Saturday 15 January 2011

Chef at Home

Salam Sabtu semua :)
korang sehat? mama masih batuk. ubat batuk dah makan, antibiotik dah abis, fisherman's friend lozenges dah sepaket habis tapi masih lagi batuk.seksa sesangat.
tak larat dah rasanya nak berlari gi bilik air buang kahak setiap kali batuk. tp hari ni batuk dah tak berkahak, tapi tekak terasa gatal. kalo boleh nak garu-garu jek kerongkong tu.ekeke
kadang tu, batuk punyalah dasyat sampai boleh terkencing lah. dasyat tak dasyat lah kan.hikhik

hari ni mama dah masuk 38weeks peknenkan lil DZ.masih belum ada tanda-tanda yang lil DZ nak lahir. dia masih syok dok dalam tummy mama kot. masih nak ikut mama ke hulur ke hilir.hehe
takpe lah, asal kamu sihat dalam perut mama ni, cukuplah. sampai waktu nanti, keluarlah dengan selamat ye!!!!
mama tak sabar nak ketemu kamu, wahai anak!!!
keperluan mama & kamu dah mama siapkan dan elok jek dok dalam kereta. sampai waktu nanti, senang.takde lah mama menggagau carik barang nak ke hospital kan.

sabtu macam ni, korang ada ke yang keje?mujurlah company mama&papa memang tak keje sabtu & ahad. cuma, kadang-kadang papa terpaksa kerja kalau ada barang urgent nak naik kapal sabtu atau ahad.redha jek la. kalau tak pun, papa ada kelas hari ahad cam last sunday,9/1/2011. tu pun kami kena redha jugak la...hehe

apa menu breakfast korang hari ni? mama breakfast nasi lemak kat kedai jek, manalah tahu next week dah bersalin. tak dapat lah makan nasi lemak cempaka sari tu. 2bulan tu, lama wohhh!!!hehehe

lunch plak korang masak apa? mama masak sup ikan merah dan bendi goreng cili. plan asal nak masak ketam cili, tapi takde pulak ketam kat kedai. so, bantai masak ikan merah. pastu mama ada beli sotong, kononnya nak buat sotong goreng tepung tapi cancel lah. banyak sangat lauk nanti, tak terhabis pulak kan.membazir jek.
so, mama gantikan sotong goreng tepung dengan puding jagung. boleh dijadikan dessert ye tak??

tajuk tu cam poyo jek kan???hehehe
sebenarnya, mama tak tahu nak letak tajuk apa. oleh kerana mama nak cerita menu lunch kami hari ni, makanya mama bubuh tajuk tu. bajet mama hari ni masak cam Chef at Home tu lah...hahahah
okeh, mempersembahkan...
menu lunch kami anak-beranak....

sup ikan merah....
ikan merah tu tinggal sekeping jek kat kedai sayur tu, tu yg bantai tambah tomato, carrot & cendawan, kasi semak sikit mama punya sup.hehe :D
 mama tak guna lada putih, mama ganti dengan lada hitam. bajet nak praktis makan lauk pantang lah ni.hehehe

bendi goreng cili yg sempoi :)
dan...

puding jagung yg extra lembik.ekeke


puding jagung ni maybe terlebih air kot.tu yg lembut jek. walaupun boleh dipotong but tak cun sangat lah. tapi, mujur masih boleh dimakan.hehehe

malam pulak, makan lauk balance lunch jek. malas nak masak. dengan batuk yg masih ada. dengan perut asek menegang, dengan zahra yang batuk selsema. tak larat lah wehh, bukan malas tau.hehehe

k, nerukben sangat slow. so, mama malas nak bayaw bil. lantak situ. kalo bayar pun dia lembab sama macam tak bayar, baik tapayah bayar.betul tak??hehehe

k, nak tidur awal lah malam ni. tata!!!

love: mamazahra ^__^

No comments:

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!