha.
ye lah, nak pantang betul-betul takut lak Zharif makin kuning.so, mama berkorbanlah. kalo berat taknak turun gak, terpaksa cari alternatif lain.samada gi slimming program atau cuba pakai PB.ada sesapa nak offer good price tuk mama???

sementara tunggu nak mandi ni, boleh lah update ini jek.nanti kalo rajin, mama update lagi...
mintak doakan Zharif terus sembuh dari jaundis eyh...

gambar-gambar Zharif nanti mama update, tak sempat nak edit bubuh watermark langsung. kalo nak tengok gak, bleh jenguk FB mama.mama ada tepek sikit gambar Muhammad Dayyan Zharif.


 


love: mamazahra ^__^

9 comments:

YanDarwisy said...

Wah...penambahan ahli keluarga. Congrates ya. Darwisy dulu baru 200dah kena tahan wad. Nasib tak sampai 24 jam dah discharged sebab doktor pantau sepanjang dok wad.

Along said...

Baby keluar awal! Alhamdulillah semuanya dah okay ^^ Oh my oh my congrats kalian sekeluarga -- doa Along dapat jumpa hero kecil ni soon!

zh-ena said...

salam norly
tahniah dad dpt bby..nama anak kita sama la hehehehe

lily azliyana @ mama zara said...

alahaiiiiii..CHOMEYYYYYY!!!!geram rase nk gomol2..hehehe..bukan main galak lil DZ after lahir ek..Zara dulu few hours after lahir dok tidoooooo jek..=p

Norly Saliana a.k.a Sweetmama said...

k.yan: TQ.akak bile nak tambah??ntah lah.skang ni hospital suh ulang-alik amik darah plak.kalo capai 300 br dia tahan kt wad.letih sgt2.dah lah kite masih sakit kan.huhuhu

Norly Saliana a.k.a Sweetmama said...

Along: Dayyan Zharif dah x sabaw nak ketemu aunty along dia :)

Norly Saliana a.k.a Sweetmama said...

zh-ena: ye ke??langsung tak jengah belog ena.kebetulan lagi kan.nama kakak dan adik sama :)

Norly Saliana a.k.a Sweetmama said...

lily: Zharif ni, dari saat dia lahir sampai ke ptg dia xtdo langsung.mata dok pandang keliling jek.hehe

shila ariff said...

tahniah..norly for the 2nd baby...tahniah sekali lagi... :)

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!