Saturday, 29 January 2011

Doa tuk Lil DZ in mama's belly

"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu. Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah dan bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranyauntuk membaca Al-Quran dan Hadith dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W. , dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Amin, Ya Rabbal Alamin...

p/s: Doa ni kekal disini sehingga Lil DZ lahir, InsyaAllah

kalo nak tengok entry baru, scroll bawah K...

love: mamazahra ^__^

2 comments:

eRiNsZ said...

hye... dear...
sayer pon tgah preggie4 2nd baby ...
mintak nak copy doa ni n nak tepek kat blog gak bole tak?

Norly Saliana a.k.a Sweetmama said...

hi ernisZ,

boleh dear... tuk kebaikan bersama.
mmg tuk dikongsi pun, bkn nk guna sendiri :)

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!